25 June 2012

Cari Pakej umrah

Tips Memilih Pakej Umrah

Oleh sebab aku dah pernah pergi dengan pakej umrah ni, jadi aku nak bagi tips sikitlah, sebagai panduan dan pedoman dalam mencari pakej umrah ni. Tapi ni adalah pandangan kami yang datang dari keluarga yang sederhana mampu. Kami hanya pakai kereta proton waja. Kalau banyak duit, memang boleh guna pakej yang very the high class. Oklah untuk orang yang satu kategori macam aku ni, at least ada sedozen perkara yang perlu diperhatikan.

  1. Tengok harga pakej yang ditawarkan. Buat perbandingan harga dengan pakej servis yang ditawarkan. Kalau bawah RM5000 tu memang murah. Tapi bila murah ni, ada benda lain yang tak cover bila dah sampai di Arab Saudi nanti. Tanya betul-betul harga pakej tu termasuk apa dan tak termasuk apa. Jangan nanti harga pakej murah tapi di Makkah nanti makan sendiri-sendiri. Satu lagi, kebanyakan harga berbeza-beza mengikut musim dan jenis pakej. Jadi jangan bergaduh dengan agensi pulak. Pakej di bulan Ramadan memang mahal. Jika nampak iklan pakej umrah, pastikan iklan tersebut ada nombor rujukan kelulusan dari Kementerian Pelancongan Malaysia.
  2. Kaji sikit latar belakang travel agency yang offer pakej umrah ni. Agensi pakej umrah mesti ada lesen dan permit untuk 'outbound' (membawa jemaah keluar negara) yang sah atau hanya ada permit untuk 'inbound' (aktiviti pelancongan dalam negara) sahaja. Agensi umrah patut uruskan sendiri hal-hal berkaitan visa dan bukan menggunakan agen atau orang tengah untuk uruskan visa ni. Kalau nak tau agensi ni OK atau tidak dari segi pengurusan visa tu, cuba call pejabat mereka. Kalau agensi ni OK, sesiapa sahaja yang angkat telefon tu boleh jawab tentang semua hal. Tapi kalau yang angkat telefon tu tak boleh jawab pasal visa ni, dan suruh tunggu pulak untuk dia tanya bos dia, tu tanda bahaya tu. Carilah agensi lagi. Wassalam..
  3. Jangan teruja sangat dengan benda-benda 'free' yang pakej umrah bagi. Beg besar, beg kecil, beg sandang tu semua standard, semua pakej umrah bagi, malah sebenarnya bukan 'free' pun tapi dah memang masuk dalam harga yang kita bayar. Air zam-zam 10 liter tu pun semua pakej umrah bagi. Benda-benda free ni bukan penentu agensi tu bagus atau tidak.
  4. Berapa jumlah hari yang ditawarkan oleh pakej ni. Kalau yang standard tu ialah 10 hari at least pada harga sekitar RM6000. Tak semua pakej ni sama jumlah harinya. Harga pakej juga berbeza-beza bergantung kepada jumlah hari yang ditawarkan.
  5. Ketahui hotel mana yang dijanjikan. Tak semua hotel sama. Ada yang dekat, ada yang jauh. Ada yang terletak satu km dari masjid. Ada yang keluar je dari lobi hotel terus nampak masjid (seperti hotel di bangunan Safwan depan Masjidil Haram.) Hati-hati dengan janji yang diberikan. Kadang-kadang dijanjian hotel depan masjid tapi bila pergi sana mulalah keluar macam-macam masalah planet bumi ni dan hotel yang dijanjikan tu tak dapat sebab penuh dah sebagainya.
  6. Harga pakej tu untuk berapa orang sebilik dalam satu bilik hotel. Adakah untuk seorang, dua orang atau tiga orang. Sepatutnya, harga pakej untuk dua orang sebilik mahal sedikit dari harga pakej tiga orang sebilik. Kalau yang pegi dengan famili tu, tak kan sama harga pakej enam orang sebilik dengan pakej dua orang sebilik.
  7. Bagaimana bayaran kepada agensi tu dibuat. Sepatutnya bayaran adalah terus kepada akaun syarikat dan bukan kepada akaun persendirian, akaun pengurus agensi atau kepada akaun agen-agen yang dilantik oleh agensi. Kalau bayaran beribu-ribu tu dibuat ke dalam akaun persendirian, tu tanda ada masalah tu. Bila telah membuat bayaran, pastikan dapat resit pembayaran. Adakah terdapat bayaran-bayaran tambahan yang lain. Ada tak bayaran tambahan masa di Tanah Arab nanti? Kena tanya habis-habis bab ni.
  8. Syarikat penerbangan mana yang ditawarkan. MAS dan Saudi Airlines adalah yang established. Airlines ni terbang terus ke Jeddah tanpa transit. Kalau nasib baik time booking, ada yang terbang terus ke Madinah. Pakistan Airlines memang murah, tapi siaplah, dia akan transit sana sini, pegi Dubai dululah, singgah Karachi dululah. Kalau naik Saudi Airlines, flight attendance akan baca doa masa plane mula terbang. Kan best. Rasa tenteram jiwa.
  9. Servis mutawif pulak macam mana. Kalau boleh biar dapat mutawif Melayu. Dia akan ikut terbang dari KLIA dan balik pun sama juga. Tapi kalau mutawif Indonesia, mereka akan tunggu di sana. Macam Andalusia Travels, mutawif depa ramai sangat orang Indonesia dan students yang sedang belajar di sana. Bila dah masuk hotel di Madinah barulah jumpa mutawif tu. Cakap pulak telo Indon. Rasa macam pergi Jakarta pulak. Masa balik pulak, mutawif Indon tu hantar sampai kaunter check in sahaja, sebab mereka kena balik ke Makkah semula.
  10. Berapa kali trip umrah (miqat-tawaf-saie) yang dibuat nanti. Andalusia Travels sediakan tiga kali umrah. Satu umrah wajib, dua lagi umrah sunat. Ni best. kalau rosak umrah pertama (tanpa kita sedari) ada dua lagi umrah untuk cover. Kalau umrah pertama tu sempurna, dua lagi umrah tadi jadi umrah sunat. Dari sembang-sembang sesama jemaah di Makkah, ada pakej umrah yang uruskan satu umrah sahaja. Ada kenalan jemaah umrah cerita, mutawif pakej dia hanya uruskan umrah wajib saja. Tapi bila nak buat umrah sunat, mutawif tu tolong carikan van, lepas tu kena bayar sendiri dan pergi sendiri ke Tanaim atau Jaqrana untuk miqat. Mutawif tadi balik rehat kat bilik dia. Jemaah umrah tadi pandai-pandai sendirilah buat kembara miqat. Nasib baik tak kena jual ke ladang unta. Tapi tu bukan mutawif Andalusia. Mutawif Andalusia ikut sama ke semua tempat, ikut sama naik van, ikut sama naik bas, cuma naik unta saja tak ikut sama.
  11. Check senarai aturcara. Tengok ke mana tempat-tempat lawatan yang disediakan. Adakah bila pergi lawatan nanti bayar lagi, atau bayaran dah termasuk dalam harga pakej. Adakah pengangkutan kena uruskan sendiri dan bayar sendiri atau macam mana. Biar gaduh di Malaysia dulu, jangan gaduh di Arab Saudi depan drebar bas. Aturcara lawatan yang standard ialah melawat ke Masjid Quba, Jabal Uhud, ladang kurma, dladang unta. Ziarah Wida' dan Tawaf Wida' sepatutnya ada dalam aturcara.
  12. Ada kursus umrah ke tak. Ini sebelum bertolak. Kursus ni lebih penting sebab tanpa ilmu yang cukup, silap-silap haribulan umrah jadi tak sah. Tak sempurna takpa lagi, tapi janganlah sampai tak sah. Kalau dah regular pergi umrah, oklah. Kalau yang baru first time pergi, memang kena ada bimbingan. Jangan lebih banyak dapat penerangan tentang lawatan sana sini tapi kursus umrah langsung tak ada.

Agensi yang berdaftar dan yang bermasalah

Agensi pelancongan (travel agency) yang menguruskan umrah ni memang banyak. Semuanya adalah entiti berasaskan perniagaan. Mana ada agensi umrah yang berasaskan kebajikan. Bila namanya business, maka adalah yang nakal dan menipu. Berita jemaah umrah atau haji yang ditipu oleh agensi ni selalu sangat kita baca di akhbar.

Agensi yang pernah bermasalah

Berikut ialah senarai nama agensi pengelola umrah/haji yang bermasalah, bersama jumlah tuntutan yang telah difailkan dari tahun 2005 sehingga 30 April 2011. Sumber : Tribunal Tuntutan Pengguna Malaysia.

  1. Qaisar Travel & Tours Sdn. Bhd. (103 tuntutan)
  2. Al-Kahfi Travel & Tours Sdn. Bhd. (81 tuntutan)
  3. Hijjaz Legend Travel & Tours Sdn. Bhd. (64 tuntutan)
  4. Warith NY Travel & Tours Sdn. Bhd. (50 tuntutan)
  5. Permata El Nur Travel & Tours Sdn. Bhd. (22 tuntutan)
  6. Mat Sarawak Travel & Tours Sdn. Bhd. (20 tuntutan)
  7. Anjung Warith Holidays Sdn. Bhd. (18 tuntutan)
  8. Jaznal Travel Group Sdn. Bhd. (14 tuntutan)
  9. Tijaratun Nur Travel & Tours Sdn. Bhd. (13 tuntutan)
  10. Bahrulmazi Travel And Tours Sdn. Bhd. (12 tuntutan)

Agensi yang berdaftar dengan Kedutaan Arab Saudi

Berikut ialah agensi pengelola umrah yang berdaftar dengan Kedutaan Arab Saudi. Sumber: Jabatan Wakaf Zakat dan Haji (JAWHAR). http://www.jawhar.gov.my

  • YHA Travel & Tours Sdn Bhd, Ampang
  • Andalusia Travel & Tours Sdn Bhd, Taman Maluri, Kuala Lumpur
  • Best Star Travel Centre Sdn Bhd, Putrajaya
  • De Mawardah Travel & Tours Sdn Bhd, Kuala Lumpur
  • Wan Travel Sdn Bhd, Kucing, Sarawak
  • Rayhar Travel Sdn Bhd, Kuala Lumpur
  • Elaf Shahidah Travel Sdn Bhd, Kuala Lumpur
  • Falcon Travel & Tours Sdn Bhd, Kuala Lumpur
  • Plantium Gesture Travel & Tours Sdn Bhd, Kuala Lumpur
  • UMH Travel & Services Sdn Bhd, Jalan Gombak, Kuala Lumpur
  • Zahafiz Travel & Tours Sdn Bhd, Shah Alam
  • Cantumas Travel & Tours Sdn Bhd, Kuala Lumpur
  • TH (Tabung Haji) Travel & Services Sdn Bhd, Kuala Lumpur
  • Rakyat Travel Sdn Bhd, Kuala Lumpur
  • KAA Travel & Tours Sdn Bhd, Kuala Lumpur
  • Syarikat Pelancungan Yasskin Sdn Bhd, Kota Bharu, Kelantan

Approved Umrah Travel Agents: Malaysia

Ni pula dari website Arab Saudi. Boleh check sendiri di sini.
  • Al-Nile Tour & Travel Sdn Bhd
  • Andalusia Travel & Tours Sdn Bhd
  • Ash-Har Travel & Tours Sdn Bhd
  • Batuta Travel & Tours Sdn Bhd
  • Beststar Travel Centre Sdn Bhd
  • Cantumas Travel & Tours Sdn Bhd
  • Citra Travel & Tours Sdn Bhd
  • De Mawardah Travel & Tours Sdn Bhd
  • Falcon Travel & Tours Sdn Bhd
  • FB Travels Sdn Bhd
  • Festive Travels Sdn Bhd
  • Gemilang Travel and Tours Sdn Bhd
  • KAA Travel & Tours Sdn Bhd
  • KSB Travel & Tours Sdn Bhd
  • Muhammadiyah Travel & Tours Sdn Bhd
  • Rakyat Travel Sdn Bhd
  • Rayhar Travels Sdn Bhd
  • Sila Tour & Travel Sdn Bhd
  • Syarikat Pelancungan Yaskin Sdn Bhd
  • TH Travel & Services Sdn Bhd
  • Tiram Travel Sdn Bhd
  • Triway Omega Travel & Tours Sdn Bhd
  • Umrahaj TRavel & Services Sdn Bhd
  • Uni-Travel Sdn Bhd
  • Wan Travel Sdn Bhd
  • Wira Saujana Travel & Tours Sdn Bhd
  • Zahafiz Travel & Tours Sdn Bhd

Nak pergi umrah pun kena tipu..

Dulu ada umrah MLM. Harga pakej umrah ni RM1700 je. Very the murah. Tapi kena bawa 7 orang lagi (downliner). Ramai yang tertipu.

Yang ni pula berlaku di Terengganu. Kejadian tahun 2009 dulu. Dua lelaki tersebut dituduh melesapkan RM192,500 milik orang yang berhasrat nak pergi umrah. Tak tau ending dia macam mana.

Foto atas. Beg besar beg kecil semua dah dapat. RM51,000 dah bayar. Dua tahun dah tunggu. Tapi 12 adik beradik masih gagal pergi umrah. Ni kejadian tahun 2009. Pembongkaran berlaku pada tahun 2011. Agensi umrah tersebut dimiliki oleh kumpulan nasyid terkenal. Lepas kes ni mereka jadi lebih terkenal. Salah seorang anggota mereka berkahwin dengan bekas tunang Mawi. Agensi ni ada tersenarai dalam 10 agensi bermasalah di atas tu.

Updated 17/5/13

74 comments:

  1. terima kasih. tulisan anda banyak membantu saya. terima kasih.....

    ReplyDelete
    Replies
    1. Terima kasih banyak banyak diatas nasihat dan panduan tuan hamba.

      Delete
  2. Terima kasih di atas tips yang diberikan. Amat dihargai.

    ReplyDelete
  3. Terima kasih perkongsian yang sangat bermenafaat.Semoga mendapt Rahmat dan Berkat dari Allah SWT.

    ReplyDelete
  4. Nama utas travel macamana tak ada?

    ReplyDelete
  5. Terima kasih banyak-banyak di atas perkongsian ini.

    ReplyDelete
  6. cuba cek glocal travel..sy dh book n byr deposit utk bln 12 2013 ini
    .mnta sahabat tlg selidik juga

    ReplyDelete
  7. Saya dah baca travelog ni.. tapi tetiba air mata saya berderai tak berhenti2 masa baca tentang solat di Raudhah.. saya telah menunaikan umrah pertama kali pada April 2013.. diakui memang perasaan tu sebak tetiba bila kaki jejak je atas karpet hijau tu.. xtau kenapa.. rasa mcm Nabi SAW tu ada dekat je dgn saya & meraikan kedatangan saya. saya doa mcm2 & selawat atas nabi, alhamdulillah dapat solat sunat 4 kali (8 rakaat),selagi tak dihalau oleh wanita2 arab yg berpurdah & garang tu.. alhamdulillah, semoga syafaat Nabi SAW akan membantu saya di akhirat kelak.. rindu di hati sentiasa bertandang utk ke Baitullah & ke rumah kekasihNYA lagi.. insyaAllah dipermudahkan & Allah menjemput lagi saya sebagai tetamuNYA..

    ReplyDelete
  8. Kisah agensi yang bermasalah ini mungkin kejadian terpencil. Pada dasarnya, secara peribadi saya berpendapat NIAT mereka bukan untuk menipu tetapi menghadapi masalah seperti visa atau penerbangan sedangkan bayaran pendahuluan tempahan hotel di Madinah dan Mekah sudah dibayar. Apabila gagal untuk menerbangkan jemaah ke tanah suci, maka bayaran berkenaan (mungkin) hangus dan itulah sebabnya agensi berkenaan gagal untuk mengembalikan sepenuhnya wang para jemaah. Wallahualam.

    ReplyDelete
    Replies
    1. mungkinlah.. mungkin mereka tiada NIAT untuk menipu. tapi yang sudah pasti, bakal jemaah umrah sudah TERTIPU. duit lesap. agensi yang tiada NIAT nak menipu tu pandai pulak menghilangkan diri. tiada NIAT nak bayar balik ke semua tu ke. oleh sebab agensi tu tiada NIAT untuk menipu, maka semua kesalahan mereka dianggap tidak berlaku, pakcik makcik semua yang kena tipu tu.. pergi umrah dengan NIAT sajalah. sungguh adil dunia ini.

      Delete
  9. Saya baru pulang dari trip haji 3 hari lepas, dengan Andalusia Travel. Ini adalah haji kali kedua, yang pertama, 13 tahun lepas dengan Utas. Dua pengalaman ini jauh berbeza. Trip dengan Andalusia jauh lebih baik dan bermakna dan pada saya lebih dekat kepada mabrur kalau pun bukan mabrur, mungkin sebab saya lebih tua, atau Andalusia dah improve atau Utas masa dulu baru nak established. Yang pastinya tahun ni, melalui survey yang dilakukan oleh Tabung Haji, Andalusia menyediakan pakej bimbingan ugama yang terbaik di Makkah diantara semua pakej swasta, mengalahkan TH travel sendiri. Ini yang penting.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Anonymous saling menyokong. Letaklah nama sendiri. Wakil andalusia kah?

      Delete
    2. Alhamdulillah pengalaman pertama umrah saya dengan andalusia, memang memuaskan, dari masa check in nak berlepas, pertama kali ke raudhah, ke makkah sampailah kembali ke klia semula, memang terjaga, . Mutawif pun sangat bagus, walaupun muda-muda..

      harap mereka teruskan istiqamah memberikan perkhidmatan yang terbaik..amanah orang..

      Delete
  10. Sekarang Tiram Travel juga penipu. Penerbangan asyik tangguh tangguh tangguh

    ReplyDelete
  11. Salam. Saya dan 6 org ahli keluarga baru pulang dr mgerjakan umrah d tanah suci. Malang kpd jemaah kami seramai 90 org yg mgambil pakej umrah idaman yg byrannya mahal. Kami dijanjikan hotel safwa royale orchid yg tletak d hadapan baitullah. Kami pilih pakej ni bkn krn banyak duit ttp memikirkan kesihatan ibu yg dh berumur 80an. Kami berada d mekah dgn hati yg sedih krn dtipu oleh agensi ini. Nama agensi: AjwaTravel & tours sdn bhd.
    Pemilik: Hj iqbal safwan
    Pejabat: Di tgkt 2 Bangunan Tabung Haji klang
    Penipuan:
    1. Janji xd transit naik saudi airline trus ke madinah - sbaliknya naik egyptair transit bangkok , cairo n jeddah + naik bas ke madinah ( masa 26jam)
    2. Janji akan jg kbajikan jemaah tp muka xnampak d hotel cuma masa pndaftaran hotel n bg kunci bilik je n waktu makan. Tak mesra dgn jemaah kcuali ada pangkat spt dr @ org kaya yg berpangkat datuk-
    3.janj diberikan bas vvip semasa d madinah n mekah sbaliknya hanya dpt bas sykt al ahmadi shj yg mcm bas zaman selepas jepun.
    4. Hotel dijanjikan setimpal dgn byran tidak dapat ats alasan org arab xpegang pd jani pdhal ada yg terdengar pbualan tn hj yg mgatakan blum byr deposit lg.
    5. Bw ahli klga ttp bkn mbantu ttp mguruskan emaknya yg tua tu. Ground service failed n out. Xd mutawif utk guide kami. Dah letak d hotel pandai2 la cari masjid sendiri. Mlm sampai hotel trus kna g bt umrah hbs kul 2 pg waktu sana. Subuh kul 5.30pg.
    Saya harap pmbaca blog ini jgn tertipu dgn janji manis hj iqbal yg mata duitan ini.krn beliau kata sewa hotel 3star yg diduduki oleh kami sama dgn sewa hotel royale orchid safwa. Tgok tiles tgga hotel je dh lain xkan rate sama

    ReplyDelete
    Replies
    1. Saya juga jemaah yg sama2 berangkat dalam kumpulan ini tetapi terima ketentuan Allah. Saya tak rasa Hj Iqbal seorang penipu. Inilah ujian yg kita kena terima atas dosa-dosa kita masa silam. Saya rasa amat syukur kerana dapat beribadah di Tanah Suci.Alhamdulillah

      Delete
  12. Saya dan isteri juga membayar RM16800 untuk menyertai pakej premium yang ditawarkan Ajwa Travel & Tours. Kami dijanjikan Hotel taraf 5 bintang di Mekah iaitu Hotel Safwah Orchid. Setibanya di Mekah, kami diberitahu oleh pemilik Ajwa Travel Haji Iqbal Safwan yang beliau telah ditipu oleh Arab yang mana booking beliau yang telah dibayar penuh telah dibatalkan oleh pihak hotel. Bermula trip meronda keliling Mekah mencari hotel sehingga kami dibawa ke hotel 3 bintang yang agak jauh. Kesian kepada jemaah yang membawa warga tua dan kurang upaya yang memilih pakej ini untuk mudah ke Masjidil Haram. Jemaah yang melahirkan kekesalan mereka telah disisihkan oleh Haji Iqbal.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Haji Iqbal also refused to make any refund as his money has been withheld by his Arab hotel broker and the cost for the 3 star hotel is the same as Safwah Orchid. He is not willing to incur losses. Instead propagated that what happened is Allah's will to test the jemaah.

