25 June 2012

Masjidil Haram

Masjid al-Haram ataupun Al-Masjid al-Ḥarām (Arab : المسجد الحرام), adalah masjid yang terbesar di dunia dan yang paling suci mengikut kepercayaan umat Islam. Masjid ini terletak di Kota Makkah Al Mukharamah. Masjid al-Haram dibina mengelilingi Kaabah, iaitu kiblat umat Islam apabila mengerjakan solat. Selain dari kaabah, dalam Masjidil Haram terdapat telaga zam-zam, hajarul aswad, makam Ibrahim, dan Hijir Ismail.

Masjidil Haram ialah masjid yang keempat dibina oleh umat Islam di dunia ini selepas Masjid Quba, Masjid Nabawi dan Masjid Qiblatain. Namun bagitu Masjidil Haram adalah masjid yang paling mulia bagi umat Islam (diikuti oleh Masjid Nabawi di Madinah dan Masjid Al-Aqsa di Palestine. Satu sembahyang di Masjidil Haram adalah lebih afdhal daripada 100,000 sembahyang di masjid-masjid yang lain.

Pada zaman Nabi Muhammad s'a.w, Masjidil Haram hanyalah terdiri dari kawasan halaman yang luas yang terletak kaabah di tengah-tengahnya. Masjidil Haram pada masa itu tidak mempunyai dinding pun. Di keliling kawasan halaman tadi ialah rumah-rumah penduduk Mekah sehingga seolah-olah barisan rumah-rumah itulah yang menjadi dindingnya. Pada waktu itu keluasan Masjidil Haram adalah kurang dari 2000 meter persegi.

Khalifah Umar al-Khattab ialah orang yang pertama membesarkan kawasan Masjidil Haram. Pada tahun 638, Khalifah Umar al-Khattab telah membeli rumah-rumah di sekeliling Kaabah. Rumah-rumah tersebut dirobohkan dan diratakan. Selepas itu Khalifah Umar membina tembok mengelilingi masjid setinggi lebih kurang enam kaki dan membuatkan beberapa pintu. Lampu-lampu minyak untuk menerangi masjid diletakkan di dinding-dinding tadi.

Dalam tahun 646, Khalifah Utsman bin Affan menambah usaha meluaskan dan mengindahkan lagi Masjidil Haram. Ini diikuti oleh Abdullah bin Zubair pada tahun 684. Pada tahun 709, Khalifah Walid bin Abdul Malik telah membina bangunan yang lebih kukuh, mendirikan tiang-tiang marmar yang dibawa dari Mesir dan Syam dan menghiasinya dengan kayu sajj (seperti kayu jati) dan emas. Pada tahun 754, Khalifah Abu Ja'far al Nilanshur al Abbasi menjadi orang pertama yang menutup Hijir Ismail dengan marmer. Pada tahun 1956, semasa kerajaan Arab saudi sekarang sudah memerintah, Masjidil Haram dibangunkan lagi sehingga menjadi tiga tingkat. Untuk pertama kalinya, tempat untuk saie dibangunkan dan digabungkan ke dalam Masjidil Haram.

1 comment: