19 December 2013

Nak Pergi Umrah

Pergi umrah ni wajib ke sunat? Ustaz Md Daud Che' Ngah dalam buku panduan umrahnya ada sebut bahawa dalam sepanjang hidup manusia beragama Islam tidak akan lengkap rukunnya jika tidak menunaikan ibadah haji dan umrah. Beliau memetik ayat Al-Quran Surah al-Baqarah: 196 menyebutkan bahawa

"Sempurnakanlah ibadah haji dan umrah kerana Allah."

Dalam buku-buku panduan haji dan umrah ada dinyatakan yang umrah adalah wajib dilakukan sekali sahaja seumur hidup ke atas setiap orang yang mampu. Ini berdasarkan kepada dua dalil iaitu Surah al-Baqarah ayat 196 tadi dan satu hadis riwayat Saidatina Aisyah yang bermaksud:

"Aku bertanya kepada Rasulullah S.A.W:
Adakah diwajibkan jihad ke atas wanita?
Jawab Baginda S.A.W:
Ya (diwajibkan jihad ke atas wanita, akan tetapi) jihad yang tidak ada peperangan di dalamnya iaitu haji dan umrah.

Buku-buku panduan itu juga turut menyebutkan yang menurut Mazhab Syafie, kewajiban mengerjakan umrah ini boleh dilakukan bila-bila masa dalam kehidupan seorang muslim. Seseorang itu tidak dikira berdosa jika menangguhkan kewajipan umrah ini apabila sudah cukup syarat kemampuan selama mana dia dapat melakukannya sebelum dia meninggal dunia. Namun begitu, adalah afdal menyegerakan kewajipan umrah ini untuk melepaskan tanggungan kewajipan ini atas diri seseorang muslim.

Kenapa aku pergi umrah dulu sebelum haji?

Ustaz Md Daud Che' Ngah kata ada tiga sebab umat Islam nak pergi umrah. Pertama sebab kedudukan ekonomi yang stabil. Ni maksudnya kedudukan kewangan. Mereka dituntut untuk mengerjakan umrah. Kedua, sebab iman dah bertambah. Ketiga, sebab susah untuk dapat tunaikan haji.

Kami masuk dalam kategori ketiga agaknya. Tabung Haji menentapkan giliran kami untuk pergi haji ialah pada tahun 2023 ni. Mak datuk. Lamanya nak tunggu. Dua kali rayuan dah gagal. Takperlah. Kami pergi umrah dulu. At least dapat ubati kekecewaan.

So, kami pun pergilah umrah pada tahun 2012 yang lepas. Kembara umrah yang best tu kami catatkan disini untuk kenangan sendiri.

Pakej umrah kami

Pakej UmrahPakej 'Cuti Sekolah Sewa Khas' 12 hari 10 malam
AgensiAndalusia Travels & Tours
Tempoh31 Mei hingga 11 Jun 2012
FlightSaudi Arabian Airlines SV2525 KL-Jeddah-KL
Jumlah UmrahTiga kali
Tempat MiqatBir Ali, Tanaim, Jaranah
Ziarah Dalam MadinahRaudhah, Makam Rasulullah, Perkuburan Baqi
Ziarah Luar MadinahMasjid Quba, Masjid Qiblatain, Jabal Uhud, Ladang Kurma
Ziarah Luar MakkahJabal Thur, Masjid Hudaibiah, Muzium Dua Masjid Suci, Ladang Unta
Aktiviti TambahanTahlil arwah, ceramah tentang Madinah, ceramah tentang Haji Wida'
Kursus UmrahAda, sebelum penerbangan
Pakej Hotel3 orang sebilik
Harga pakejRM6390 per pac
Bayaran termasukTiket kapal terbang pergi balik, hotel (di Madinah dan Makkah), makan di hotel (breakfast, lunch, dinner), makan dalam perjalanan (dari Jeddah ke Madinah, dari Madinah ke Makkah), mutawif, insurans, beg pakaian besar dengan troli, beg galas dengan troli, beg sandang, pengangkutan (bas) dari airport ke hotel, tag nama, ceramah haji wida', makan malam di Restoran Asia (Jeddah), lawatan sana-sini, kursus umrah (sebelum penerbangan)

2 comments:

  1. Salam Tuan...Mohon Kebenaran Untuk Mengambil Manfaat Dari Cerita Di Atas Agar Menjadi Panduan Kepada Sahabat Yang Akan Mengerjakan Umrah Dan Haji . Wasalam

    ReplyDelete
  2. Disclaimer

    Tiada copyright di sini. Silalah kalau nak copy'n paste, rakam, simpan dalam bentuk apa sekali pun dari mana-mana info, fakta atau imej dalam blog ini jika dirasakan dapat memberi manfaat, maklumat, pengetahuan dan kebaikan kepada orang lain atau untuk kegunaan diri sendiri. Tak payah minta kebenaran.

    ReplyDelete