19 December 2013

Andalusia Travels and Tours

Kami buat survey sana sini dan tanya rakan-rakan yang pernah pergi umrah. Dua tiga agensi jadi pilihan. Tapi pilihan kami terbatas sebab kami nak ambil pakej cuti sekolah. Tapi sebab tak ada pengalaman, kami lambat buat booking. Banyak pakej yang dah full. Nasib kami baik sebab masih ada kekosongan satu lagi slot pakej cuti sekolah dengan Andalusia Travel & Tours Sdn Bhd. So, no choice. Kami guna pakej ni.

Selepas dua tiga kali bersembang di telefon, kami pegi sendiri ke pejabat Andalusia. Rakan-rakan yang dah ada pengalaman kata pegi tengok sendiri pejabat syarikat tersebut so oklah kami pun pergi cari. Pejabat Andalusia terletak di No. 9, Jalan Belangkas Off Jalan Kg. Pandan, 55100 Taman Maluri Kuala Lumpur. Senang je cari.

Tengok foto bawah. Ada khemah warna biru. Di situ ada dijual macam-macam peralatan yang perlu dibawa semasa umrah. Semua ada di situ, daripada baju, ihram dan selipar hinggalah ke alat penapis hidung (sumbat dalam hidung, tapis habuk). Tak payah shopping satu Malaysia untuk cari peralatan pergi umrah. Semua ada di sana. Cuma bawa duit yang mencukupi sahaja.

Pengerusi Eksekutif syarikat ini ialah Dato' Ustaz Haji Md Daud Che' Ngah. Dia ni bekas Pengerusi Tabung Haji dan dulu dia ada kolum khas dalam akhbar tentang hal-ehwal haji. Kira dalam bab haji ni, nama dia memang tersohor. Namanya sudah branding. Semua surat yang kami dapat ditandatangani oleh dato' sorang ni.

Bayaran satu kepala ialah RM6390 untuk pakej tiga orang (pakej cuti sekolah). Bukan yang paling murah, bukan jugak yang paling mahal. Ada yang murah lagi, dan yang pasti ada yang lebih mahal. Jadual penerbangan pergi ialah Khamis 31 Mei 2012 dan jadual penerbangan balik ialah Isnin 11 Jun 2012. Kami terbang dengan Saudi Airways terus ke Jeddah. Balik pula dari Jeddah ke KL, tanpa transit. Bayaran ini termasuk kursus umrah, beg-beg umrah (tengok foto bawah), flight, hotel, makan di hotel, makan di tengah jalan masa lawatan, servis mutawif, dan lain-lain.

Unmistakable. Beg warna biru ialah warna Andalusia. Di sini nampak semua biru. Tapi bila dah sampai di Madinah barulah kami jumpa macam-macam warna lain yang mewakili pakej-pakej lain.

Kami tak ambil pakej cuti tambahan. Terus umrah je. Jadi penerbangan kami ialah sehala dari KL ke Jeddah, dan balik dari Jeddah ke KL. Jemaah yang ambil pakej cuti tambahan akan singgah melawat Mesir dulu, atau tempat-tempat lain yang ada dalam pakej.

Servis Awal

Servis pakej ni kira OK jugaklah. Komunikasi lancar dan kerap. Dalam sebarang urusan, dua tiga orang akan menghubungi kami untuk memberi ingatan itu dan ini dan mengemaskini segala urusan. Mula-mula kami bayar duit booking, lepas tu bayar baki melalui pindahan akaun Tabung Haji. Kami lupa nak ambil beg-beg (macam dalam foto tu). Jadi Andalusia telefon kami dan tanya beg-beg tu nak dihantar ke rumah atau ke tempat kerja kami.

Skema insuran yang ditawarkan sekali dalam pakej ini merangkumi kematian kemalangan (RM10,000), kematian biasa (RM10,000), keilatan kekal seluruh tubuh badan (RM10,000), perbelanjaan pengebumian (RM3000) dan manfaat wad hospital akibat sakit atau kemalangan (RM50/hari). Tapi insuran ni hanya covers jemaah yang berumur antara 18 hingga 65 tahun sahaja.

Setiap peserta dapat beg sandang besar (ada troli), beg sandang kecil (ada troli), beg kain sembahyang, buku panduan umrah (yang ditulis oleh Md Daud Che' Ngah sendiri), hamper kecil makanan/minuman, air zam-zam 10 liter. Beg besar dan kecil dihantar oleh Andalusia ke pejabat kami. Hamper kecil (dalam beg kain) diberi di airport sebelum terbang. Air zam-zam pula diberi masa kami nak berlepas balik di airport Jeddah.

Tentang 'benda free' yang Andalusia supplied ni, ada dua masalah. Pertama 'hamper kecil' (ditulis macam tu dalam surat) sebenarnya beg kain kecil sahaja. Dalam dia ada air mineral, buku panduan doa, kek kecil. Beg ni diberi di airport masa nak masuk boarding. Masa tu beg-beg besar dah melepasi kaunter bagasi. Jadi secara tiba-tiba kami ada 'bagasi' tambahan untuk dibawa masuk ke dalam kapal terbang. Agak menyusahkan. Kan lebih baik bagi awal. Senang untuk pack-up.

Tong air zam-zam yang diberi di airport Jeddah masa nak balik. Kaunter untuk check-in tong air zam-zam ni tak sama dengan kaunter untuk check-in bagasi kami. Kaunter tu pulak jauh. Jadi leceh jugak sebab dah macam treasure hunt pergi ke sana ke sini. Tapi ini mungkin sistem airport di Jeddah, so.. tak retilah nak cakap apa.

