01 July 2012

Tips pergi umrah

Alhamdulillah selesai sudah kembara umrahku yang best, dari 31 Mei 2012 hingga 11 Jun 2012. Semoga aku, familiku dan semua jemaah umrah dalam rombonganku mendapat umrah makbullah. Semoga aku jadi manusia yang lebih baik dan bertakwa.

Kami pergi untuk pertama kalinya. Jadi memanglah ada banyak cacat-cela dari segi diri kami sendiri dalam apa yang kami lalui. Kelam-kabut sana-sini. Tak bersedia itu-ini. Macam-macam lagilah. Memang ada banyak perkara yang tak sempat dilakukan di Madinah dan Makkah. Sebab kami tak biasa berada di bumi Arab.

Di sini aku nak rumuskan beberapa perkara untuk pedoman diri aku sendiri sekiranya aku diberikan rezeki untuk pergi umrah sekali lagi. Mungkin juga boleh jadi panduan kepada sesiapa yang yang lebih kurang sama seperti kami, iaitu pasangan suami isteri dari keluarga yang sederhana, dan membawa emak yang kurang sihat. Semoga dijadikan panduan bersama.

    Tentang cuaca Arab Saudi masa umrah

  1. Kami tak bersedia dengan cuaca di Makkah dan Madinah. Kami tak tahu yang Makkah dan Madinah ni ada musim sejuk dan musim panas. Pada waktu umrah kami, suhu sangat panas dan mencecah 41oC pada siang hari. Cuaca lebih sejuk di awal tahun, dan panas di pertengahan tahun. InsyaALlah lain kali kami akan lebih bersedia dengan cuaca seperti ini. Cermin mata hitam sangat membantu. Ubat sapu untuk kaki (bahagian tumit) elok disediakan. Minum banyak air Zam-Zam.

  2. Pakaian yang dibasuh sendiri senang kering. Basuh jubah waktu pagi dan gantung dalam bilik air. Petang nanti keringlah dia. Ini semua kerana kadar kelembapan di bumi Arab yang rendah dan kadar sejatan yang tinggi. Jadi baju cepat kering. Oleh itu tak payahlah budget baju baru setiap hari.

  3. Tak perlu bawa banyak pakaian

  4. Ada pakaian yang aku bawa tapi tak pakai pun. Sebab apa, sebab tak perlu pakai pun. Aku lebih selesa pakai jubah (atau baju gamis) dengan kain atau seluar track. Inilah pakaian harianku di Makkah dan Madinah. Pakai ketayap (haji) sepanjang masa aku keluar dari hotel. Aku hanya pakai selipar Arab (selipar Jepun yang dibeli di Madinah) ke sana ke mari. Lupakan kasut pejabat tu. Kita pergi umrah bukan nak pergi meeting syarikat.

  5. Jangan membazir tisu

  6. Tak payah habiskan kertas tisu di luar bilik hotel. Gunakan tuala kecil untuk lap muka atau tutup muka atau kesat hingus atau apa-apa yang berkaitan. Tuala kecil ni boleh dibasuh setiap kali lepas pakai. Basuh, perah dan masukkan balik dalam beg galas. Kejap aje dah kering. Very handy. Gunakan tisu akan hanya membazir kertas tisu dan menambah sampah saja.

  7. Banyak habuk di Makkah

  8. Habuk memang banyak di Makkah. Jangan salah sangka ini bukanlah nak menghina kota suci Makkah. Cuma suatu pemerhatian. Habuk banyak sebab cuaca kering dan panas dan banyak sangat pembinaan sana-sini, bangunan lama diruntuhkan, bukit batu ditebuk, bangunan baru di bina. Aku ni alah sikit dengan habuk. Bila banyak habuk, hidung aku akan berhingus. Resdung agaknya. Jadi aku gunakan towel kecil sepanjang masa untuk tutup hidung bila aku berada di jalan raya.

  9. Bawa handphone

  10. Telekomunikasi memang penting terutama kalau pergi dengan isteri, anak-anak atau dengan emak. Jangan lupa bawa handphone dan charger. Jangan kedekut duit beli starter pac Arab Saudi untuk prepaid. Lebih menjimatkan untuk berhubung sesama sendiri di sana menggunakan prepaid Arab. Nak beli starter-pack tak perlu register macam di Malaysia. Senang je. Bayar je duit riyal.