      Delete
    2. mudah2an Allah buka hatinya untukkembalikan wang yang bukan HAK HAJI IQBAL

      Delete
  13. http://umrahajwa.blogspot.com/2013/12/pengalaman-para-jemaah-ajwa-travel-yang.html?m=0#comment-form

    Himpunan cerita jemaah Ajwa Travel..

    ReplyDelete
  14. Nama saya Abu Bakar bin Osman,bersama isteri dan anak perempuan saya, salah satu jemaah AJWA TRAVEL AND TOURS SDN BHD yang berangkat ke tanah suci pada 17/12/2013-28/12/2013 bagi menunaikan umrah, kononnya 'PACKAGE UMRAH IDAMAN' yang langsung tidak IDAMAN, malahan apa ynag dijanjikan dari saat kami terbang adalah semata mata kisah dongeng DONGGENG SEMATA MATA.
    Biarlah saya di sini nyatakan senario apa yang berlaku SEBELUM dan SELEPAS kami membayar untuk KONONNYA PACKGE UMRAH IDAMAN DARI PIHAK AJWA TRAVEL AND TOURS SDN BHD YANG DIKETUAI OLEH PENGARAHNYA HAJI IQBAL SAFWAN FATTY.

    ReplyDelete
  15. SENARIO SEBELUM:
    1. PERNERBANGAN TERUS DARI KUALA LUMPUR KE MADINAH OPERATED BY SAUDI AIR
    SENARIO SELEPAS :
    1.1 PERNERBANGAN TRANSIT DARI KUALA LUMPUR KE BANGKOK(banyak jemaah tidak dimaklumkan),TRANSIT,DAN KE CAIRO, PERNERBANGAN YANG KURANG LEBIH MEMAKAN MASA SELAMA HAMPIR 24 JAM

    SENARIO SEBELUM"
    1.AJWA AKAN MENYEDIAKAN GROUND STAFF UNTUK KESELESAAN JEMAAH SETIBANYA JEMAAH DI AIRPORT CAIRO
    SENARIO SELEPAS:
    1.1 TIADA LANGSUNG GROUND STAFF YANG MEMBANTU KAMI SETIBANYA KAMI DI CAIRO, MALAHAN KAMI TIDAK TAHU ATAU KENAL SIAPA GROUND STAFF AJWA DI CAIRO

    SENARIO SEBELUM:
    1. AJWA AKAN MENYEDIAKAN 3 BUAH BAS VVIP COACH(HAJI IQBAL QUOTE SEMASA BERI TAKLIMAT DI MASJID SHAH ALAM 2 KALI BERTURUT-TURUT- SAYA BAYAR MAHAL UNTUK BAS-BAS VVIP TERSEBUT, BUKAN APA SAYA NAK JEMAAH SAYA SELESA)
    SENARIO SELEPAS:
    1.1BAS BAS KAMI ADALAH SEPERTI BIASA APA YANG VVIPNYA MACAM MACAM BAS BAS YANG TIDAK BERAPA NAK VVIP LAH, STANDARD LEBIH SIKIT DARI BAS BAS KILANG

    ReplyDelete
  16. SENARIO SEBELUM:
    1.KAMI DIJANJIKAN KONONYA ADA BEBERAPA MUTAWWIF YANG AKAN MEMIMPIN KAMI DI MADINAH UNTUK MELAKUKAN ZIARAH
    SENARIO SELEPAS
    1.1 SESAMPAINYA DI MADINAH AL MUNAWARRAH, KAMI PARA JEMAAH PERLU MEMIKIRKAN CARA CARA KAMI SENDIRI BAGAIMANA NAK MEMENUHI MASA KAMI DI MADINAH
    SENARIO SEBELUM:
    SEBELUM KEBERANGKATAN KAMI KE KOTA SUCI MEKAH, KAMI PARA-PARA JEMAAH TELAH DIJANJIKAN DENGAN PENUH JANJI-JANJI MANIS YANG DITERJEMAHKAN PASA PAMPLET AJWA TRAVEL AND TOURS SDN BHD, BUKAN MAIN MANIS TUAN TUAN DAN PUAN PUAN, MANIS LAGI DARI MADU ATAU KURMA-KURMA YANG SETARAF DENGAN NYA
    INI LIST NYA:
    1. PENERBANGAN TERUS DARI KUALA LUMPUR KE MADINAH BY SAUDI AIR
    2. PENGINAPAN DI HOTEL 5 BINTANG(5 STAR) DI SAFWAH ROYAL ORCHID- SANGAT HAMPIR DENGAN MASJIDIL HARAM (SIAPA YANG TIDAK KENAL DENGAN HOTEL HOTEL INI, DENGAR NAMA PUN DAH TERPERSONA
    3. MAKAN DI RESTORAN DSAJI
    SENARIO SELEPAS:
    INI LISTNYA JUGA
    1. PERNERBANGAN LANGSUNG DARI KUALA LUMPUR KE MADINAH , JANJI TINGGAL JANJI AJELAH, PARA JEMAAH TELAH MENEMPUH PENGALAMAN PERTAMA DENGAN MENGHARUNGI MASA KURANG LEBIH 24 JAM UNTUK PERNERBANGAN SAHAJA. MANA TIDAKNYA,
    KULA LUMPUR KE BANGKOK (TRANSIT) AND BANGKOK TO CAIRO
    2. BAB HOTEL NI YANG RASANYA THE ULTIMATE TREMENDOUS FAILURE TO AJWA TRAVEL AND TOURS SDN BHD, SO BEGINI KISAHNYA:
    SEPERTIMANA YANG PARA-PARA JEMAAH YANG TAHU DAN DIMAKLUMKAN, KAMI AKAN MENGINAP DI HOTEL SAFWAH ROYAL ORCHID TETAPI DALAM PERJALANAN KAMI KE KOTA SUCI MEKAH KAMI DIKEJUTKAN DENGAN BERITA KAMI MUNGKIN TIDAK DAPAT MEGINAP DI HOTEL SAFWAH ROYALE ORCHID,(SEPRTI KATA HJ IQBAL,KITA DOA SAMA2 SUPAYA KITA DAPAT HOTEL SAFWAH)DALAM MASA YANG SAMA HJ IQBAL PUN KATA KALAU TIDAK DAPAT HOTEL SAFWAH DIA AKAN CUBA DAPATKAN HOTEL ZAM-ZAM ATAU MOVENPICK, KAMI PARA JEMAAH RASA OK SEBAB KETIGA TIGA HOTEL TERSEBUT ADALAH HOTEL 5 BINTANG, DAN YANG PALING PENTING DEKAT DENGAN DATARAN MASJIDIL HARAM, ITU YANG UTAMA NYA

    ReplyDelete
    Replies
    1. Biar betul makan kat Dsaji. Mahal tu. Nampak sangat penipu. Time saya pergi dua tahun lepas, kalu makan nasi ngan lauk ikan bakar sepinggan 35 riyal. Kalu tiap-tiap hari dan tiap-tiap waktu makan kat sana...memang kaya benau agensi ni.

      Delete
    2. Sememangnya jemaah diberi peluang untuk makan di Restoran D'saji Felda. Jika tak percaya boleh berhubung terus dengan Tuan Punya Ajwa Travel 019-3505395 (Hj Iqbal)