Dato' Ustaz Haji Md Daud Ched Ngah ialah Pengerusi Eksekutif Andalusia Travel & Tours dan bekas Pengerusi Tabung Haji.

Andalusia Travel menyediakan kursus-kursus umrah pada setiap hari Sabtu dan Ahad di pejabat mereka di Taman Maluri. Kursus dibimbing sendiri oleh Ustaz Md Daud Che' Ngah.

Elok untuk pergi kursus ni sebab memang banyak membantu. Melainkan kalau dah biasa pergi umrah. Kami tak sempat pergi kursus ni. Jadi tak boleh komen sangat bagaimana keadaan dia. Tapi kami memang ada join kursus-kursus haji. Setiap tahun join pun sebab setiap tahun menaruh harapan untuk dapat pergi haji. Jadi ilmu-ilmu yang diterima masa kursus haji tu pun banyak membantu.

Tapi kalau kursus haji pun tak pernah pegi, maka eloklah pegi kursus-kursus umrah ni. Ilmu yang dapat adalah jauh lebih bermanfaat dari apa yang diperolehi dari hanya membaca dalam buku.

Mutawif

Mutawif ialah 'pemandu' yang bertindak sebagai ketua rombongan jemaah umrah. Servis mutawif ialah sebahagian dari pakej yang disediakan oleh agensi-agensi umrah. Mutawif ni akan memimpin jemaah umrah dari airport, dalam kapal terbang, semasa membuat lawatan dan semasa menjalankan ibadah umrah. Mutawif juga menjadi tempat rujukan jemaah umrah tentang apa sahaja berkaitan dengan Tanah Arab dan umrah.

Andalusia Ala-Indonesia

Di markas Andalusia di Taman Maluri memang nampak suasana Melayu. Tapi bila dah sampai ke Tanah Arab, Andalusia dan berubah jadi Andalu(Indo)nesia. Mutawif Andalusia ni ramai orang Indon. Bila dah sampai di Madinah dan Makkah, rasa macam pergi dengan agensi Indonesia. Dari mutawif yang majoritinya Indon, dengan semua penceramahnya orang Indon, pek makanan 'Mr Sate' Indon, sampailah kepada menu makanannya yang ala-Indon. Masa mula-mula sampai ke hotel di Madinah, 'orang Indon' (macam student universiti) yang sambut kami dan beri taklimat itu ini.

Indon all the way. Dari pek makanan masa singgah di tengah jalan (foto atas) sampailah sos di dewan makan hotel.

Aturcara di Tanah Arab

Dalam pakej 12 hari kami, kami berada di Madinah selama 4 hari dan selebihnya di Makkah. Aturcara termasuk lawatan ke tempat-tempat bersejarah, lawatan ke tempat-tempat menarik, dan yang paling pasti, umrah itu sendiri. Andalusia menjadualkan tiga kali umrah. Pakej lain ada yang hanya memperuntukkan sekali umrah sahaja dan kalau nak buat lebih umrah, kena buat sendiri. Andalusia turut menyediakan majlis tahlil dan dua siri ceramah agama.

Jadual kami mengikut hari lebih kurang macam di bawah ni. Tapi bila dah sampai sana, memang ada 'lari' sikit aturcara tu, dan rasanya biasalah tu, bukan di bawah kawalan agensi umrah.

  1. Hari 1 (Khamis): KLIA ke Jeddah ke Madinah
  2. Hari 2: (Jumaat) ziarah dalam (Raudhah, Makam Rasul, Perkuburan Baqi)
  3. Hari 3: (Sabtu) ziarah luar (Masjid Quba, Masjid Qiblatain, dll)
  4. Hari 4: (Ahad) rehat dan aktiviti bebas
  5. Hari 5: (Isnin) ziarah wida', tinggalkan Madinah masuk ke Makkah
  6. Hari 6: (Selasa) umrah (tawaf, saie, bercukur)
  7. Hari 7: (Rabu) rehat dan aktiviti bebas
  8. Hari 8: rehat
  9. Hari 9: umrah sunat 2
  10. Hari 10: lawatan
  11. Hari 11: Tawaf Wida', ke Jeddah
  12. Hari 12: Jeddah ke KLIA

Penginapan

Hotel yang disediakan di Madinah dan Makkah kira oklah. Rasanya bertaraf 3 bintang. Hotel tempat kami tinggal memang telah dipajak oleh Andalusia. Hotel di Madinah iaitu Gawharat Al-Fayroz Hotel tidaklah jauh sangat. Boleh jalan kaki pergi dan balik ke Masjid Nabawi. Hotel di Makkah tu lebih jauh dari masjid. Dua-dua hotel ni tak ada wi-fi dan tiada room-service.

6 comments:

  1. Syukur alhamdulillah... dengan izinNya saudari telah sampai ke bumi barakah dan kota suci makkah serta madinah...masih ramai lagi yang belum pernah menjadi tetamuNya. Kesulitan yang dialami sekadar ujian kecil perjalanan menyucikan jiwa... semoga kita terus mendapat jemputan sebagai tetamu Allah swt.

    ReplyDelete
  2. Syukur alhamdulillah. Saya telah selamat pergi dan balik dari tanah suci bersama Andalusia. Terbaik saya boleh rekemen dengan kawan2....

    ReplyDelete
  3. Syukur alhamdulillah. Saya telah selamat pergi dan balik dari tanah suci bersama Andalusia. Terbaik saya boleh rekemen dengan kawan2....

    ReplyDelete
  4. saya akan bertolak bersama Andalusia jun. just nak dapat pandangan kawan2 dalam nie..ttg hotel...sbb siankan ibu saya

    ReplyDelete
    Replies
    1. zul, duduk di hotel mana nanti di Makkah dan Madinah?

      Delete
  5. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete