25 June 2012

Beli itu ini di Makkah

Kota Makkah lebih besar dari Madinah. Jarak hotel kami dari masjid di Makkah adalah lebih jauh dari jarak hotel ke masjid di Madinah. Jadi di Makkah di sepanjang perjalanan dari hotel ke Masjidil Haram memang ada banyak tempat beli-belah.

Masa di Makkah selepas selesai ibadat umrah, kami rasa lebih selesa untuk beli itu-ini. Aku dan isteri ada masa untuk jalan-jalan sana-sini untuk makan-makan dan beli barang-barang cenderahati untuk dibawa balik ke Malaysia.

Di sebelah Masjidil Haram ada Zam-Zam Tower dan bangunan as-Safwah. Di situ ada banyak shopping complex tempat membeli-belah. Bila dah masuk dalam tu kadang-kadang tak rasa macam berada di Makkah pulak sebab ada banyak kedai jual barangan mewah dan moden. Ada kedai barang kemas, kedai buku, restoran, pasaraya, kedai kamera, kedai telefon, kedai kain, ais kerim Baskin Robin, Starbuck, dan macam-macam lagilah.

Antara bangunan yang kelihatan semasa keluar dari Masjidil Haram. Semua bangunan itu ada tempat membeli-belah di bawahnya.

Menara Zam-Zam yang ada jam paling besar di puncaknya. Dalam menara ini ada pusat membeli-belah yang moden, macam dalam KLCC jugaklah.

Apa yang tak ada. Semua ada di sini. Yang aku ingat, aku ada beli ais kerim Baskin Robin, madu sebotol (mahal), beg besar, ketayap, dan wife aku pula beli kain, baju dan broach untuk dia bawak balik bagi rakan-rakan.

Restoran D'Saji milik Felda. Pelaburan RM120 juta Felda di Makkah termasuklah restoran dan hotel dalam Menara As-Safwah. Di restoran ni ada makanan Melayu, ada teh tarik, ada roti canai.

Sama macam di Madinah juga, ada banyak gerai-gerai makan macam ini di lorong-lorong dan di tepi jalan-jalan utama.

1 comment: