25 June 2012

Masjid Hudaibiah

Dalam jadual kami ada lawatan ke Masjid Hudaibiah. Mesti besar masjid ni, aku agak. Nama Hudaibiah ni aku belajar masa tingkatan enam dulu, subjek Sejarah Islam, disebut Perjanjian Hudaibiah.

Pada tahun 6 Hijrah, Nabi Muhammad s'a.w. bersama umat Islam menuju ke Makkah untuk kali pertama dalam tempoh enam tahun. Tujuannya ialah untuk melawat kaabah dan menunaikan haji. Tapi kaum kafir Quraysi menahan umat Islam dari masuk ke Makkah. Ini kerana membenarkan umat Islam masuk ke Makkah sama macam menerima kekalahan.

Orang Quraisy Makkah menghantar wakil mereka untuk berunding dengan Nabi Muhammad s'a.w. supaya membatalkan hasrat masuk ke Makkah. Mereka menghantar wakil sebanyak tiga kali. Dalam rundingan kali ketiga itu, Nabi Muhammad s'a.w. bersetuju untuk tidak masuk ke Makkah pada tahun. Satu perjanjian di adakan antara Nabi Muhammad s'a.w dengan wakil orang Quraysi tadi. Perjanjian itu dinamakan Perjanjian Hudaibiah bersempena dengan nama tempat mereka mengadakan perjanjian tersebut. Kononnya nama Hudaibiah tu berasal dari nama seorang lelaki yang menggali sumur (macam telaga) di situ yang dinamakan telaga Asy-Syumaisi. Tak dapat dikesan masa bila pula didirikan masjid di situ. Masjid tersebut terletak kira-kira 25km dari Masjidil Haram.

Kami pergi naik bas. Bila sampai ke sana, aku hanya nampak sebuah masjid buruk yang kecil dan di sebelah dia ada macam kedai runcit. Sebelahnya lagi ada macam bengkel. Buruk benar keadaannya. Antara masjid dengan bangunan seperti bengkel tadi ada laluan kosong dan di situ ada orang berjual-beli macam bazar.

Inilah masjid Hudaibiah. Masjid yang buruk. Aku tengok ada orang pakai ihram masuk sembahyang di masjid tu. Pastinya masjid Hudaibiah jadi miqat umrah mereka. Kami buat umrah tiga kali tapi miqat kami ialah di Bir Ali, Jaqrana dan Tanaim (Masjid Saidatina Aisyah).

Di celah lorong tu ada orang jual barangan cenderahati. Macam pasar malam. Kat situ aku beli dua al-Quran kecil, yang diletakkan dalam kotak kecil. Sampah sarap berlonggok menanti kedatangan pelawat. Sungguh menyedihkan.

Menara masjid Hudaibiah. Kat kiri tu kedai runcit. Aku masuk beli air di situ. Kedai tu pun tak semenggah rupa dia.

Tapi sebenarnya masjid yang kami pergi tu bukan masjid Hudaibiah yang asal. Masjid yang asal terletak berhampiran dengan masjid baru (yang buruk) sekarang ni. Foto atas dan bawah ialah tinggalan-tinggalan masjid Hudaibiah yang asal.

Dalam sejarah Islam, Perjanjian Hudaibiah ialah satu peristiwa penting yang menjadi lambang kejayaan umat Islam dan kebijaksanaan Nabi Muhammad s'a.w. Tapi apa yang ada sekarang ni sangat menyedihkan mata memandang. Aku rasa agak disappointed dengan apa yang aku lihat. Rasa tak puas hati pun ada. Memang aku kecewa. Aku membayangkan sesuatu yang lebih gah dan bukan sesuatu yang menyedihkan.

Aku dulu cikgu dekolah swasta ajar subjek Sejarah Islam. Tajuk Perjanjian Hudaibiah ialah tajuk yang aku paling suka ajar. Sebab tajuk ni ialah tentang kemenangan besar umat Islam di sebalik kesedihan tak dapat masuk ke Makkah menunaikan haji pada tahun 6 hijrah tu.

Semasa Nabi Muhammad s'a,w beri arahan untuk balik semula ke Madinah, ramai umat Islam kecewa. Saidina Umar al-Khattab datang jumpa Nabi Muhammad s'a.w. Dia tanya baginda, 'betulkah kita ini umat Islam?' kemudian dia tanya lagi 'betulkah engkau ni Rasulullah?' (kuang ajar punya soalan, tapi Umar al-Khattab ialah seorang pemidato, dan ahli gusti, jadi dia ni keras dan kasar, tapi pandai bermain kata-kata), dan akhir sekali Umar al-Khattab tanya lagi 'kenapakah kita dihina pada hari ini?' Bagi Umar al-Khattab, umat Islam dihina sebab mereka berjaya dihalau oleh kafir Quraisy untuk balik semula ke Madinah.

nanti sambung..

No comments:

Post a Comment