25 June 2012

Tawaf Wida'

Tawaf Wida' ialah tawaf perpisahan. Wajib kena buat. Kami buat tawaf wida' pada hari kesebelas (Ahad 10 Jun) kami di Tanah Arab. Notis dah awal-awal lagi ditampal di dewan makan. Kami buat Zohor dan tawaf wida' sekali. Ada yang buat tawaf, berhenti untuk solat Zohor dan sambung balik tawaf tadi selepas Zohor. Lepas selesai tawaf aku berdiri di depan salah satu tiang masjid dan memandang kaabah sepuas-puas hati aku. Hati aku macam berdialoq dengan kaabah. Macam-macam aku luahkan. Malas nak tulis kat sini. Macam kekasih yang nak berpisah rasanya. Lepas tu aku berjalan keluar dari masjid tanpa menoleh ke belakang lagi. Pilu sungguh rasa hati. Tiba-tiba pulak aku jadi jiwang. Menangis sepanjang jalan sampai keluar dari masjid di celah-celah orang ramai. Peduli apa. Bukan depa kenal aku pun.

Tentang Tawaf Wida'

Pakej Andalusia menyediakan ceramah khas tentang tawaf Wida semasa kami di Makkah iaitu sehari sebelum kami balik. Berikut ialah apa yang aku sempat kutip dan catat dari ceramah tu. Masa di line hajarul aswad, kena baca niat, "Ya Allah, sengaja aku mengadakan tawaf wida wajib atasku kerana Allah taala." Lepas tu angkat tangan ke hajarul aswad, kucup, then start tawaf tujuh pusingan.

Doa yang perlu dibaca

Masa tawaf, penceramah tu kata, doa tiga perkara iaitu

  1. minta Allah terima ibadah umrah yang telah dilakukan,
  2. minta Allah tidak jadikan umrah ini sebagai umrah terakhir,
  3. dan minta Allah sejahterakan segala urusan selepas ini.

Siapa yang dikecualikan

Tak semua orang wajib kena buat tawaf wida' ni. Pengecualian dari tawaf wida' ialah orang yang uzur syara'i, orang yang ada penyakit tak boleh kawal kencing (penceramah ada sebut nama saintifik penyakit ni, tapi tak sempat salin), dan orang yang takut terlepas jadual perjalanan. Maksud dia, dia kesuntukan masa sebab kelam kabut, jadi kalau dia buat juga tawaf wida' tu, dia akan ketinggalan bas yang bawa dia ke lapangan terbang, dan selepas tu dia akan miss flight balik ke KL. Jadi orang macam ni pun dikecualikan. Moral of the story: kena planned in advance. Tapi kita hanya merancang, Allah yang menentukan.

Waktu paling afdhal

Time paling afdhal buat tawaf wida ni ialah selepas sembahyang Zohor. Kami diberitahu yang fatwa dari Tabung Haji kata, boleh tawaf sebelum Zohor beberapa pusingan, then sambung lagi pusingan yang tak lengkap tu selepas Zohor. Contoh: buat lima pusingan tawaf, then break sekejap untuk sembahyang jemaah Zohor, lepas tu sambung lagi dua pusingan. Tujuannya ialah untuk kejar masa.

Pantang larang lepas tawaf wida

Lepas tawaf wida, tak boleh pergi membeli-belah, tak boleh tido di hotel, dan tak boleh lepak-lepak di masjid. Dalam erti kata lain, lepas je tawaf wida', jemaah mesti dalam keadaan 'ready' untuk berangkat naik bas meninggalkan hotel. Tu sebab tak boleh tido, atau lepak-lepak di bilik hotel tengok tv dan yang seumpama dengannya. Kalau langgar peraturan ni, kena bayar dam. Nilai dam ialah 300 riyal.

Membeli-belah tak boleh kecuali membeli sesuatu sebab kes darurat. Contoh yang penceramah beri ialah bila selipar kita hilang di masjid. Jadi terpaksalah pergi kedai dan beli selipar baru. Kalau tidak, tak kan nak berkaki ayam dalam bas, pergi airport dan balik ke Malaysia. Macam tulah analoginya.

Sebelum aku ke Masjidil Haram untuk tawaf wida' aku turunkan siap-siap bagasi aku ke lobi hotel. Kami diminta buat macam tu. Aku sorang je pi masjid. Wife aku tak pi sebab dia period dan mak aku pulak tak berapa sihat. Jadi aku soranglah yang jadi bangla untuk turunkan semua bagasi. Balik dari masjid aku kemas semua lagi barangan dari bilik hotel dan turun bawah untuk check-out.

