25 June 2012

Masjid Nabawi

First time masuk Masjid Nabawi sejurus sebelum waktu Subuh hari Jumaat 1 Jun 2012. Jalan kaki je dari hotel. Masjid yang penuh cahaya, sebab masih malam jadi semua lampu dipasang. Memang ramai orang. Sangat ramai. Macam ada keramaian. Padahal time tu lebih kurang pukul 3 pagi lebih, hampir pukul 4 pagi. Waktu Subuh di Madinah masa tu ialah 4.03 pagi.

Masuk je ke perkarangan masjid, aku mula menangis terisak-isak. Dah tak boleh kawal dan aku pun tak peduli nak kawal pun sebab bukan orang kenal aku pun so lantaklah. Tak malu apa pun. Mungkin aku seronok sangat, atau mungkin sebab aku tak pernah mimpi seumur hidup nak pijak lantai Masjid Nabawi. Aku dulu pernah jadi cikgu sekolah swasta dan aku ajar Sejarah Islam dan sejarah Nabi Muhammad s'a.w dan tentang Madinah dan Masjid Nabawi. Dulu aku cerita saje, tanpa dapat rasa apa-apa. Sekarang aku dah memang ada di Masjid Nabawi. So rasa terlalu gumbira. Aku nampak orang berkumpul di satu tempat. Rupa-rupanya ada paip air. So aku terus ke situ macam orang cari air tak jumpa setahun. Aku minum lepas tu aku masuk ke masjid.

Memang ada aura masjid ni. Aku rasa macam jiwa aku terbang melekat ke dinding-dinding dan tiang masjid. Memang cantik pun ukiran, warna dan lampu-lampu. Sungguh luas, saujana mata memandang. Aku rasa sungguh aman. Aku sembahyang sunat, aku minum lagi air zam-zam dari tong-tong yang ada dalam masjid. Lepas tu aku tunggu waktu Subuh masuk. Aku rasa sungguh puas, dan seronok. Rasa macam baru menang suatu pertandingan. Rasa lega satu macam. Sungguh nyaman. Entahlah, susah nak cakaplah. Setiap saat aku menikmati pemandangan setiap dinding, tiang dan syiling masjid. Lepas tu baru aku perasan, dari tadi rupanya aku senyum seorang diri tanpa henti.

Pada hari Ahad 3 Jun selepas waktu Subuh aku tunggu wife aku di Gate 22. Di situ aku jumpa seorang makcik dari Melaka yang terpisah dari kumpulan dia.

No comments:

Post a Comment