      Delete
  17. SETIBANYA KAMI DI KOTA SUCI MEKAH,KAMI PARA JEMAAH BUAT KALI KEDUA DIKEJUTKAN DENGAN BERITA KAMI MEMANG TIDAK AKAN MENGINAP DI HOTEL SAFWAH ROYAL ORCHID SEBAB DAH PENUH WALHAL BUAT KATA HAJI IQBAL BAYARAN PENUH SUDAH DIBUAT DARI MALAYSIA LAGI SEBELUM BERANGKAT,
    KAMI DIMAKLUMKAN KAMI AKAN MENGINAP DI HOTEL HILTON PULAK,HILTON PUN OK JUGAK,JEMAAH PACKAGE ANDALUSIA DAN TABUNG HAJI RAMAI JUGAK YANG MENGINAP DI SITU, SO KAMI DI BAWA KE HOTEL HILTON,SERONOKLAH DAPAT DUDUK HILTON, APA YANG TERJADI?
    KAMI SEKADAR BERADA DALAM BAS DI DEPAN HOTEL HILTON DAN AKHIRNYA DIMAKLUMKAN KAMI TIDAK AKAN MENGINAP DI HOTEL HILTON,KEJUTAN KALI KETIGA, BUAT PENGETAHUAN TUAN TUAN DAN PUAN PUAN, KAMI PARA-PARA JEMAAH SEMUA BERPAKAIAN IHRAM
    PUSING PUNYA PUSING DISEKITAR MEKAH LAST-LAST KAMI BERHENTI DI DEAN SEBUAH HOTEL NAMA RAUDAH QASSWA DI SEKITAR AJYAD DAN KAMI DIMAKLUMKAN AKAN MENGINAP DI DISTU CUMA SATU MALAM SAHAJA, KAMI PARA JEMAAH TIDAK ADA PILIHAN KERANA MALAM SEMAKIN LARUT DAN KAMI BELUM MENGERJAKAN UMRAH LAGI,SELESAI DENGAN UNLOADING BAG-BAG KAMI PUN DIARAH PERGI RESTORAN DSAJI UNTUK MENJAMU SELERA,UNTUK KAMI 1ST TIMER, MANALAH KAMI TAHU RESTORAN DSAJI DIMANA,APALAH SALAHNYA KALAU DISEDIAKAN ORANG YANG BOLEH HALAKAN KAMI KE RESTORAN TERSEBUT,HAMPEH!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!
    KAMI TELAH DIPIMPIM OLEH SEOARNG MUTAWWIF BERNAMA RAFEEI,DIA TELAH MEMBIMBING KAMI SEHINGGA SELEASI KERJA UMRAH KAMI.
    JAM SUDAH MENUNJUKAN HAMPIR PUKUL1:30 AM WAKTU TEMPATAM , KAMI BERSYUKUR KERJA UMRAH KAMI SELESAI DAN MOGA-MOGA MAKI DAPAT UMRAH YANG MABRUR
    HARI KEDUA KAMI DI KOTA SUCI MEKAH, KAMI LANSUNG TI DAK DIMAKLUMKAN OLEH HAJI IQBAL MANA HOTEL YANG KAMI AKAN MENGINAP SINCE HAJI IQBAL KATA, KAMI HANYA AKAN BERMALAM DI HOTEL RAUDAH QASSWA HANYA UNTUK 1 MALAM, SEHINGGALH KAMI DAPAT BERITA KAMI AKAN TERUS MENGINAP DI SINI(RAUDAH QASSWA SEHINGGALAH HAJI IQBAL DAPAKAN HOTEL 5 BINTANG YANG SEPETIMAN DIJANJIKAN
    OH YA, LUPA SAYA NAK NYATAKAN, JARAK HOTEL INI (RAUDAH QASSWA RATED 3 STAR) ADALAH DI ANTARA 450-500 M KE MASJIDIL HARAM DAN ADA DI ANTARA JEMAAH KAMI YANG BERKERUSI RODA, WARGA EMAS DAN LAIN LAIN YANG PERLUKAN DISTANCE YANG HAMPIR KE MASJIDIL HARAM.
    SAMPAI SATU KETIKA HAJI IQBAL MEMAKLUMKAN KAMI BAHAWA KAMI AKAN MENETAPDI HOTEL RAUDHAH QASSWA SEPANJANG MASA KAMI DI MEKAH,ALASANNYA SEPERTI DI BAWAH:
    1. HOTAL SAFWAH ,ZAM ZAM HILTON MOVENPICK FULLY BOOKED
    2.UNTUK HOTEL 5 STAR ,BOOKING CLOSED DARI 25 DECEMBER -10 JANUARY
    3.ORANG OARNG ISTANA DAN UAE DAH BLOCKED SEMUA 5 STAR HOTEL BOOKING
    DI HOTEL INI, RAUDAH QASSWA HAJI IQBAL TELAH MENYEDIAKAN KAMI FULL BOARD,BREAKFAST,LUNCH AND DINNER, TERIMA KASIH BANYAK KAMI TERIMA, TAPI HAIRAN JUGAK

    ReplyDelete
  18. KENAPA HAJI IQBAL SEDIAKAN FULLBOARD SEDANGKAN KAMI DIBENARKAN MENJAMU SELERA DI RESTORAN DSAJI, IN OTHER WORD KENAPA NAK TAMBAH COST KEPADA COST YANG TELAH SEDIA ADA?
    KAMI PARA JEMAAH SEMACAM RASA ADAYANGTIDAK KENA, MAKA KAMI INITIATE SATU PERJUMPAAN DENGAN HAJI IQBAL, PLEASE TAKE NOTE BAIK2, KAMI YANG INITIATE, BUKANNYA HAJI IQBAL YANG INITIATE, PATUTNYA HAJI IQBAL YAMG PANGGIL DAN JUMPA KAMI UNTUK NEREANGKAN KEADAAN SEBENARNYA
    MASA ITU HANYA KAMI BERTIGA YANG BERJUMPA DENGAN DIA DAN SECARA DASAR MENGEMUKAKAN FAKTA-FAKTA YANG HARUS DAN PERLU DIJAWAB OLEH HAJI IQBAL TENTANG PERMASALAHAN KAMI, KAMI SETERUSNYA BERKERAS UNTUK DIADAKAN SATU LAGI PERJUMPAAAN DENGANSEMUA JEMAAH PADA ESOK HARI UNTUK MENDAPATKAN PENERANGAN JELAS DARI HAJI IQBAL DAN RESPONSE DARI PARA JEMAAH, DAN KAMI MINTA SUPAYA HAJI IQBAK CALL ATAU KETUK SEMUA BILIK BAGI MEMAKLUMKAN PIHAK JEMAAH TENTANG PERJUMPAAN ITU TAPI KAMI AMBIL PRO ACTIVE ACTION DENGAN MEMAKLUMKAN SENDIRI PARA2 JEMAAH KERANA KAMI SEDIA MAKLUM YANG HAJI IQBAL TIDAK AKAN MELAKUKANNYA
    PADA LEBIH KURANG JAM 9:00AM KEESOKAN HARINYA BERKALU LAH PERJUMPAAN DI ANTAR KAMI PARA JEMAAAH DARI HAJI IQBAL DARI AAJWA TRAVEL AND TOURS SDN. BHD.
    HAJI IQBAL MEMULAKAN PERBINCANGAN TERSEBUT DENGAN MENYATAKAN AJWA TIDAK DAPAT DELIVER APA YANG DIJANJIKAN SETELAH PARA JEMAAH TINGGAH HANYA 3 HARI SAHAJA HENDAK PULANG KE TANAH AIR
    SEBELUM ITU BIARLAH KAMI NYATAKAN BAYARAN YANG DIKENAKAN OLEH PIHAK AJWA TRAVEL AND TOURS SDN SBHD KEPADA JEMAAH:
    UNTUK PACKAGE UMRAH IDAMAN:
    BILIK BERDUA RM 8700.00
    BILIK BERTIGA RM 8000.00
    BILIK BEREMPAT RM 7500.00
    KAMI DIBERIKAN DISKAUN SEBANYAK RM300
    BAGI PACKAGE SUPER EKONOMI AJWA TARVEL AND TOURS SDN BHD MENGENAKAN HARGA SEBANYAK :
    BILIK BERDUA RM 7100
    BILIK BERTIGA RM 6800.00
    BILIK BEREMPAT RM 6500.00
    MENGINAP DI 2 SATR HOTEL DAN MAKAN DI HOTEL SECARA BUFFET CATERING YANG DISEDIAKAN OLEH AJWA

    ReplyDelete
  19. KAMI BANGUN DAN MENYATAKAN DENGAN JELAS KEPADA HAJI IQBAL BAHAWA KAMI PARA JEMAAH MOHON HAI IQBAL DARI AJWA TRAVEL AND TOURS SDN BHD MENBAYAR BALIK PULANGAN WANG YANG SETIMPAL DENGAN PACKAGE APA YANG KAMI DAPAT SEKARANG YANG TIDAK LANGSUNG SETARAF DENGAN PACKAGE YANG SEPATUTNYA KAMI DAPAT.(PACKAGE UMRAH IDAMAN)
    KAMI PARA-PARA JEMAAH BERSEMPENDAPAT DAN SETUJU SEBULAT SUARA YANG HAJI IQBAL HARUS DECLARE YANG DIA TELAH GAGAL UNTUK MEMENUHI JANJI DIA DAN MENYELARASKAN PACKAGE KAMI INI SEBAGAI PACKAGE UMRAH SUPER EKONOMI YANG MANA JAUH LEBIH MURAH,WALAUPUN MEREKA PACKEGE SUPER EKONOMI, JARAK ANTARA HOTEL DAN MASJIDIL HARAM HANYALAH SEKADAR 150METER DAN KALAU TIDAK DISEBABKAN OLEH TUNNEL JALAN YANG SEDIKIT NAIK DAN TURUN BUKIT,JARAK MEREKA MEMANGLAH HAMPIR DENGAN MASJIDIL HARAM UNLIKE KAMI JARAK 450-500METER KE MASJIDIL HARAM
    JADI PERMINTAAN KAMI AMATLAH MUDAH DAN JELAS:-
    HARGA PACKAGE UMRAH IDAMAN DI TOLAK DENGAN PACKAGE SUPER EKONOMI DAN BALANCENYA DIBAYAR BALIK PADA JEMAAH ,SEBAGAI CONTOHNYA:-
    PACKAGE UMRAH IDAMAN BILIK BEREMPAT RM 7500 DITOLAKKAN DENGAN PACKGE SUPER EKONOMI BILIK BEREMPAT RM 6500, BALANCENYA RM1000.00
    MALANGNYA PERMINTAAN KAMI DITOLAK BULAT BULAT OLEH HAJI IQBAL, HAJI IQBAL NYATAKAN COST HOTEL RAUDAH QASSWA YANG KAMI MENGINAP SEKARANG SAMA COSTNYA DENGAN HOTEL SAFWAH ROYAL ORCHID, BAYANKAN LAH HOTEL 5 STAR SAMA TARAFNYA DENGAN HOTEL 3 STAR, TAK MASUK AKAL LANGSUNG
    DAPAT KE TANAH SUCI MELAKUKAN UMRAH AMATLAH DIIMPIKAN OLEH SEMUA ORANG ISLAM, DI MASJIDIL HARAM KAMI SEMPAT BERJUMPA DAN BERTEMU DENGANPARA PARA JEMAAH DARI TRAVEL AGENT YANG BERLAINAN, KEBANYAKANNYA DARI ANDALUSIA, TIRAM, TH TRAVEL DAN BANYAK LAGI, SAYA SENDIRI BERKESEMPATAN BERJUMPA DENGAN SEORANG DOKTOR MENGINAP DI HOTEL YANG SAMA DENGAN KAMI,TRAVEL AGENT YANG TIDAK TERKENAL DARI PENANG,MENAIKI PESAWAT KUWAIT AIRLINES,LEBIH KURANG SERUPA DENGAN KAMI EGYPT AIR, TAPI YANG BERBEZANYA MEREKA BAYAR HANYA RM6500 SAHAJA FULLBOARD , DIMANAKAH BETULNYA STATEMENT DARI HAJI IQBAL YANG MENGATAKAN COST HOTEL RAUDAH QASSWA SAMA DENGAN DENGAN COST HOTEL SAFWAH ROYAL ORRCHID?
    BOHONG KALAU SAYA KATAKAN IBADAH SAYA TIDAK TERGANGGU DENGAN KEJADIAN INI,ADA KALA HATI INI BERKATA, HAJI IQBAL NI BETUL KE TAK BETUL NI?
    SAYA PERNAH KATAKAN PADA DIA, HAJI, KENAPA KEJADIAN2 NI YANG HAJI CAKAP TERJADI SERENTAK DALAM PADA MASA YANG SAMA, MACAM TAK BERAPA NAK KEBETULAN BUNYINYA, TAPI APA KATA CLICHE TUAN HAJI IQBAL, 'INI SEMUA KERJA ALLAH, KITA MESTI REDHO' PART INI MEMANG CLICHE SUNGGUH
    TUAN HAJI IQBAL, KERJA ALLAH ADALAH YANG TERBAIK, DAN PERANCANGAN ALLAH ADALAH YANG TERBAIK, TAPI MANUSIA SERING MENYALAH DUDUK KAN STATEMENT NI, YANG BATHIL TETAP