Timbang bagasi

Bas dijangka sampai pukul tiga. Semua dah menunggu di loby. Mutawif bawa penimbang kecil (guna tangan) so kami gilir-gilir timbang bagasi masing-masing supaya tak melebihi had yang ditetapkan oleh syarikat penerbangan. Tiga-tiga bagasi besar aku lepas termasuk satu beg tambahan yang penuh dengan barangan cenderahati. Aku dengar ada jemaah buat lawak, 'beg masa balik ni lebih berat dari beg masa datang..' Memang pun.

Bas sampai dan pekerja-pekerja entah dari mana pakat punggah semua bagasi jemaah untuk dimasukkan ke dalam bas. Pada tepat pukul 3.47 ptg bas mula bergerak meninggalkan kota Makkah al-Mukarramah. Selamat tinggal kota Makkah.

Foto atas ialah tentang berita yang keluar dalam akhbar Barita Harian 14 April 2011 tentang larangan mengambil gambar selepas selesai tawaf wida'. Menurut berita tersebut, jemaah haji dan umrah Malaysia dilarang mengambil gambar di sekitar Tanah Haram, Makkah selepas melakukan tawaf wida kerana ia boleh membatalkan tawaf itu dan menyebabkan ibadat yang dilakukan tidak sempurna.

Persoalan berhubung perbuatan mengambil gambar selepas tawaf wida itu dikemukakan pembimbing ibadat haji pada Muzakarah Haji Peringkat Kebangsaan Ke-27 kerana ada jemaah yang musykil sama ada perbuatan itu boleh memberi kesan kepada ibadat mereka atau sebaliknya. Susulan itu, larangan terbabit disenaraikan antara 11 resolusi pada muzakarah yang dihadiri ulama, tokoh agama dan pembimbing ibadat haji di Pulau Pinang, Februari lalu.

Pembimbing Ibadat Haji, Sapawi Che Mat, berkata larangan itu sememangnya wajar kerana tindakan mengambil gambar selepas tawaf wida tiada kaitan dengan urusan ibadat. Malah, jemaah juga dianggap melengahkan perjalanan pulang. Dia juga berpendapat resolusi yang disenaraikan itu wajar disebarkan untuk manfaat jemaah haji dan umrah negara ini bagi mengelak melakukan perbuatan yang dilarang hukum syarak.

Sementara itu, bekas Pengurus Besar Bimbingan Haji Tabung Haji, Datuk Daud Che Ngah, berkata mengikut hukum, tawaf wida adalah langkah terakhir bagi jemaah untuk meninggalkan Masjidil Haram. Menurutnya, selepas tawaf wida, jemaah hanya boleh melakukan solat sunat, mengucup Hajar Aswad dan berdoa, jadi mengambil gambar boleh menyebabkan tawaf wida jemaah terbatal dan wajib melakukannya semula atau membayar dam. Menurutnya lagi walaupun ibadat sah, jemaah berdosa kerana melanggar hukum syarak.

Jadi macam mana tu? Kalau dah naik bas, sementara menunggu bas bergerak tu (sebab pekerja hotel sedang memunggah-munggah bagasi dari lobi hotel ke dalam bas) ada jemaah yang mengambil gambar guna handphone di dalam bas. Terbatal jugakkah tawaf wida' kami? Tidak kot. Allah lebih mengetahui.

27 comments:

  1. Lepas tawaf wida saya balik hotel .Bawa beg kuar bilik turun ke lobi, isteri ke toilet jadi saya menunggu di sofa tampa sedar saya ambil gambar logo hotel yang ada di sampul surat kad hotel. ada kah batal tawaf wida,Dan adalah saya dikenakan dam??? Kalau kena dam berapa dan caranya....

    ReplyDelete
  2. Tak batal. Tujuan Malaysia larang ambil gambar ialah untuk mengelakkan jemaah daripada melengahkan perjalanan. Dalam kes ni, jemaah sedang menunggu jemaah lain jadi tak salah ambil gambar logo hotel tersebut.