  11. Lelaki bebas bawa handphone keluar masuk masjid. Tapi isteri aku kata pengawal Masjidil Haram (semua wanita pakai purdah) larang wanita bawa handphone ke dalam masjid. Memang mereka periksa beg yang dibawa. Isteri aku seludup dalam purse dia, tapi dia tak berani gunakan pun di dalam masjid. Ini pada tahun 2012. Sekarang ni tak tahu pulaklah macam mana polisi di sana.

  12. Susunan program tak teratur

  13. Aturcara ziarah di Makkah dan Madinah tidak 100% mengikut apa yang ada dalam jadual yang diberikan agensi umrah. Aturcara memang telah disusun oleh pihak agensi. Tapi bila sampai di Makkah dan Madinah, memang perubahan akan berlaku di atas sebab-sebab yang di luar kawalan semua pihak. Bersabar sajalah. Kadang-kadang bas lambat. Kadang-kadang tempat yang nak dilawati itu belum bersedia untuk dilawati. Kadang-kadang program kita tu berlarutan sehingga makan waktu program lain. Jadi tak payah marah-marah bila aturcara ni lari sedikit. Kita hanya merancang, tapi Allah yang menentukannya. Tak boleh salahkan sesiapa pun dalam hal macam ni.

  14. Banyakkan ibadat

  15. Bukan hari-hari kita berada di kota suci Madinah dan Makkah. Bukan sepanjang masa kita boleh jejakkan kaki di lantai Masjidil Haram dan Masjid Nabawi. Ada orang mampu pergi buat umrah setiap tahun. OK fine. Tapi orang macam aku yang duit ciput dan sering tak cukup ni, peluang sekali pergi perlu dimanfaatkan sepenuhnya. Semua ibadat kita berganda-ganda pahalanya di Makkah dan Madinah. Contohnya, sekali sembahyang di Masjidil Haram sama macam pahala kita sembahyang selama 60 tahun (sebab sekali sembahyang dapat 100,000 kali ganda). Tapi shopping tak dapat pahala sebanyak itu. Jadi janganlah dilebihkan shopping dari ibadat.

  16. Shopping dengan bijak

  17. Kena bijak mengatur waktu membeli-belah. Andalusia menyediakan beberapa hari rehat (tanpa aturcara) untuk jemaah pergi membeli-belah dan buat acara bebas. Tak silap aku 3 hari (selang-seli dengan program). Lebih baik dirancang terlebih dahulu ke mana mahu pergi sebelum hanya pergi tanpa hala tuju yang pasti (macam kami ler..). Jangan buang masa sebab kita bukan lama sangat di sana. Tanya pada yang tahu. Rancang perjalanan anda terlebih dahulu.

  18. Bawa Riyal yang cukup

  19. Kami ni dulu mula-mula eksyen sebab konon nak pergi untuk beribadat sahaja dan bukan nak shopping. Kami bawak SAR2500 sahaja. Tu pun kami rasa berlebihan sangat tu. Tapi tak payah tipulah. Bila sampai di sana, kita nak beli macam-macam. Antara pembelian yang aku tak jangka ialah

    • beli ubat di farmasi (sakit tekak, selsema, etc)
    • beli buah-buahan untuk mak aku
    • beli starter-pack dan top-up prepaid
    • bayar duit van masa pergi lawatan tertentu
    • 'sedekah' pada orang yang tolong angkat barang
    • derma masa pakej umrah buat majlis tahlil
    • beli cenderahati untuk kawan-kawan dan saudara-mara (kami beli satu beg besar, haha..)
    • jalan-jalan cari makan (makan sana, makan sini, cuba try itu, cuba try ini). Antaranya isteri aku beli ais kerim Baskin Robin. Macam ler takde kat bumi Malaysia. Tapi... iyerlah kan, bila dah bersama isteri di bumi asing, aku layan ajerlah.

    Cenderahati dari bumi Arab

  20. Sahabat handai dan saudara-mara menghargai pemberian yang kita bawa dari Makkah. Jadi belilah sedikit cenderahati untuk dibawa balik. Bila dah balik ke Malaysia barulah kita tahu yang kawan-kawan kita amat menghargai pemberian kita. Masa tulah baru kita rasa yang apa yang kita bawak balik tu tak cukup sebenarnya. Anggap itu semua sebagai sedekah. Bertambah pahala kita.

  21. Banyakkan sedekah

  22. Yang ini terpulanglah pada individu. Tapi bagi aku, aku yakin sedekah yang kita bagi dengan ikhlas itulah yang akan tolong kita dalam kubur yang gelap dan sempit itu nanti. Aku ni bukannya alim sangat, bukan kaki masjid pun. Jadi aku rasa beri sedekah ni adalah satu cara untuk orang macam aku ni buat pahala. Aku punya pegangan ialah sedekah biar ikhlas dan jangan sedetik pun ada rasa di hati untuk menunjuk-nunjuk.

  23. Nak bagi sedekah di Tanah Arab memang senang. Aku tengok ramai sangat orang bagi sedekah jadi aku pun naik semangat jugak. Aku dengar kita digalakkan bagi sedekah pada..
    • orang gelandangan (musafir, yang takde rumah dan tidur tepi masjid, kadang-kadang satu keluarga di situ)
    • pekerja masjid, seperti cleaner, tukang bawa air zam-zam

    Jangan bagi sedekah pada peminta sedekah. Ni pandangan peribadi aku aje. Tapi rasanya aku pun pernah dengar orang cakap macam ni.

  24. Gunakan Mutawif sepenuhnya

  25. Gunakan khidmat mutawif sepenuhnya. Jadikan mutawif sebagai sahabat, sebagai pembantu, sebagai setiausaha. Memang itu kerja depa pun. Mutawif ni of course banyak ilmu mereka. Pastikan ada no telefon mereka. Aku ada lihat seorang jemaah perempuan dengan anak perempuan dia berbincang dengan mutawif pasal haid dan aturcara masuk masjid. Aku tengok mutawif kami tu very reliable. Mereka mudah dibawa berbicara, dan baik budi pekerti.

  26. Tambahkan kenalan

  27. Gunakan peluang untuk tambah kenalan. Di Madinah dan Makkah, aku jumpa beberapa kawan baru (dari rombongan umrah lain). Tapi aku langsung tak perfikir untuk ambil maklumat mereka. Jadi lepas habis umrah, perkenalan aku tu hanya tinggal kenalan. Ni aku rasa sungguh menyesal. Tapi sesal kemudian tiada gunanya.

  28. Ambil iktibar dari apa yang dilalui

  29. Pelajari dari semua peristiwa kehidupan yang diperhatikan di Makkah dan Madinah. Macam-macam benda yang berlaku dalam kehidupan masyarakat umrah ni. Ada banyak perkara yang dialami, atau yang diperhatikan, yang boleh dijadikan iktibar dan pengajaran dalam hidup.

  30. Insafkan diri di Perkuburan Baqi

  31. Tengok Perkuburan Baqi dan ambil peluang untuk insafkan diri. Kita mati meninggalkan harta. Tapi tiada harta yang dapat kita bawa ke dalam kubur. Kekayaan kebendaan duniawi hanyalah sementara. Kalau di Malaysia, bentuk kubur berbeza-beza. Ada yang dibina dengan cantik, ada yang bertebing, ada yang dihiasi marmar berwarna-warni. Jadi ada nampak beza kaya tak kaya sesorang itu. Tapi di Perkuburan Baqi, semuanya sama. Semua kubur leper sahaja dan batu nesan hanyalah batu-batu biasa. Tiada tulisan pun. Tiada ukiran apa-apa pun. Jadi kenalah sedar diri, bila kita mati, semua harta kekayaan kita itu kita tinggalkan di dunia. Yang membezakan kita di dalam liang lahad ialah amalan kita. Jadi bila melawat Perkuburan Baqi, ambillah kesempatan untuk muhasabah diri. Semoga sikap angkuh manusia sesama manusia akan berkurangan.