    ReplyDelete
  20. BATHIL YANG HAK TETAP HAK TUAN HAJI, JANGAN PERMAINKAN STATEMENT KELAK MERANA DIRI SENDIRI, JANGAN MUDAH MELAFAZKAN SUMPAH NANTI KELAK DIRI SENDIRI YANG TERSUMPAH
    HARI DEMI HARI KAMI PARA JEMAAH TEMPUH DENGAN HATI YANG LUKA TAPI IBADAH PADA ALLAH YANG ESA, TETAP KAMI JALAN DAN USAHAKAN JUGA, SEGALA MACAM SENARIO DAPAT KAMI KONGSI BERSAMA, ADA YANG BERTONGKAT , BERKERUSI RODA KE MASJIDL HARAM DEMI CINTA NYA PADA ALLAH YANG ESA, INGIN MENGABDIKAN SEGALANYA SEMASA BERADA DI TANAH SUCI.
    INGIN SAYA KATAKAN IBADAH KAMI DENGAN ALLAH ADALAH MUTLAK KAMI DENGAN ALLAH, KERANA ALLAH TIDAK PERNAH SAMA SEKALI MENGAGALKAN NIAT MANUSIA JIKA NIATNYA ITU IKHLAS SUCI DAN MURNI
    YANG SELALU MENGECEWAKAN ADALAH URUSAN MANUSIA SESAMA MANUSIA, MANUSIA PANDAI MENABUR JANJI2 MANIS HINGGA TIDAK HIRAUKAN PERASAAN , HATI BUDI MANUSIA YANG LAIN, YANG PALING UTAMA YANG DIKEJARKAN, KEUNTUNGAN SEMATA-MATA
    JANJI UNTUK MENGEMBALIKAN WANG SHORT STAY 1 HARI JUGA TIDAK DITUNAIKAN DI 2 TANAH HARAM, JEMAAH PATUTNYA TINGGAL SELAMA 12 HARI 10 MALAM, TAPI IA TELAH DIPENDEKAN KEPADA 12 HARI 9 MALAM,OLEH SEBAB ITU HAJI IQBAL BERJANJI UNTUK MEMULANGKAN SEJUMALH KEPADA SEMAU PARA2 JEMAAH BERDASARKAN PADA BIKIK2 :
    BILIK BERDUA RM300, BILIK BERTIGA RM 250 DAN BILIK BEREMPAT RM200, INI TELAH DIJANJIKAN OLEH HAJI IQBAL WAKTU 2 KALI KURSUS DI MASJID NEGERI SHAH ALAM. HAJI IQBAL AKAN SERAHKAN WAKTU DI 2 TANAH HARAM NANTI, TAPI MALANGNYA SAMPAI SAAT NI, RATA2 JEMAAH TIDAK DAPAT LAGI REFUND YAG DIJANJIKAN, MACAM SAYA SENDIRI SAYA TELAH MINTA DENGAN HAJI IQBAL MASA DI MEKAH,WAKTU SARAPAN PAGI DEPAN USTAZ KHARI
    CUKUP RASANYA SAYA BERCERITA PENGALAMAN PARA JEMAAH DENGAN APA YANG TERJADI DI MEKAH,SAYA INGIN MOVE FORWARD DENGAN APA YAG TERJADI SEMASA DARI JEDDAH KE CAIRO AIRPORT.
    DI CAIRO AIRPORT KAMI IBARAT SEPERTI JEMAAH YANG BUKAN DARI TRAVEL AGENT, NAK HARAPKAN HAJI IQBAL PIMPIM KAMI, ENTAHLAH..........................KAMI SEDAYA UPAYA CARI HALUAN KAMI SENDIRI,KERANA KAMI HARUS TRANSIT DI CAIRO SELAM 5 JAM SEBELUM TERBANG PULANG KE KUALA LUMPUR
    ORANG LAIN MEROKOK JUGAK TAPI AGAK2LAH, UTAMAKAN PARA JEMAAH DULU BARULAH PERGI MEROKOK, TAK GITU TUAN HAJI IQBAL, ROKOK LEBIH PENTING DARI JEMAAH,OOOPPSS SORRY BUKAN ROKOK SAHAJA TAPI UNTUNG LEBIH UTAMA, MAKLUMLAH DAH LEBIH DARIPADA 20 TAHUN PENGALAMAN DALAM INDUSTRI NI,YANG MANA KERAP HAJI IQBALKAN WAR-WARKAN, TAPI PADA SAYA SENDIRI RASANYA MACAM TAK SAMPAI 1 ATU 2 TAHUN AJE LAGAKNYA, SEMUA KUCAR KACIR,
    RASANYA PENGALAMAN 20 TAHUN TU PENGALAMAN APA YE? VERY SUBJECTIVE? TAK GITU TUAN HAJI IQBAL,
    ALHAMDULILLAH SAMPAI KAMI SELAMATNYA KE TANAH AIR DENGAN KERJA DAN KEMAHUAN SERTA KUASA ALLAH,TIADA KUASA MELEBIHI KUASA ALAH,DIA LAH YANG HAK

    ReplyDelete
  21. KALAU DI AIRPORT CAIRO KAMI PARA JEMAAH BOLEH MANAGE DENGAN SEMPURNA, TAK KAN LAH PULAK DI TANAH AIR SENDIRI KAMI BOLEH JADI KERA SUMBANG, TAKDE MASALAH DI KLIA, PARA2 JEMAAH MASING SELAMT DENGAN BAGASI2 MEREKA SERTA AIR ZAM-ZAM KAMI, KAMI PARA JEMAAH BERPELUKAN SEMASA KAMI DAN KAMI HARAP DAPAT BERJUMPA LAGI DI UMRAH YANG AKAN DATANG DAN LEBIH PASTINYA BUKAN DENGAN AJWA TRAVEL AND TOURS SDN BHD LAGI, ITU SUDAH PASTI AKAN BERLAKU, ORANG PUTIH CAKAP:
    ONCE BITTEN TWICE SHY
    DENGAN ITU SAYA AMBIL KESEMPATAN INI UNTK MEMOHON JUTAAN AMPUN DAN MAAF SEKIRANYA ADA KATA2 SERTA PERLAKU SAYA YANG SAYA LAKUKAN DENGAN SENGAJA ATAU TIDAK MENYENTUH PERASAN JEMAAH 2 YANG LAIN.JUTAAN AMPUN DAN MAAF SAYA PINTA SEKALI LAGI
    DENGAN ITU SAYA SUDAHI DENGAN UMMUL FATIHAH, AMIN,AMIN.AMIN YA RAB BAL ALAMIN

    ReplyDelete
    Replies
    1. terima kasih kerana sharing the experience. semoga jadi pedoman kepada bakal-bakal jemaah umrah supaya 'menghindari' agensi yang mengarut ni.

      Delete
    2. Saya juga salah seorang jemaah Ajwa yang terbang bersama-sama saudara Abu Bakar dan merasai sendiri pengalaman yang berkenaan. Dakwaan mengenai flight awal lagi sudah tidak benar. Sememangnya Hj Iqbal telah maklum awal kegagalan mendapatkan flight Saudi dan diganti dengan flight Egypt. Dan Hj Iqbal offer pada jemaah jika tak setuju boleh tarik diri dan wang 100% dikembalikan. Jadi jika hal ini jadi ungkitan memang tak patut.
      Hanya sebab tak dapat Hotel Safwah, jadi meleret-leret komen burukkan Hj Iqbal. Saya sendiri redha dan bersyukur dapat ke Tanah Suci. Saya anggap mereka yang memburuk-burukkan Ajwa sebenarnya Jiwa Kacau. Jagalah aib orang supaya aib kita nanti tidak dibuka di Akhirat kelak.

      Delete
    3. Tuan Abu Bakar kalau tidak puashati bolih bawa perkara ini ke tribunal Sebelum itu kumpul inbois dan resit termasuk voucher mengesahkan package umrah itu. Pengalaman saya Umrah 2014, Masaalah timbul kalau kita pergi dlm kumpulan yang besar, bagi berdua bertiga dan berempat tiada masaalah, ini pengalaman saya. Saya berjaya bawa masaalah saya ke Tribunal walaupun saya tidak dapat tuntut sepenuh nya 40 peratus dari yg di tuntutan saya puas hati kerana kalau TA sanggup berbincang pada peringkat awal mungkin tidak sebanyak itu.
      KERJA ALLAH ADALAH YANG TERBAIK, DAN PERANCANGAN ALLAH ADALAH YANG TERBAIK...saya setuju ini lah modal mereka menyalah Allah mengejar keuntungan berlebihan untuk diri sendiri

      Delete
  22. salam rakan-rakan, camna dengan syarikat UTAS TRAVEL?

    ReplyDelete
  23. tadi ada sembang-sembang dengan seorang staf satu agensi umrah ni. dia ada sebut jemaah yang dibawa Utas Travel ni sampai ke Jeddah lepas tu tak ada return ticket. tak sempat pulak nak tanya berapa orang yang jadi mangsa, dan macam mana ending dia.

    ReplyDelete
  24. Tolong lah tak boleh pergi Makkah tanpa Mahram.pula saya nak jumpa nabi Isa,duit pun hanya ada 6ribu.Saya dah bertaubat saya tak nak jumpa Dajjal.Keluarga saya nak ikut macammana mereka jin alfred.Balas ada mana-mana agent boleh bagi pakej untuk seorang sahaja.Perempuan 25tahun.Balas.Saya nak berubat.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Irna Yakin boleh uruskan

      Delete
  25. Tahun lepas kedutaan Arab Saudi ada bagi free untuk bapa saya pergi buat Umrah,dan Ash-Har Travel yang bawa.Tapi bila nak contact ustaz itu tolong saya takder,Tolong saya Jin Islam akan tolong juga walau siapa halang pun.