    Selalunya Malaysia keluar kan fatwa sebegitu untuk mengelakkan keraguan. Wallahualam, Allah Maha Mengetahui dan Islam tidak menyusahkan.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam. Terima kasih kerana pencerahan yang diberikan. :)

      Delete
  3. Boleh tukar pakaian x slps tawaf wada

    ReplyDelete
    Replies
    1. tiada halangan untuk tukar pakaian kalau tukar pakaian tu ialah antara langkah2 persediaan 'untuk bergerak' meninggalkan hotel (Makkah). tidak ada hukum yang kata mesti pakai pakaian yang sama masa tawaf wida' dengan masa naik bas. wallahua'lam.

      Delete
  4. Mohon pencerahan segera.
    Abang saya baru selesai mengerjakan Umrah. Diceritakan, selepas selesai Wida, beliau sekeluarga bergambar di hadapan Kaabah. Dalam perjalanan pulang beliau telah singgah ke Kedai membeli 5 botol air zam zam. Memandangkan beliau org yg awal selesai Wida dan sampai di hotel dan menunggu lebih kurang 2 jam sebelum jemaah lain selesai membuat Wida. Apakah hukumnya ? Adakah beliau dikenakan Dam. Berapa nilai Dam seorang ? Adakah semua ahli keluarga dikenakan Dam sbb bergambar bersama2 dan mereka membeli air zam2 bersama2. Bagaimana ingin melaksanakan Dam tersebut sekiranya kena Dam ?

    ReplyDelete
  5. Mohon pencerahan segera.
    Abang saya baru selesai mengerjakan Umrah. Diceritakan, selepas selesai Wida, beliau sekeluarga bergambar di hadapan Kaabah. Dalam perjalanan pulang beliau telah singgah ke Kedai membeli 5 botol air zam zam. Memandangkan beliau org yg awal selesai Wida dan sampai di hotel dan menunggu lebih kurang 2 jam sebelum jemaah lain selesai membuat Wida. Apakah hukumnya ? Adakah beliau dikenakan Dam. Berapa nilai Dam seorang ? Adakah semua ahli keluarga dikenakan Dam sbb bergambar bersama2 dan mereka membeli air zam2 bersama2. Bagaimana ingin melaksanakan Dam tersebut sekiranya kena Dam ?

    ReplyDelete
  6. Mohonlah abang saudara pergi semula ke ejen umrah yg beliau gunakan.mohon pencerahan dan jika perlu dam..pihak ejen boleh jelaskan bagaimana.ejen2 umtah ini kebanyakannya ustaz2 bertauliah.wallahualam

    ReplyDelete
  7. Askmm...dlam hal selfie ni .sya bnyak dgr cm2 komen..dri ustaz smpaikn dri yg btu2 nak start jdi ustaz...so..hrap bgi stu gris pnduan yg benar2 leh org ikut....dlm hal selfie ni..cm dh jdi stu fnmnena..so..tk hairanlh rmai yg terrlnggar lrangan selfie slpas twaf wida..soalan sya..adkh jka kita trlnggar twaf wida..amalan kita yg lain2..tawaf.umrah dll sblumnya..terbtal..?? Dn jka ssorng yg terselfie dn kenderaan dh mahu bergerak ke airport..bgmna caranya utk menutup kembli keslahan itu dmlysia...bolehkh berpose atau perkra2 lain dn dlam lrangan berselfie ni..hkumnya sbb sekli atau bpe bnyak selfie yg kita bt...tq..askm..mhon jwpan..

    ReplyDelete
  8. Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.

    Bagaimana pada zaman nabi s.a.w Dan sahabat ? Ade hadis berkenaan tawaf wida tak?

    Terima kasih

    ReplyDelete
  9. Assalamualaikum..saya lepas tawaf widak naik bas..semasa dalam bas tu wife tanya kat mana..ambil gambar dan rakam video dr dalam bas nak menunjukkan dah duk dalam bas..kena DAM ke tak?

    ReplyDelete
  10. Jika melakukan larangan semasa tawaf wida,ibadah umrah xterbatal.cuma ibadah tawaf wida sahaja yg xsah dan wajib bayar dam.walluallam.

    ReplyDelete
  11. Assalamualaikum .... mohon pencerahan berkaitan dengan persoalan ini tuan. Semasa melakukan pusingan tawaf wida umrah kawan saya berhenti solat sunat di hijir ismail serta memegang kain kaabah. Adakah ini satu kesalahan yang perlu dibayar dam? Kalau dikenakan dam apakan bentuk dam tersebut dan bila patut kawan saya laksanakan. Sekian, terima kasih.

