25 June 2012

Gua Thur dan Gua Hirak

Sebenarnya bukan melawat Gua Thur, tapi melawat Jabal Thur. Gua Thur ialah gua di Jabal Thur tempat Nabi Muhammad s'a.w. menyorok selama tiga hari semasa melarikan diri (mula berhijrah) dari Makkah. Mutawif kami kata, Thur bermakna 'lembu jantan', sebab bentuk Jabal Thur tu macam belakang lembu jantan. Gua tu kecil aje, dan pintu masuk dia rendah. Kalau nak masuk ke dalam, kena mencangkung dan masuk dengan cara merangkak atau berjalan itik. Jabal Thur terletak di selatan Makkah iaitu lebih kurang lima km dari Makkah. Dalam barisan bukit-bukti yang merupakan yang tertinggi di kawasan Makkah. Ada tiga puncak. Salah satu puncaknya ada gua Thur.

Gua Thur ialah lokasi lawatan kami yang pertama semasa berada di Makkah. Kami pergi dengan bas. Masa bas mula berhenti, kawasan dia tu macam stesen bas. Ramai orang macam fun-fair. Ramai pelawat macam kami, ramai juga penjaja yang bawa macam-macam sambil berjalan. Depa bawak buku-buku cenderamata dan yang paling banyak depa bawa cincin dan batu-batu cincin. Cara menjual tu pulak macam mendesak. Sangat-sangat mendesak. Susah hati dibuatnya. Tapi sebelum turun dari bas mutawif kami dah pesan dah, "kuatkan iman dari penjual.. kuatkan iman dari penjual.."

Selain dari penjaja jalanan tua dan muda, ada unta-unta berhias sedang 'parking' di sana sini dan dan ada yang sedang membawa pelanggan. Mutawqif kami ada beritahu, naik unta ni percuma, bila nak turun je kena bayar, haha..

Kami hanya berlegar-legar di bahagian bawah Jabal Thur, di tempat yang ramai orang tadi. Tak naik ke atas pun. Mutawif bagi tempoh yang akan sekejap untuk kami berada di situ. Jadi masing-masing jaga masa dan tak berani nak merayau-rayau jauh.

Ada bentuk lembu jantan ke? Lama jugak aku peratikan. Takdelah sangat macam lembu jantan. Tapi, mungkin aku tak pandai melihat.

Foto atas: yang nampak merah-merah tu ialah untas berhias. Sama macam unta berhias di Jabal Rahmah. Nak naik kena bayar. Tak ingat berapa riyal.

Foto atas diambil dari google. Begitulah keadaan ruang dalam Gua Thur. Pintu masuknya memang kecil. Dalam gua itulah Nabi Muhammad s'a.w dan Abu Bakar as-Siddiq menyorok selama tiga hari. Anak perempuan Abu Bakar datang setiap hari untuk menghantar makanan.

Semasa oang Quraysi yang mengejar baginda sampai ke gua tersebut, mereka menjadi ragu-ragu sebab di pintu gua tersebut ada sarang labah-labah. Kalau ada orang masuk, mestilah sarang labah-labah tu rosak. Masa mereka dah nak balik, terdengar bunyi cicak. Jadi orang Quraysi tadi rasa pelik dan tak jadi nak balik. Tapi mereka tak berani juga untuk masuk ke dalam gua yang rendah tu. Jadi salah seorang dari mereka membaling batu ke dalam gua tersebut. Batu tu kena muka Nabi Muhammad s'a.w sehingga giginya berdarah. Menurut ustaz aku di sekolah dulu, kerana itulah sunat membunuh cicak. Wallahu'alam.

Gua Hirak

Gua Hirak di Jabal Nur ialah suatu tempat yang istimewa dan mulia kerana itulah tempat turunnya wahyu yang pertama di dunia ini. Di situlah berlakunya pertemuan pertama antara Nabi Muhammad s'a.w dengan Malaikat Jibrail a.s. Wahyu yang Nabi Muhammad s'a.w terima itu ialah lima ayat pertama dari Surah al-Alaq iaitu:

"Bacalah, dengan (menyebut) nama Tuhanmu yang menciptakan. Dia telah menciptakan manusia dari segumpal darah. Bacalah, dan Tuhanmulah Yang Paling Pemurah, Yang mengajar (manusia) dengan perantaraan kalam. Dia mengajarkan kepada manusia apa yang tidak diketahuinya."

Kejadian tersebut ialah pada hari Isnin 17 Ramadan (6 Ogos 610M). Pada masa itu, Nabi Muhammad s'a.w berumur 40 tahun (6 bulan 8 hari) dan belum lagi menjadi nabi atau rasul.

Sebelum kejadian tersebut, Gua Hirak ialah tempat Nabi Muhammad s'a.w duduk menyendiri, bermunajat, bertahannuth (meditasi atau bertafakur) dan bertaqarrub (menghampirkan diri) kepada Allah SWT. Baginda menyendiri di Gua Hirak kerana mahu menghindari masyarakat Arab Jahiliyah yang pada saat itu masih belum beriman kepada Allah dan sering melakukan maksiat dan dosa-dosa besar. Baginda beribadat di Gua Hirak selama lima tahun pada bulan Ramadan.

Gua Hirak ini mempunyai ruang yang kecil dan sempit. Hanya muat untuk seorang sahaja untuk solat dengan selesa. Kalau berhimpit muat dua orang untuk sembahyang serentak. Terdapat tingkap kecil dibahagian hujung gua ini yang dulunya boleh melihat Kaabah secara terus. Namun pemandangan tersebut kini dihalang oleh Menara Zam-Zam.