    ReplyDelete
    Replies
    1. kalau jin islam boleh tolong, tak payahlah gunakan agensi umrah lagi dah. betul tak?

      Delete
  26. Harap boleh email saya jika ada yang boleh bantu dapatkan cop visa.Bila sampai ada orang Arab kenalan bapa boleh tolong,dia kerja Gov Arab SAUDI.KAMI BUKAN ORANG SENANG.TOLONG SIMPATI,Email pun saya dah tukar agar tidak tertipu kerana insan yang dicipta manusia pelupa,dan Allah akan bantu saya,Amin

    ReplyDelete
  27. Salam,
    Saya juga antara jemaah ajwa travel and tours pada sesi Disember yang lepas. Kesimpulan yg dpt Saya beri ialah, penipuan secara terang terangan kepada tetamu Allah dilakukan dengan selamba dan profesional oleh haji iqbal tanpa menunjukkan sedikit pun rasa malu atau menyesal kepada jemaahnya sepanjang berada di kota mekah. Oleh itu walau semenarik mana pun pakej umrah yang ditawarkan oleh travel agency ini, sila abaikan. Pastikan anda bukan mangsa haji iqbal yang seterusnya.. Wassalam...

    ReplyDelete
  28. assalam,,, kursus umrah awak pergi di mana ya? saya tak tahulah. insyaAllah, dalam perancangan nak pergi... tapi xtahu sgt tntg prkara2 yg kena bt bila sampai sana nnti...

    ReplyDelete
    Replies
    1. kursus2 umrah ni selalunya di buat dekat tempat agensi umrah tu sendiri.

      Delete
  29. Salam blh sy tau bagaimana cara nak pastikan syarikat2 yg bermasalah melalui tribunal tuntutan pengguna malaysia??

    ReplyDelete
    Replies
    1. Pi ke tribunal tuntutan pengguna malaysia di The Mall tingkat 16 tanya di kaunter

      Delete
  30. Assalamualaikum.
    Saya harap catatan saya ini akan menjadi pengajaran buat semua. Saya juga berpeluang untuk menunaikan umrah buat julung2 kali dalam hidup saya. Saya berdoa agar umrah ini akan berlansung dengan tenang dan dipenuhi keberkatan. Saya memilih MN AJWA( ada dalam website dan facebook ). Pemiliknya agak baru dan kekok melayan jemaah, tetapi saya percaya sekiranya dilakukan dengan perancangan dan perbincangan, semua rintangan dapat diatasi. Rintangan inilah yang ingin saya perkatakan, semoga dia menjadi pengajaran kepada MN Ajwa dan pertimbangan kepada sesiapa yang berhasrat untuk menunaikan umrah bersama MN AJWA.
    Persiapan sebelum berangkat ke tanah suci berlansung dengan baik, sehinggalah sampai ke Dubai untuk transit. Jemaah dibiarkan terpinga-pinga untuk menguruskan urusan check in dan check out, seolah-olah semua ahli jemaah telah mahir dalam urusan tersebut. Banyak peristiwa pelik berlaku seperti jemaah diminta membuka kasut dan berkaki ayam melintasi gerbang infrared. Perkara ini tentu dapat diatasi dengan baik sekiranya pihak pengurusan MN AJWA berada bersama jemaah dalam setiap pergerakan. Kelihatannya setiap ketua keluarga terpaksa memandai2 dan membawa diri menguruskan anggota keluarga masing-masing. MN AJWA juga tidak mempunyai kakitangan yang cukup sehingga meminta ahli jemaah untuk menjadi mutawif bidang terjun, meminta salah seorang ahli jemaah mengutip tips untuk pemandu bas dan mengumpul 10 riyal seorang untuk urusan check out ( yang sepatutnya telah dicover dalam pakej ). Ketua rombongan selaku pemilik MN AJWA selalu lesap entah kemana. Dia hanya muncul untuk memberi tiket dan kunci hotel sahaja.
    Ujian pertama bermula apabila sampai ke Jeddah pada pukul 3.40 pagi. Jemaah terpaksa beratur selama hampir enam jam di kounter check in kerana kerosakan sistem. MN AJWA tidak melakukan apa-apa dan menanti sahaja. Rombongan demi rombongan dari syarikat dan negara lain sampai dan melepasi kaunter, tetapi kumpulan kami tetap beratur dan tidak bergerak. MN AJWA tetap tidak melakukan apa2. Akhirnya selepas menyaksikan pertengkaran, tolak menolak, tuding menuding, jerit menjerit, sebahagian jemaah mengambil inisiatif sendiri pergi ke kaunter yang berlainan dan akhirnya dapat melepasi kaunter check in.
    apabila kami semua akhirnya melepasi kaunter, semuanya dalam keadaan kelaparan dan keletihan. Tidak seperti syarikat travel yang saya ikuti dahulu yang menyediakan minuman dan makanan ringan sebelum menempuh perjalanan, MN AJWA tidak melakukan apa2 untuk mengatasi masalah ini. Jemaah terpaksa membeli makanan sendiri di airport Jeddah.
    Kami berangkat ke Mekah agak lewat, kira-kira pukul 10 pagi, jadi kami hanya tidur di dalam bas, dan terlepas solat jumaat di Masjidil Haram. Setibanya di hotel, MN AJWA sekali lagi lesap, agaknya pergi menguruskan check in hotel, tapi berilah taklimat pada jemaah dulu tentang arah hotel, tempat mengumpul beg, tempat jemaah berkumpul dan sebagainya. Apa yang berlaku begitu kucar kacir apabila ahli jemaah terpaksa mengangkat beg mereka tetapi tidak tahu arah mana yang patut dituju yang sepatutnya. Seoalahya semua bergantung kepada nasib. Memang terdapat porter bergerak bersimpang siur, bagaimana kita nak tahu porter yang mana mewakili hotel yang mana dalam keadaan haru biru begitu?
    Selepas menanti seketika, kunci diperolehi dan dimaklumkan bahawa pihak hotel hanya menyediakan sarapan pagi. lunch dan dinner cari sendiri. Maaf, tak pernah saya jumpa arrangement sebegini. MN AJWA sepatutnya memberitahu perkara ini semasa kami membayar harga pakej yang bukannya murah. Kami membayar dengan harga mahal bukan hendak menunjuk2 sebab tak ada siapa pun nak tengok. Kami nak beribadah. Kalau makan minum pun kena cari sendiri, baik kami cari travel agency yang biasa2 sahaja.

    ReplyDelete
  31. disebabkan kami lewat sampai, umrah ditunda selepas asar. Tiada taklimat tentang bagaimana status solat jumaat kami, sama ada solat zohor di hotel atau melakukan jamak dan qasar. MN AJWA tidak peduli. Apabila kami berkumpul untuk melakukan umrah pertama, mutawifnya kelihatan seperti tergesa2 ( seolah2 seperti mutawif yang tidak dibayar atau tidak cukup bayaran ) dan hanya ada SEORANG mutawif untuk 30 jemaah yang terdiri dari orang tua berkerusi roda, kanak-kanak dan seorang bayi berumur 6 bulan. Dia membawa jemaah merempuh ribuan umat yang mengerjakan tawaf dari seluruh dunia. Selepas dia mengisyaratkan permulaan tawaf di isyarat lampu hijau, kami kehilangannya dalam celah2 pentawaf.Akhirnya saya mengambil keputusan untuk bertawaf sendirian. Nasib baik saya mempunyai sedikit pengalaman, bagaimana dengan first timers? Ramai juga bertawaf sendirian hanya berpandukan pelajaran yang dipelajari secara ringkas sebelum menunaikan umrah. Bukan senang untuk tawaf sendirian buat kali pertama terutama untuk mengenal pasti lokasi tempat sa'i. Apabila selesai sa'i, jemaah dan mutawif entah kemana. MN AJWA pun entah kemana untuk bertanya khabar atau membuat post mortem. Semua balik ke hotel untuk berehat dan makan malam.

    ReplyDelete
  32. tujuan utama ke Masjidil Haram adalah untuk beribadat dan umrah. Tetapi sepanjang di Mekah, tiada satu pun taklimat tentang ibadat diadakan. Semuanya nafsi-nafsi. MN AJWA tidak peduli. Kami dibawa ke ladang unta, pasar buah2an dan beberapa tempat, tetapi tiada mutawif yang mengiringi kami. Mungkin MN AJWA nak cut cost kot. Tapi janganlah tamakkan keuntungan dunia diatas kerugian kami untuk mendapat pengisian ilmu di tanah suci. Ada seorang ahli jemaah yang sekali sekala berucap kerana diminta, tetapi sound system bas amat teruk dan akhirnya dia menghentikan ucapan. MN AJWA tidak peduli juga. Berapa sen sangatlah mengupah mutawif untuk menemani para jemaah? Pemilik MN AJWA ada juga memberi ucapan, tapi ucapannya tersangkut2 dan doa yang dibacanya salah.

    ReplyDelete
  33. Mimpi ngeri kami di tanah suci tidak terhenti setakat itu. Apabila sampai ke Madinah, hotel yang disediakan bertaraf satu bintang. Karpetnya berdebu. Bantalnya tidak bertukar ( ada rambut ), selimutnya menyebabkan rasa gatal dan ruam. Ada jemaah yang jatuh sakit. Pekerja hotel ( dari bangladesh ) kelihatan tidak bermotivasi, kelihatan menghimpun longgokan kain selimut yg telah digunakan dengan menggunakan kaki.Makanan yang disediakan agak teruk. Tempat hidangan berhadapan dengan tandas. Menunya berupa makanan indonesia disediakan oleh pekerja indonesia yang kelihatan seperti samseng kampung. Memang tidak berbaloi dengan bayaran pakej RM lapan ribu++ yang dibayar kepada MN AJWA.
    Akhirnya kami selamat pulang ke tanahair. Semasa kami bersalaman dan berpelukan dengan ahli jemaah umrah buat kali terakhir, pemilik MN AJWA tidak kelihatan. Tak tahu lesap entah kemana dan buat apa. Yang ada pembantunya, yang menggelar dirinya kapten ( kalau betul dia kapten, dia kena tulis kapten ( B ) pada namanya di vestnya ) dan sangat suka kalau orang panggil dia kapten walaupun dia nampak macam bodoh2 alang kesana kemari bercermin mata hitam dan buat lawak bodo yang tak lawak. Agaknya pemilik MN AJWA sibuk kira duit kot. Untung-untung juga, amanah dan janji kena jaga boss. Sikapnya yang menghilangkan diri menggambarkan sikapnya yang acuh tak acuh dan mengelakkan diri dari dipertanggungjawabkan. Sekurang-kurangnya kalau dia ada di saat akhir, boleh juga minta maaf kepada kami.
    Sekian, semoga menjadi pengajaran buat semua. Nama penuh tidak disertakan untuk menjaga nama baik semua.
    Hamba Allah

    ReplyDelete
  34. Ada sesiapa dapat komen fasal De Mawardah tak?Saya nak pi bulan April ni....Andalusia saya pergi pejabat nya pun dah agak sangsi dengan cara customer service mereka.Sama juga dengan TH Travel & Tours.baru-baru ini sakan saya dengan Gemilang Travel pun mempunyai masaalah.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Saya pernah pergi umrah menggunakan perkhidmatan Andalusia dan alhamdulillah semuanya berjalan lancar. Dari Malaysia kami ditemani seorang group leadar yang berasal dari Malaysia dan fasih berbahasa Arab. Memang ada transit di Bangkok dan Cairo but kami enjoy kerana kami di bawa melawat piramid dan mengelilingi bandarnya. Setiba di Mekah kami disambut oleh Mutawwif ,seorang pelajar Indonesia tetapi amat pandai mengambil hati kami apatah lagi beliau pernah menetap di Malaysia. dalam erti kata lain, bagi saya Andalusia takde masalah. .

      Delete
    2. Salam buat Anonymous February 24, 2014 at 11:15 PM

      maafkan saya ingin mencelah.

      kepada saudara, kedua-dua TA yang tuan sebut itu adaklah TA umrah yang berskala besar, apalagi dengan TA LTH. Jadi TIDAK MUNGKIN bagi TA ini untuk melakukan perkara yang kurang baik terhadap jemaah umrahnya. Kalaupun terjadi maslah tertangguh, mungkin di sebabkan perkara d luar kemampuan mereka.
      Pada 2013 yg lepas memang banyak perkara yang terjadi kepada bakal jemaah umrah, pertama perkara visa tak keluar di sebabkan pak arab nie boleh ubah syarat dlm jarak masa dekat dlm usaha nak kurangkan jemaah.
      Pada dec 2013 yg lepas, banyak juga kandas pasal tiada tiket. kenapa jadi begini, TA nak beli tiket dulu bmbang visa tak keluar, bila visa dah keluar baru cari tiket mula tak ada bila jumlah besar usahkan direct, yg transit sampai dua kalipun susah. Juga perkara lain yg berlaku di luar kawalan TA ialah , Hotel 5* yang di tempah dan berbayar penuh pun boleh di batalkan. ""Inilah standard SOP pak arab nie suka ikut kepala dia, ini berlaku dec 2013 bilamana keluarga RAJA arabsaudi berbondong-bondong ke Mekah.
      Saya harap kepada pembaca yang mencri TA umrah, klu dapat ikut 3 syarikat di atas, usah ragu. bukan bermakna syarikat lain kena ragu, cuma siasat dulu terutama yang offer murah kerana kos sekarang adalah:
      Peruntukan tiket kapalterbang pergibalik = RM3k
      Urusan Visa = RM150 - RM300
      LA di ArabSaudi = RM1500 - RM1800
      Untung TA = $$$
      Jumlah pakej yg patut = Kira sendiri

      Kepada yg pilih-pilih syarikat TA, jangan asyik duk pilih dan melihat kepada costumer officer yg kurang mesra maka penilaian dah buat. Budak duk kaunter tu macam jaga office ja untuk angkat tel dan dan layan tetamu yg wall-in, staff yg lebih berkualiti biasanya buat urusan di luar samaada di kedutaan, taklimat atau sedang bertindak sebagai mutawif. Harap maklum, di Malaysia nak cari setakat tunggu pejabat yang berkualiti tersangat susah, jadi TA main tangkap-muat terutama saudara mara sebelum dapat kerja ikut bidang. Maafkan saya bukan tiada yg standart tinggi tapi bilnya ?.
      Akhir sekali, jangan lihat orang di pejabat TA, tapi kaji prastasi TA yang kita nak pilih terUTAMA jika kita di anggap ketua dan lebih ariff dlm sesebuah keluarga, pilih yang baik berdasarkan prastasinya. Takdirnya berlaku yang kurang elok, eloklah kita memohon kepada Allah untuk mendapatkan petunjukNya.

      Maaf sekali lagi.
      Terima kasih

      Delete
    3. Saya telah pergi umrah 11 jan 2014 selama 13H/11M dengan cara beli tiket AA sendiri, Masa beli pergi/balik RM800+, ground mekah madinah plus visa ialah RM1750. Jumlah belanja tak sampai RM3K. Bil kump kami cuma 9 orang.
      Tiada masalah apapun pergi cara ini, di Mekah tinggal di Jawhar hotel 150m dan di Madinah New Ansar Palace jarak 250m. Semua baik, cuaca sederhana sejuk, sangat baik.
      Bagi sesiapa nak pergi cara persendirian, pergilah. Insyaaalah Allah akan melindungi kita. Satu pesanan saya kepada mereka nak pergi cara ini, jika masih ada ibu.emak. bawa lah mereka walaupun kita terpaksa kena sorong. Allah akan berikan balasannya.
      TQ

      Delete
    4. Salam.

      Saya ingin bertanya kepada para jamaah Ajwal Travel pakej dec 2013 yang banyak komen di blog ini, kenapa tak komen terus di blog Iqbalsafwan yg sudah tentu akan sampai terus kepada Hj Iqbal. Komen di sini belum tentu di baca oleh Hj Iqwan! jadi apa permasalahan tiada penyelesaian.

      Maaf sekadar bertanya.

      Delete
  35. Ya kena hati-hati dengan sykt yang tak dikenali. Kena pastikan syarikat pengendari dari yang berpengalaman saja....

    ReplyDelete
  36. Assalamualaikum, saya tak rasa Pihak Ajwa Travel berniat menipu para jemaah..Tn Hj Iqbal memang seorang yang dedikasi dan berusaha yg terbaik dlm menguruskan perjalanan umrah pakejnya..saya tgok penulis yg mengkritik ini ada agenda jahat yg tersembunyi atau mempunyai sikap pendendam..cuba lihat penulis ini telah masuk ke semua blog2 org lain dan copy paste cerita2 pengalaman mereka (kifarah agaknya dari dosa2 mereka?)dan yang lebih ketara mencipta nama ajwa travel blogspot semana2 untuk memburukkan Ajwa travel.ini sudah melampau dan keterlaluan.Tuntutan tribunal juga telah dibuat dah dapat pun apa yang dituntut...
    Kos yang dikatakan mahal dan ditipu itu adalah tidak benar...cuba check sendiri semua pakej yg duduk hotel 5*klau travel lain klau setakat 8000 pakejnya hanya 9 hari 7 mlm.lebih dari tu dlm 10k keatas..so Ajwa travel buka dgn harga tersebut memang murah..tak der penipuan kat situ..hanya nasib berbeza..nasib penulis tak baik waktu itu..bertaubatlah dan hentikan propaganda yg keterlaluan ini..saya sendiri pernah ikuti pakej hj Iqbal..Alhamdulillah semuanya seperti yang dirancang..sebelum tindakkan undang2 diambil ke atas kerana memfitnah..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tak baik menuduh seseorang tu ada agenda jahat tanpa usul periksa. Menuduh seseorang itu sebagai ada agenda jahat adalah satu prasangka buruk yg boleh kita kategorikan sebagai fitnah dan ketahui lah bahawa dosa fitnah itu adalah sgt besar.Kita tidak tahu samada penulis itu memang benar2 tertipu lalu menulis utk mengingatkan org lain supaya tidak turut sama tertipu maklum saja biaya utk mengerjakan umrah ni bukan murah. Ada yg terpaksa bergolok bergadai semata2 kerana hendak dpt jadi tetamu Allah. Makanya lumrah kalau kita hendakkan yg terbaik dan berbaloi dgn duit yg dikeluarkan.
      Dan utk pengetahuan, kenyataan yg mengatakan pakej umrah duduk hotel 5 star lebih 9 hari 7 mlm adalah lebih rm10,000 maka saya ingin perjelaskan di sini kenyataan itu salah.
      Saya baru balik dari mengerjakan umrah menggunakan travel agen yg berpejabat di Sg Buluh Selangor. Saya bertolak pada 18 March 2014- 2April 2014 dengan membawa bersama anak perempuan yg berumur 9 tahun dan dua anak lelaki yg berusia dua puluhan. Pakej saya adalah selama 15 hari 14 mlm, iaitu 11 hari di mekah dan 4 hari di Madinah. Kami menggunakan Emirates Airlines, transit tak sampai dua jam di Dubai, sempat tukar pakaian ihram dan terus ke Jeddah. Dari Jeddah terus ke Mekah naik bas selesa kerana jemaah kami cuma 17 org termasuk mutawwif dan tuan punya agensi. Semua bebas pilih mana2 tempat duduk kerana tak sesak.
      Sampai di Mekah kami terus ditempatkan di hotel 5 star Pullman Hotel di Zamzam Tower dan urusan check in selesai tak sampai setengah jam, kami terus dpt kunci bilik. Lepas selesai kemas beg kami bertemu mutawwif dan semua jemaah di lobi hotel dan terus buat tawaf, saie dan bertahallul. Selesai kami balik bilik berehat.
      Bilik kami selesa, makan buffet, mutawwif sentiasa membantu sehinggakan tolong bawa kami ke kedai dobi bagi yg malas basuh sendiri. Malah kami byk buat lawatan dan umrah jugak sempat buat tiga kali dgn bantuan mutawwif yg begitu prihatin membawa kami ke tanaim utk berniat ihram. 11hari di Mekah kami puas beribadat sehingga masa ke Madinah, kami naik bas selesa, sempat tidor dua tiga jam, sampai di Madinah hotel di hadapan Masjid Nabawi. Makanan cukup sgt2, selain lawatan mutawwif jugak tolong bawa kami ke tempat yg murah utk beli jubah. Hari ke 14 ptg kami bertolak ke Madinah Airport, tak ada masalah, walaupun beg byk dan berat2 semuanya jemaah kami lepas, tak ada yg kena charged 95 riyal kerana terlebih satu kilo sedangkan jemaah dari pakej lain byk yg kena bayar extra kerana terlebih kg. Rezeki kami. Kami balik transit Dubai sempat solat dan window shopping kat dubai duty free. Sampai KLIA mutawwif dan tn hj masih tak berhenti tolong kami, angkat beg2 jemaah kami dari conveyor sehinggalah semua jemaah dah dpt air zamzam. Kami puas hati sgt2 dgn pakej tn hj ni, baru pertama kali pegi, rasa syukur terus dpt pakej yg bagus. Kami dah plan anak beranak nak pegi lagi dgn pakej tn hj kami ni, patut la ada dua tiga jemaah yg dah pegi umrah tiga kali dgn agen ni. Dan nak tau berapa kami bayar utk keselesaan dan kepuasan ni? Rm 6,450 setiap seorang utk saya dan dua anak lelaki dewasa dan Rm 5,400 utk anak perempuan 9 tahun. Murah dan berbaloi kan?