  32. Nak kejar usung jenazah

  33. Sungguh besar pahala mengusung jenazah. Kalau di kampung, susah nak cari peluang usung jenazah ni sebab jarang orang mati. Tapi di Arab Saudi, setakat pengalaman aku 12 hari di sana, ada sembahyang jenazah pada setiap waktu sembahyang. Betul. Tak tipu. Hari-hari ada orang meninggal dunia. Jadi rebutlah peluang untuk mengusung jenazah. Tapi memanglah susah. Sebab aku tengok mereka menguruskan jenazah tu dengan laju. Kadang-kadang macam berlari-lari. Susah nak kejar. Tapi aku buat tips ni pun bila aku dah balik ke Malaysia. Masa di Madinah dan Makkah, aku tak perasan yang aku kena ambil kesempatan mengusung jenazah. Mula-mula aku ingat hanya pegawai kubur atau saudara-mara yang usung jenazah tu. Tapi satu hari tu (last day pun) aku tengok ada orang awam berlari-lari kejar janazah dan berebut-rebut tolong pegang keranda.

  34. Kena tabah menguruskan orang tua

  35. Aku pergi dengan emak aku yang sudah tua dan sakit kaki. Jadi perjalanannya perlahan, malah kadang-kadang dia bergerak slow motion. Jadi kita kena pahami situasi ini dan perlu bijak untuk mengatur keadaan supaya pergerakan ke sana-sini tidak begitu menjadi masalah. Kadang-kadang bila mak aku lembat, satu bas menunggu. Kita bergerak dalam kumpulan jemaah. Jadi janganlah sampai masalah ibu bapa kita menyusahkan jemaah kita. Yang ini kena betul-betul bijak menguruskan keadaan dengan penuh kesabaran.

  36. Kena banyak bersabar bila menguruskan orang tua. Ini nasihat peribadi aku. Anggap semuanya itu sebagai satu ujian di tanah suci Arab.

  37. Ada waktu kita kena compromise diri kita dengan aturcara. Aku tak pergi lawatan ke Jabal Uhud (yang aku nak sangat pergi) sebab mak aku tak berapa OK time tu. So aku jaga mak aku di bilik hotel. Tak pergi ladang kurma tu lantaklah tapi aku rasa sedeh sangat tak dapat tengok Jabal Uhud. Tapi aku lagi sayang mak aku. Takperlah.

  38. Di Makkah ada servis 'pemandu umrah'. Di sana baru aku tau benda ni. Tugas mereka ialah bawa orang tua yang tak sihat untuk tawaf dengan wheelchair. Aku tau ni dari mutawif. Depa datang ambil mak aku di pintu bilik hotel, bawa ke Masjidil Haram, tawaf sekelilig kaabah (di tingkat atas), baca semua doa-doa yang perlu, dan hantar balik ke pintu bilik hotel. Yang aku upah tu pekerja dewan makan hotel. Orang Indon. Rupa-rupanya memang kerja part-time mereka. Ongkosnya 120 riyal.

  39. Susah nak kucup hajarul aswad

  40. Ini satu lagi perkara yang aku frust sangat. Aku gagal kucup hajarul aswad. Pegang pun tak dapat. Jangankan hajarul aswad, dinding kaabah pun tak dapat pegang. Aku cuba buat masa umrah sunat. Tapi gagal juga. Mungkin aku terlalu lembut (berlembut dengan orang kini-kanan yang lasak) atau aku terlalu jaga air sembahyang (mengelak bersentuhan dengan wanita). Paling dekat aku dengan dinding kaabah ialah jarak satu meter. Time tu memang orang terlalu padat dan mampat. At the end, untuk pujuk diri sendiri, aku rasa tangan aku belum layak pegang dinding kaabah yang mulia. Aku pasrah dan kecewa.

  41. Jaga cermin mata anda. Aku sempat bersembang dengan orang sebelah aku masa duduk dalam masjid mengadap kaabah. Dia orang Singapura. Dia tinggi dari aku. Aku luahkan pilu hati sebab gagal dalam percubaan nak pegang kaabah. Dia pun cerita sama kesengsaraan dia nak pegang dinding kaabah, sampai hilang cermin mata 800 Spore Dollar dia. Tertanggal masa berebut-rebut. Terus tak jumpa.