    ReplyDelete
  12. Sesudah tawaf wida saya dan kawan menuju ke bas untuk ke Jeddah..teringat rakan di Malaysia mengirim kurma muda...kebetulan terlihat saya kurma muda terus singgah membeli dan terus ke bas kami...

    Mutawir kami menegur semasa di tiba di bas... Katanya mana boleh membeli selepas tawaf wida. Saya tanya apa perlu saya buat pasai saya tak tahu larangan itu...

    Mutawir saya terus kata tidak apalah pasai kamu tak tahu terus bas kami bergerak ke Jeddah..

    Bagaimana sebenarnya keadaan saya sekarang ini...Kalau kena dam apa perlu saya buat...??!

    ReplyDelete
  13. Assalamualaikum,
    saya membawa anak kecil berumur 1tahun 10 bulan untuk mengerjakan umrah. jika pada tawaf widak tersebut sy dan isteri secara bergilir2 mengerjakan tawaf disebabkan menjaga anak kecil, adakah setelah sy selesai tawaf widak & menjaga anak kemudian isteri mengerjakan tawaf widak. Adakah waktu sy menunggu isteri selesai tawaf itu dikira melengah2 kan dan dikenakan dam? apakah hukumnya?

    ReplyDelete
  14. Assalamualaikum,

    saya nak tanya...kalau orang yang uzur dan x buat tawaf wida,terikat dak ngan pantang larang selepas tawaf wida...cthnya orang sakit/period,tidur smpai waktu nk bertolak...adakah kena bayar dam juga???terima kasih

    ReplyDelete
    Replies
    1. kalau tak salahnye lah kan.. pantang larang tu ialah untuk yang buat tawaf wida.. so yang tak buat tawaf wida tu.. tak perlu ler ikut pantang larang tu.. tapi perlu diingat yang tawaf wida tu wajib (mazhab syafie) tak kalau tak buat kena bayar dam.. waulahu'alam

      Delete
  15. saya dan rombongan bersama mutawif telah ke Taif utk ziarah sewaktu menunaikan umrah Disember baruni. kami diberitahu tk perlu tawaf wada sbb akn kembali semula ke mekah. Namun saya masih mushkil. tlg bg pencerahan.
    tq

    ReplyDelete
  16. Assalamualaikum..
    Terima Kasih banyak2.. Info ini amat berguna.. Sy telah membacanya sebagai salah satu persedian untuk sy mengerjakan umrah pada bulan Mac 2018 nie.. Semoga usaha tuan ini mendapat rahmat dari Allah..

    ReplyDelete
  17. Salam saya ingin bertanya ada kedalil yang mengatakan kesalahan mengabil gambar selepas tawaf wada menjadi kesalahan.walau pun mengabil satu gambar.tlg beri pencerahan wassalam tq

    ReplyDelete
  18. Salam saya ingin bertanya ada tak kedalil yang mengatakan kesalahan mengabil gambar selepas tawaf wada menjadi kesalahan.walau pun mengabil satu gambar.tlg beri pencerahan wassalam tq.jika satu kesalahan berapa harga dam yg harus saya bayar

    ReplyDelete
    Replies
    1. salam tuan.. elok tuan bertanya pada mutawif, atau mana2 penceramah kursus haji.. saya nak jawab pun.. saya tak reti.

      Delete
  19. Assalamualaikum.. selesai tawaf wida sy menunggu ibu dan bapa menyelesaikan tawaf tersebut.. saya juga ada ambil gambar di mana saya dan suami tidak tahh akan hukum syarak tersebut.. jadi bagai mana?

    ReplyDelete
  20. Assalamualaikum.. selesai tawaf wida sy menunggu ibu dan bapa menyelesaikan tawaf tersebut.. saya juga ada ambil gambar di mana saya dan suami tidak tahh akan hukum syarak tersebut.. jadi bagai mana?

    ReplyDelete
  21. Salam..selesai je solat sunat tawaf sy selfie gmbr kaabah sambil bgrak pulang ke hotel tp segera saya delete kerana tlupa..ada batal umrah saya?

    ReplyDelete
  22. Berapa jumlah rm jika kena dan bergambar selepas tawaf wada.minta pencerahan.

    ReplyDelete
  23. Salam, selesai tawaf wida sy menunggu jemaah lain naik bas, semasa menunggu tu sy selfie dengan ibu saya tujuan untuk menghantar ke group keluarga. Adakah terbatal tawaf saya dan adakah sy dikenakan dam

    ReplyDelete