      Delete
  37. nak share pengalaman...2kali pergi umrah dengan Andalusia....alhamdulillah..sgt puas hati dengan khidmat yg disediakan...hotel sama seperti yg dijanjikan dan mutawif selalu ada utk setiap aktiviti...kali pertama penghujung ramadhan 2010 pakej MAS RM 7900++ dan kali ke2 dis 2013 pakej Air Asia RM4900...tak berani nk cuba dgn agensi lain sbb byk sgt cerita yg tak bape best...semoga allah izinkan sy untuk terus jadi tetamunya dlm tempoh terdekat...

    ReplyDelete
  38. Selain andalusia (dah call tp hotel semua agak jauh..600 meter lebih utk di mekah dah madinah)..apa lagi agent yg bagus?

    ReplyDelete
  39. Cuba Wira Saujana Travel & Tours Sdn Bhd. Saya baru balik dari megerjakan umrah pada 20 March 2014. Alhamdulillah semuanya saya berpuas hati. Di Madinah menggunakan Hotel Anwar Al Madinah Movenpick(20m dr perkarangan Masjid Nabawi) dan di Makkah menggunakan Hotel Nada Deafah(180m dr perkarangan masjidil haram di pintu 1).

    ReplyDelete
  40. Assalamualaikum...
    emak saya teringin nk pergi umrah.. tapi dia kurang upaya...
    bole tak minta pendapat travel agensi yang mana yg sediakan untuk orang kurang upaya... terima kasih

    ReplyDelete
  41. salam buat en abdullah hassan..boleh sy dptkn emel tuan..sy ingin bertanya lebih lanjut ttg tunaikn umrah secars kumpulan kecil....zuraimi

    ReplyDelete
  42. SIM KAD ARAB SAUDI MOBILY http://awwadcommunication.blogspot.com/
    Assalamualaikum W.R.T
    - SIM Kad Arab Saudi MOBILY khas untuk Jemaah Umrah Malaysia yang diedarkan Oleh Awwad Communication dijual harga RM 45.00 dan mempunyai nilai kredit SAR 35.00, DATA 50 MB YANG BERNILAI SAR 5.00 & 10 MINIT PANGGILAN ANTARABANGSA YANG BERNILAI SAR 5.00
    - Tempoh sahlaku kad selama 120 hari dari tarikh pengaktifan sebaik sahaja Jemaah tiba di Arab Saudi.
    - Kami mengenakan caj tambahan RM 6.00 bagi kos perkhidmatan Pos dan kurier.
    - Pihak kami juga ada melakukan penjualan dan penerangan secara terus kepada Jemaah di lapangan terbang KLIA/LCCT sebelum mereka berangkat mengerjakan Umrah.
    - SIM Kad Umrah adalah untuk kemudahan anda sepanjang berada di tanah suci.
    - Dapatkan lebih penjimatan panggilan ke Malaysia sehingga 70% sekiranya anda mengaktifkan nombor panggilan favorite anda. Sila ikuti arahan dan maklumat di bawah.
    - Kadar panggilan tempatan adalah SAR 0.55 / minit dan SMS tempatan dan atarabangsa (ke Malaysia dan lain-lain negara) adalah SAR 0.25 / minit.
    - Untuk maklumat lanjut tentang kadar panggilan, sila layari www.mobily.com.sa
    - Untuk maklumat lanjut mengenai Sim Kad Arab Saudi MOBILY, Sila berhubung dengan Sdr Adam di talian 012 2537106.
    KELEBIHAN MEMILIKI SIM KAD ARAB SAUDI MOBILY KHAS UNTUK JEMAAH UMRAH.
    - Setiap SIM KAD telah didaftarkan.
    - Siap dengan ID no untuk urusan tambah nilai.
    - Baki credit yang cukup banyak SR 35.00
    - Free 50 MB Data. Tak perlu bersusah payah untuk menambah nilai bagi membeli data.
    - 10 minit International call (FREE).
    - Disertakan juga no telefon untuk kemudahan waris menghubungi Jemaah ketika di tanah suci.
    - Hanya perlu masukkan sim kad ke dalam telefon dan boleh terus guna.
    - Mengelak kan di tipu oleh penjual-penjual sim kad di airport Arab Saudi. (boleh rujuk pada mereka-mereka yang pernah ke sana).
    0122537106 (adam)

    ReplyDelete
  43. Salam bakal-bakal tetamu Allah.

    Kini anda bolih menabung sebulan sebanyak RM250 dan dapat pergi harga ikut package swasta dalam masa 5 tahun.

    Kini tak perlu lagi tunggu giliran lama-lama untuk mengerjakan Haji.

    Hubungi saya untuk keterangan lanjut.

    Saaidon 017-330 3304 atau saaidon@gmail.com

    ReplyDelete
  44. Assalamualaikum.. ingin bertanya, sebagai tetamu Allah yg pertama kali kali nanti pergi pada Jun 2014, berapa wang perlu dibawa sebagai bekalan utk mengelakkan kesukaran di sana nanti seperti ada bayaran muatan lebih / transport / atau etc , sudi kiranya berkongsi sbb saya masih muda dan bersama saya nanti ibu bapa saya. kami semua tiada pengalaman ke sana. Dan kiranya dalam budget yg terhad. Semoga ada yg sudi menjawab.. terima kasih..

    ReplyDelete
  45. ada sesiapa pernah mengerjakan umrah dgn pakej dari UTAZ travel? nak tau okay ke x?

    ReplyDelete
  46. Sekadar berkongsi pengalaman:

    umrah pertama dengan tiram travel (dis 2009) - pengurusan teruk dan kelam kabut
    umrah kedua dengan andalusia - pengurusan baik dengan ketua rombongan dari malaysia, semua janji ditepati
    haji 2012 - Rayhar Travel... setelah buat banyak survey saya buat keputusan untuk ikut Rayhar. Pengurusan di malaysia, madinah, mekah, arafah dan mina, hotel, makan dan minum. kelas dan bimbingan agama adalah yang terbaik.
    umrah ke tiga, insyallah dis 2014 ini, dah daftar dengan Rayhar. harga mahal sikit tapi sangat berbaloi.

    ReplyDelete
  47. Saya nak tanya ads sesiapa tahu pasal Al fajr travel. Rasa nak pergi dgn famili bulan 2 tahun depan. Lagipun office berdekatan rumah saya. Terima kasih pada sesiapa yg ada maklumat dan membantu.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Saya menguruskan umrah dibwah dewan ulama pahang..
      Tuan2 boleh hubungi saya jika berminat 0135923461
      Saya akan maklumkan selengkapnya dan akan bantu sehingga hari berangkat di KLIA..

      Delete
  48. Asssalamualaikum, saya berhasrat mengerjakan umrah disember nnt. Ada sesiapa pernah pergi umrah dengan Zahafiz travel. Boleh kongsi pengalaman?.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Saya menguruskan umrah dibwah dewan ulama pahang..
      Tuan2 boleh hubungi saya jika berminat 0135923461
      Saya akan maklumkan selengkapnya dan akan bantu sehingga hari berangkat di KLIA..

      Delete
  49. Salam

    Saya antara yang setiap tahun selalu pergi Umrah dan banyak menggunakan Syarikat2 lain bagi merasa pengalaman.

    Tabung Haji Travel - Harga agak mahal, tapi selalu guna charted flight. Petugas kira nasib ada masa mesra ada masa biasa-biasa sahaja. Hotel Madinah Movenpeak 10m sahaja tapi Hotel Makkah 300M walaupun cantik agak jauh.

    Bahrulmazi Travel - Pengurusan boleh dikatakan cemerlang, 6Kali umrah percuma. cuma kebelakangan ini sentiasa tukar petugas kerana difahamkan Isteri boss sangat garang. Jika berlaku kematian pada jamaah duit pulangan umrah yang kensel susah dan lambat dipulangkan sehingga makan masa setahun. Hotel Madinah 80m, Makkah 190m dan agak dhaif.

    Andalusia - Harga tawaran yang agak menarik, tetapi hotel agak jauh 500m di Makkah dan 120m di Madinah. 3x Umrah sahaja dan jamaah terlalu ramai adakala mendapat mutawif cemerlang adakalah biasa2 sahaja.

    Darul Mubarak - 7kali umrah percuma tetapi terlalu bergantung kepada Mutawif Indonesia, Pemiliknya Ustaz Ismi sangat bertolak ansur dan baik. Mudah diajak berbincang. Hotel 550m di Makkah

    Wira Saujana Travel - Pengurusan cemerlang di Malaysia dan Tanah Suci, Harga agak mahal kerana madinah tinggal di Movenpeak, Hotel Makkah 180m, cuma Umrah 2kali sahaja dan lawatan sangat terhad.


    Al Haramain Global - Syarikat yang sangat baru, saya sendiri padanya mulanya kurang yakin, tetapi memandangkan pemiliknya adalah bekas staff Bahrulmazi dan TH saya mencuba juga, Sangat cemerlang pengurusannya, 5X umrah percuma, Hotel Madinah 10M, Makkah 180m bertaraf 4bintang. Harga sangat berpatutan dan mutawif sangat mesra. Dibawa makan tahlil nasi mandy di restoran luar dan semasa perjalanan ke Makkah juga dibelanja nasi Mandy. Sangat berpuas hati


    ReplyDelete