  42. Ada yang guna khidmat 'pembuka jalan' untuk cium hajarul aswad. Di suatu waktu yang lain, juga masa duduk dalam masjid tunggu waktu sembahyang, aku sempat sembang-sembang dengan seorang lagi kenalan baru. Dia ni orang Malaysia. Dia rendah dari aku. Sekali lagi aku luahkan rasa kuciwa gagal cium hajarul aswad. Dia kata memang susah, tapi dia berjaya buat. Aku tanya macam mana tu? Dia kata ada tiga orang Indon tegur dia (masa tengah tawaf tu) dan offer untuk tolong bawak dia ke hajarul aswad. Dia setujulah. Rezeki tu. Tak sangka ada yang sudi membantu. Dua orang berdiri di depan dia dan mula kueh kiri kueh kanan tolak kiri tolak kanan. Yang seorang lagi tu pulak pimpin kawan baru aku tu. Dia cerita siap dengan gaya kedua-dua tangan dia lagi, macam berenang pun ada, macam judo pun ada. Akhirnya sampai ke hajarul aswad. Dia cium puas-puas. Aku tanya macam-macam kat dia bagai budak kecik mintak ais kerim. Bagaimana rasa, apa nampak, rupa macam mana. Lepas tu dia kata tiga orang Indon tadi minta dia upah. Oklah. Dia nak bagi 10 Riyal. Tapi tiga orang Indon tu tiba-tiga jadi bengkeng. Depa demand 300 Riyal. Rupa-rupanya tiga orang Indon tu memang buat macam tu untuk cari makan. Ending cerita depa tu aku tanak cerita.. Tak bagus untuk aku cerita.

  43. Nak jadi cerita, tak sampai seminggu lepas aku sampai balik ke Malaysia, aku dengar ceramah di masjid, yang cerita pasal 'orang Indon ambil upah bawa orang cium hajarul aswad dengan guna cara kekerasan.' Penceramah tu kritik cara macam tu. Sebab katanya ada orang lain yang teraniaya masa tu (orang yang ditolak-tolak tu). Aku insaf sekejap.

  44. Tengok kaabah pun dah dapat pahala

  45. Satu dari ceramah di Makkah ada menceritakan tentang satu hadis dari Ibnu Abbas, Rasulullah bersabda: "Setiap hari turun ke rumah ini (kaabah) 120 rahmat. Sebanyak 60 bagi mereka yang mengerjakan tawaf, 40 bagi mereka yang mengerjakan solat, dan 20 bagi mereka yang melihat kaabah." Maksudnya, tengok kaabah saja pun dah dapat 20 rahmat yang diberi Allah swt pada hari itu. So, masa duduk dalam Masjidil Haram masa nak tunggu masuk waktu solat tu, pandanglah kaabah. Sungguh mendapat rahmat.

  46. Jarak hotel dari masjid memainkan peranan

  47. Bila dah sampai di Makkah, barulah terasa beza payah senang dan untung rugi kalau dapat hotel yang dekat dengan Masjidil Haram. Ada yang duduk di hotel dalam Menara Safwan, keluar saja lobi hotel terus nampak masjid. Tapi mahal pakej dia. Hotel kami, aku rasa ada dalam 600 meter. Jauh. Tapi masih boleh jalan. Tapi sebenarnya yang paling dicari di Makkah ialah kemudahan untuk ulang-alik ke masjid untuk sembahyang, atau beribadat. Kalau dah jauh, memang susah. Aku ada dengar kawan-kawan lain cerita yang mereka keluar pagi, tak balik makan, hanya balik Isyaq, semuanya kerana hotel jauh sangat. Aku rasa beruntung sebab jarak lebih setengah kilometer hotel aku tu... tak ler jauh sangat. Tapi semput jugaklah nak ulang-alik solat lima waktu. Pada masa itu baru aku terasa apa sangatlah tambahan RM dua-tiga ribu, asalkan dapat hotel yang 'dekat' dengan masjid. Takpa next time, aku survey betul-betul, dan kumpul duit banyak-banyak untuk dapatkan pakej umrah yang beri hotel yang dokat bonar dengan masjid. Ada orang kata yang setiap langkah tapak kaki kita menuju masjid tu dapat pahala. Lagi banyak menapak, lagi baguih. Betul lah tu. But look at the practical side. Kalau dah jauh, susah nak ulang-alik setiap waktu, dan untuk kaum perempuan pulak agak bahaya balik sorang-sorang dengan jarak yang jauh tu. Tak semua orang sihat tubuh badan macam ahli sukan negara.

That's it. Itu sajalah yang aku ingat. Semoga mampu dijadikan panduan untuk diri aku sendiri dan sesiapa saja yang singgah di blog ini.

Wassalam..