Kalau Jabal Thur terletak di selatan Makkah, Jabal Nur pula terletak lebih kurang 6 km di utara Makkah iaitu di suatu tempat dalam perjalanan ke Arafah dan Mina. Tinggi Jabal Nur ialah 200m. Gua Hirak terletak lima meter dari puncaknya iaitu di lereng yang curam. Ruang yang menjadi gua tersebut berukuran 4 meter panjang dan 1.75 meter lebar. Ketinggian ruang gua tersebut adalah lebih kurang sama paras dengan orang yang sedang berdiri. Secara puratanya pendakian dari bawah hingga ke gua tersebut memerlukan masa lebih kurang sejam.

Jabal Nur (foto atas dan bawah). Anak panah kecil dalam foto di bawah ialah lokasi Gua Hirak. Permulaan naik ialah dari bahagian bawah kanan Jabal Nur.

Foto bawah: Pendakian bermula. Perjalanan memanjat lebih kurang sejam, dan selalunya lebih dari sejam. Jalan yang dilalui ialah batu-batu keras. Itulah laluan yang ditempoh oleh Nabi Muhammad s'a.w pada bulan Ramadan selama lima tahun. Laluan itu jugalah yang digunakan oleh Saidatina Khadijah untuk menghantar bekalan makanan kepada suaminya, Nabi Muhammad s'a.w. Pada masa itu, Saidatina Khadijah berumur lebih kurang 60 tahun.

Foto bawah: keadaan Gua Hirak jika tiada orang. Ia hanya merupakan satu ruang kecil dan sempit di lereng gunung yang curam.

Foto bawah: Beginilah keadaannya bila orang mula ramai. Semuanya berebut-rebut mahu sembahyang di dalam gua tersebut.

Foto atas: Gua Thur dan pemandangan kota Makkah di bawahnya. Foto dari Google. Pemandangan pada waktu malam lebih menarik kerana kota Makkah manjadi seperi hamparan cahaya oren jika dilihat dari kedudukan puncak Jabal Nur.

Jin Gua Hirak

Gambar di atas ni dulu memang famous masa mula-mula keluar di internet dalam sekitar tahun 90an. Konon cerita ada seorang jemaah haji yang mengambil gambar dinding Gua Hirak dan bila dicuci gambar tersebut (ni guna kamera lama, kena cuci filem dulu) dia lihat ada makhluk melekat di dinding gua. Ada yang kata dia iblis, ada yang kata dia jin dan ada yang menggelarkannya 'Jin Gua Hirak'. Ramai yang percaya, dan banyak blog yang mengulang-tayang kisah orang haji yang terakam pose istimewa jin tersebut secara tak sengaja.

Dua foto di bawah ialah di suatu tempat di Sommerset, UK yang dinamakan Cheddar Caves. Tengok mereka seronok bergambar dengan patung jin yang orang kata ada dalam Gua Hirak.

Ternyata foto Jin Gua Hirak tu ialah foto palsu. Pada saat kemunculan foto tersebut, ramai yang tak percaya pun. Takkan lah orang nak ambil gambar dinding sahaja. Tak pernah dibuat orang. Kalau pun orang nak ambil gambar ginding gua, mereka akan ambil gambar dinding yang ada tulisan atau objek ganjil. Tapi konon ceritanya pak aji sorang ni mengambil gambar dinding kosong sahaja yang tak menyangka bila dicuci gambar itu ada sekor jin di situ rupanya. Memang tak masuk akal. Macam bodo pun ada.

Mungkin orang yang paling suka pada foto palsu ni ialah Salman Rushdie. Dialah yang buat novel 'The Satanic Verses'. Dalam novel itu dia buat cerita konon-kononnya Nabi Muhammad s'a.w menerima wahyu bukan dari Jibrail a.s, tetapi dari setan sebenarnya. Itu sebablah Salman Rushdie menggelarkan al-Quran sebagai 'surah-surah syaitan'.

Jadi kepada anda semua yang masih belum tahu, sekarang you all semua kena tahu yang foto 'jin gua hirak' tu ialah foto palsu. Jangan percaya.

1 comment:

  1. Kami sekeluarga tak lupa mengucapkan puji syukur kepada allah s,w,t
    dan terima kasih banyak kepada aki atas nomor togel.nya yang aki
    berikan Toto 4D (((7029 ))) alhamdulillah ternyata itu benar2 tembus aki.
    dan alhamdulillah sekarang saya bisa melunasi semua utan2 saya yang
    ada sama tetangga.dan juga bank bri dan bukan hanya itu aki. insya
    allah saya akan coba untuk membuka usaha sendiri demi mencukupi
    kebutuhan keluarga saya sehari-hari itu semua berkat bantuan aki..
    sekali lagi makasih banyak ya aki bagi saudara yang suka main togel
    yang ingin merubah nasib seperti saya silahkan hubungi aki soleh,,di no cll (((082-313-336-747)))
    insya allah anda bisa seperti saya menang togel 237
    juta, wassalam.

    dijamin 100% jebol saya sudah buktikan...sendiri....

    Ada Solusi yang tepat jangan anda putus asah AKI SOLEH akan membantu
    anda semua dengan Angka ritwal/GHOIB:
    butuh angka togel 2D 3D 4D 5D 6D SGP / HKG / MALAYSIA / TOTO MAGNUM / dijamin
    100% jebol
    Apabila ada waktu
    silahkan Hub: AKI SOLEH DI NO: (((082313336747)))
    INFO TOGEL KLIK DISINI

    Atau Chat/Tlpn di WhatsApp (WA)
    No WA Aki : 082313336747

    INFO PESUGIHAN KLIK DISINI

    angka GHOIB: singapura 2D/3D/4D/
    angka GHOIB: hongkong 2D/3D/4D/
    angka GHOIB; malaysia
    angka GHOIB; toto magnum 4D/5D/6D/
    angka GHOIB; laos

    ReplyDelete