25 June 2012

Raudhah Taman Syurga

Raudhah ialah antara tempat yang paling dicari-cari oleh jemaah haji atau umrah. Raudhah ialah 'taman syurga di dunia'. Raudhah ialah satu ruang dalam Masjid Nabawi, antara mimbar dan makam Nabi Muhammad s'a.w. Masa aku pegi sana, kawasan Raudhah ditanda dengan karpet warna hijau. Kawasan lain dalam masjid karpet dia warna merah.

Nabi Muhammad s'a.w pernah bersabda yang "antara rumahku dan mimbarku adalah taman dari taman-taman syurga." Dalam Masjid Nabawi, ruang Raudhah adalah antara mimbar tadi dan makam baginda. Dulu, kawasan makam tu adalah rumah baginda. Jadi betullah tu.

Kawasan Raudhah, karpet warna hijau. Kawasan lain, karpet warna merah. Hanya kawasan Raudhah menggunakan karpet warna hijau.

Mihrab ialah ruang tempat imam. Pada zaman Nabi Muhammad s'a.w, itulah tempat baginda berdiri mengimamkan solat jemaah. Mimbar ialah tempat baginda berkutbah. Sila klik gambar di atas untuk lihat gambar yang lebih besar dan jelas.

Layout kawasan Raudhah. Diambil dari blog http://arosyada.wordpress.com/. Petak warna hijau tu ialah kawasan karpet hijau iaitu ruang Raudhah.

C - mimbar
E - mihrab
H - ruang makam Nabi Muhammad s'a.w.
1 - makam Nabi Muhammad s'a.w
2 - makam Saidina Abu Bakar as-Siddiq
3 - makam Saidina Umar al-Khattab
11 - lubang untuk melihat makam Nabi Muhammad s'a.w
12 - lubang untuk melihat makam Saidina Abu Bakar as-Siddiq
13 - lubang untuk melihat makam Saidina Umar al-Khattab

Aku diberitahu yang Raudhah ni ialah 'taman syurga di dunia' dan di Raudhah ni 'semua doa adalah makbul'. Kita digalakkan sangat-sangat untuk banyakkan berdoa di kawasan Raudhah ni. Masa kami di sana, kaum wanita masuk ke Raudhah ikut jalan lain dan masuk pada waktu-waktu tertentu sahaja dan masuk mengikut negara. Masuk ikut giliran satu negara demi satu negara. Tapi kelompok negara Malaysia paling ramai. Sebab apa? Sebab orang Indon join sekali dalam kelompok Malaysia. Kadang-kadang orang Pakistan pun tumpang semangkuk dalam kelompok Malaysia. Yang jaga turn tu ialah wanita-wanita pakai purdah. Pandai cakap Melayu pulak tu. Dan pandai menjerit (bagi arahan dan jaga traffic).

Untuk kami lelaki bebas je masuk ikut suka. Tak ikut negara. Tapi memang berebut, berasak-asak, berhimpit, tolak-menolak. Ada beberapa orang askar atau polis pakai uniform berlegar-legar di kawasan tu untuk tolong aturkan jemaah keluar masuk. Kalau ada jemaah yang solat di situ kali kedua, depa akan ditolak keluar. Askar atau polis ni berlegar-legar depan orang semayang selamba badak je. Orang sujud ke tak sujud ke dia main lalu je.

First time aku sembahyang di Raudhah ialah pada hari pertama di Madinah. Lepas sembahyang Subuh. Nasib aku macam baik, sebab dapat slot untuk solat dengan agak mudah. Bila start solat, memang air mata meleleh. Aku pun tak tau pasal apa. Malas nak cerita. Masa keluar dari ruang Raudhah pun nangis lagi. Aku teresak-esak macam budak kecik. Tak kisah. Yang tua bangka berjambang pun aku tengok nangis jugak. Aku rasa seronok sangat. Sepanjang duduk di Madinah, aku sempat solat di Raudhah tiga kali. Macam-macam perkara aku doa. Doa laju-laju sebab kejar masa dan dikejar jemaah lain dan ditolak oleh abang-abang pakai uniform.

Lepas keluar dari kawasan Raudhah terus ke kiri untuk melawat makam Nabi Muhammad s'a.w.

2 comments:

  1. Saya dah baca travelog ni.. tapi tetiba air mata saya berderai tak berhenti2 masa baca tentang solat di Raudhah.. saya telah menunaikan umrah pertama kali pada April 2013.. pasal kaum wanita kena tunggu turn & ikut negera tu mmg betul.. sepanjang menunggu tu saya dah mindset, nak doa mcm2 since ini kali pertama masuk & tak pasti bila ada peluang utk datang lagi..tapi masyaAllah wa subhanaAllah, diakui memang perasaan tu sebak tetiba bila kaki jejak je atas karpet hijau tu.. air mata automatik mengalir2..xtau kenapa.. rasa mcm Nabi SAW tu ada dekat je dgn saya & meraikan kedatangan saya. padahal suasana dlm Raudhah tu agak kecoh dgn adegan tolak-menolak, wanita purdah yg halau org yg ada dalam tu, tapi saya tak peduli, bulatkan hati & cari khusyuk dgn terus saya berdoa mcm2 & selawat atas nabi, alhamdulillah dapat solat sunat 4 kali (8 rakaat),selagi tak dihalau oleh wanita2 arab yg berpurdah & garang tu.. YA Allah mmg tak tergambar mcm mana perasaan masa tu, mmg saya tgh betul2 mengadu dgn org yg kita sayang & dia sedang mendengar luahan hati kita & memujuk kita.. air mata yg mengalir tu dah membasahi telekung saya.. subhanaAllah... rindunya kpd mu Kekasih Allah.. alhamdulillah, semoga syafaat Nabi SAW akan membantu saya di akhirat kelak.. rindu di hati sentiasa bertandang utk ke Baitullah & ke rumah kekasihNYA lagi.. insyaAllah dipermudahkan & Allah menjemput lagi saya sebagai tetamuNYA..

    ReplyDelete
    Replies
    1. This comment has been removed by a blog administrator.

      Delete