10 comments:

  1. Assalamualaikum. Alhamdulillah, saya sudah membaca kesemuanya catatan saudara dalam blog ini. Banyak maklumat dan info saya telah dapat. Semoga Allah sentiasa memberikan rahmatNya, dan limpahan rezeki kepada saudara dan keluarga, agar mudah untuk berkunjung mengerjakan fardu haji dan umrah pada masa hadapan, amin, ya rabil'alamin...

    ReplyDelete
    Replies
    1. assalamualaikum..alhamdulillah , terima kasih atas perkongsian..ilmu bermafaat saham akhirat..ins sha Allah saya juga akan menyusul..doakan saya dan mak saya

      Delete
    2. Kami sekeluarga tak lupa mengucapkan puji syukur kepada allah s,w,t
      dan terima kasih banyak kepada aki atas nomor togel.nya yang aki
      berikan Toto 4D (((7029 ))) alhamdulillah ternyata itu benar2 tembus aki.
      dan alhamdulillah sekarang saya bisa melunasi semua utan2 saya yang
      ada sama tetangga.dan juga bank bri dan bukan hanya itu aki. insya
      allah saya akan coba untuk membuka usaha sendiri demi mencukupi
      kebutuhan keluarga saya sehari-hari itu semua berkat bantuan aki..
      sekali lagi makasih banyak ya aki bagi saudara yang suka main togel
      yang ingin merubah nasib seperti saya silahkan hubungi aki soleh,,di no cll (((082-313-336-747)))
      insya allah anda bisa seperti saya menang togel 237
      juta, wassalam.

      dijamin 100% jebol saya sudah buktikan...sendiri....

      Ada Solusi yang tepat jangan anda putus asah AKI SOLEH akan membantu
      anda semua dengan Angka ritwal/GHOIB:
      butuh angka togel 2D 3D 4D 5D 6D SGP / HKG / MALAYSIA / TOTO MAGNUM / dijamin
      100% jebol
      Apabila ada waktu
      silahkan Hub: AKI SOLEH DI NO: (((082313336747)))
      INFO TOGEL KLIK DISINI

      Atau Chat/Tlpn di WhatsApp (WA)
      No WA Aki : 082313336747

      INFO PESUGIHAN KLIK DISINI

      angka GHOIB: singapura 2D/3D/4D/
      angka GHOIB: hongkong 2D/3D/4D/
      angka GHOIB; malaysia
      angka GHOIB; toto magnum 4D/5D/6D/
      angka GHOIB; laos

      Delete
  2. tahniah atas inisiatif saudara, semoga Allah memberkati usaha saudara memberi ilmu kepada yang baru nak buat umrah

    ReplyDelete
  3. Alhamdulillah.. sy dah baca semua catatan saudara... buat jemaah pertama kali macam sy sekeluarga ia amat membantu.. Terima Kasih hanya Allah yang dapat membalas jasa saudara..

    ReplyDelete
  4. Salam Bos..
    Sy dh salin nota2 penting utk panduan gi umrah dec ni...
    TQVM... semoga diberi pahala kepada kepada Bos sekeluarga oleh Allah Subhana Wa'taala.....

    ReplyDelete
  5. Terima kasih atas segala ilmu dan perkongsian ;)

    ReplyDelete
  6. alhamdulilah..baca blog saudara nih sedikit sebanyak memberi ilmu buat saya sebelum saya membuat persiapan menjadi tetamu allah bulan januari ni utk umrah...sangat membantu saya setelah membaca blog saudara ni sampai saya terbayang2 dan merasai setiap pengalaman yg diceritakan saudara...mudah2an dgn ilmu yg sy perolehi ini dapat mempertingkatkan lagi amalan sy agr bersedia utk menjadi tetamu allah...terima kasih di atas perkongsian ini...semoga amalan kita ketika menjadi tetamu allah diterimanya...AMIN

    ReplyDelete
  7. saya terjumpa blog saudara yang sangat amazing ini,,,terima kasih atas inisiatif untuk berkongsi dengan begitu detail. moga banyak pahala saudara hendaknya. sgt sgt memberi manfaat.

    ReplyDelete
  8. alhamdulillah. blog yang sangat perfect penuh info bg lelaki dan wanita. terima kasih. buat saya mengalir air mata dan gelak pun ada.

    ReplyDelete