25 June 2012

Ladang Unta

Entah kenapa disebut ladang unta. Kami pergi naik van, satu trip dengan lawatan ke Muzium Dua Masjid Suci. Sebelum pergi, jenuh aku bayangkan macam manalah rupanya ladang unta ni.

Masa perjalanan bas di tengah highway, mutawif suruh kami pandang ke kanan. Kami nampak kandang-kandang unta. Boleh tahan banyak unta dalam kandang tu. Kawasan tu luas dan lapang. Ada sebuah pondok buruk, macam bengkel, dinding ada kiri kanan tapi belah depan takda dinding. Nampak katil kecil tempat tidur. Lepas tu ada dua-tiga orang lambai-lambai kat kami. Sebelah tangan lambai, sebelah tangan lagi pegang besen. Kulit depa punyalah gelap. Gelap dan berkilat. Depa pakai pulak jubah putih jadi sangat the contrast. Rupa-rupanya, itulah ladang unta.

Selepas melalui dua-tiga ladang unta, bas kami berhenti di kanan jalan raya. Kami turun ke ladang unta. Selamat Datang. Layout ladang unta ni aku tengok sama saja macam ladang-ladang yang kali lalui tadi - ada kandang, beberapa ekor unta dalamnya, rumah buruk macam bengkel tak cukup dinding, katil buruk, dan dua-tiga remaja berkulit gelap hitam pekat pegang besen.

Rupa-rupanya besen tu ialah untuk mereka tadah susu unta. Mereka terus pergi ke unta tu dan perah susunya depan kami. Berbueh-bueh, putih melepak. Lepas tu dia pegi ke meja kecil kat situ. Dia ambil botol kosong macam botol air mineral tu tapi saiz kecil. Depa gunakan tapis untuk tapis susu unta tadi dari besen masuk ke dalam botol tu. Lepas tu depa tutup botol tu dan lalukan dalam besen berisi air untuk membersihkan semua bueh-bueh yang melimpah-limpah. Done. Siap untuk dijual. Fresh from the farm. Tak silap aku, 5 riyal sebotol.

Aku tak berani minum. Tak biasa. Aku takut aku muntah. Ada juga yang beli dan minum terus. Tapi aku tengok je cara brader tu proses semua dari perah susu unta sampai siap masuk botol.

Lepas tu aku luang masa ambil gambar unta-unta tu. Ada yang kurus, ada yang gemuk. Kaki unta ni kembang, macam kaki itik. Sebab tu susah tenggelam dalam pasir agaknya.

Tu sorang yang belah kanan sekali tu yang pegang besen tu senang nak perah susu unta. Dia pusing-pusing dulu cari unta yang sesuai sebelum dia start perah susu unta tu.

Unta yang sekor ni tiba-tiba saja dia cuba nak makan tiang kayu kandang dia. Aku tak sure sama ada ni memang 'skrip' untuk dia entertain kami yang datang melawat hari tu. Tak pernah aku tahu pulak yang unta ni makan kayu.

Pondok yang kanan tu, macam itulah rupa dia 'bangsal' atau rumah aku pun tak sure. Tapi dalam tu ada katil dengan tilam.

Di tangan kanan dia tu ialah besen yang penuh susu unta, berbueh-bueh. Dia tuang susu tu dalam botol plastik. Lepas tu dia bersihkan botol tu. Lepas tu siap. Tu atas meja tu dah ada dua botol yang dah ready.

Inilah keadaan dia. Van kami, meja kecil tempat dia 'proses pembotolan susu unta', dan bangsal buruk dia di belakang tu.

No comments:

Post a Comment