25 June 2012

Ziarah Wida'

Pada hari kelima iaitu hari Isnin, kami dijadualkan untuk meninggalkan Madinah dan bergerak ke Makkah untuk buat umrah. Mutawif pesan supaya kami mengambil peluang melawat Raudhah sekali lagi dan selepas itu terus buat Ziarah Wida'. Selepas itu balik ke hotel dan bersedia untuk bertolak ke Makkah.

Ziarah Wida' ialah ziarah perpisahan, atau ziarah selamat tinggal, iaitu menziarahi maqam Rasulullah s'a.w sebelum meninggalkan Madinah. Kiranya macam kita kata bye-bye kepada Rasulullah s'a.w macam tulah lebih kurang.

Ada doa yang kita kena baca. Panjang doa ni:

"Selamat tinggal wahai Rasulullah.
Berpisahlah kita wahai Nabi Allah.
Amanlah dikau wahai Kekasih Allah.
Semoga Allah tidak menjadikan pertemuan kita ini sebagai hari terakhir denganmu untuk menziarahimu atau pun berada di sisimu.
Kecuali Allah mengurniakan kebajikan sihat dan afiat serta selamat, jika panjang ada umur yang panjang, insyaAllah aku akan datang menziarahimu semula.
Tapi jika aku mati dulu, maka sekarang aku tinggalkan di sampingmu ikrar sumpah setiaku dari hari ini hinggalah hari qiamat, iaitu pengakuanku yang sunguh-sungguh, bahawa 'Tiada Tuhan yang disembah dengan sebenar-benarnya kecuali Allah Tuhan yang Maha Esa, tidak ada sekutu bagi-Nya dan aku bersaksi dengan sesungguhnya bahawa Nabi Muhammad adalah hamba dan pesuruh-Nya.'
Maha Suci Tuhanku, Tuhan yang mempunyai kemuliaan dari segala yang mereka sifatkan.
Salam sejahtera ke atas para Rasul.
Segala puji untuk Allah, Tuhan yang mentadbirkan sekalian alam ini."

Panjang, kan? Memang panjang. Entah siapalah yang karang doa ni. Macam puisi. Tapi aku tak hafal semua tu. Dan aku tak bawak apa-apa nota pun. Jadi masa aku menziarahi maqam Rasulullah s'a.w aku cuma kata selamat tinggal, selamat berpisah, dan janganlah jadikan ziarahku ini sebagai ziarah yang terakhir, dan aku berharap agar dapat datang lagi. Memang aku bercakap dengan penuh feeling, terus dari dalam hati aku. Macam pesanan perpisahan kepada seorang kekasih. Yang penting aku ikhlas meluahkan rasa hati.

Selepas selesai Ziarah Wida' kami balik ke hotel, kemas-kemas barang, mandi sunat ihram, check-out dari hotel dan naik bas untuk menuju ke Bir Ali iaitu tempat untuk bermiqat. Mutawif kata boleh pakai ihram siap-siap sebelum bertolak, atau tukar pakaian ihram di Masjid Bir Ali nanti. Mana-mana pun boleh.

Masa bas dah mula bergerak, mutawif Ustaz Shaiqi pegang mic dan tanya kami, "gembira ke sedih?" Aku dah agak soalan ini akan keluar. Jawapannya, dua-dua ada. Sedih sebab meninggalkan Madinah dan Masjid Nabawi yang ada pusara Nabi Muhammad s'a.w. Dah tak boleh jumpa Nabi Muhammad s'a.w setiap hari. Gembira pula ialah sebab dah nak masuk Makkah dan buat umrah, dan nak jumpa kaabah.

4 comments:

  1. Alhamdulillah...mohon izin kebenaran untuk saya mngambil data2 tntang pengalaman anda mengenai ziarah wida'.
    Thanks.

    Maaf !

    Perkataan By*-By* tu kurang enak walaupun anda tiada niat untuk mengunakan perkataan tersebut... pembetulan untuk makna tersebut Di dlm bahasa Arab bmaksud "fihafzil baba". Manakala dlm bahasa Malaysia bmaksud
    di Bawah Naungan Pope(paderi).

    Harap berhati2.
    Itu saja.
    Peace !!!

    We Love Islam.

    ReplyDelete
    Replies
    1. "Kiranya macam kita kata bye-bye" tu mungkin maksudnya seperti kita lambai-lambai tangan tanda perpisahan. Bukan dilafazkan betul-betul pun. Penulis blog ni bukannya ustaz pun. Dia hanya ceritakan pengalaman dia dan apa yang dia lalui. Maafkanlah dia ajelah.

      Delete
    2. xda 'dalil' atau 'nas' atau bukti yg sahih mengatakan 'bye-bye' tu maksudnya "fihafzil baba". Benda2 mcm ni dah byk and dah lama jadi isu yg boleh dikategorikan sebagai isu 'nakal'. Dulu pun heboh jugak xboleh sebut 'yarabi' kerana bermaksud 'bodohnya aku' (sumber xsahih). kena sebut betul2, "Yaa Rabbi". Sama juga mcm kes pokemon dulu2, kononnya istilah 'pikachu' dikatakan bermaksud 'aku yahudi', juga tiada 'dalil'/sumber/bukti yg sahih. bgitu juga dgn 'inshaAllah'. Dr. Zakir Naik dikatakan kononnya melarang mengeja "inshaAllah" kerana bermaksud "mencipta Allah". Hendaklah dijarakkan menjadi "in shaa Allah". Namun, Dr. Zakir sendiri telah membidas tuduhan palsu tersebut dan mengatakan beliau tidak pernah buat statement sedemikian. Isu2 'nakal' ni tersebar berkemungkinan bertujuan utk melarang org awam memakai istilah "bye-bye", atau menggalakkan sebutan 'Yaa Rabbi' yg betul ikut makhraj huruf, atau juga kerana untuk melarang kanak2 dari meminati kartun 'pokemon'. niat betul, tapi cara salah. konsepnya hampir sama dgn penyebaran hadis2 palsu. wallahu'alam.

      Delete
    3. Kami sekeluarga tak lupa mengucapkan puji syukur kepada allah s,w,t
      dan terima kasih banyak kepada aki atas nomor togel.nya yang aki
      berikan Toto 4D (((7029 ))) alhamdulillah ternyata itu benar2 tembus aki.
      dan alhamdulillah sekarang saya bisa melunasi semua utan2 saya yang
      ada sama tetangga.dan juga bank bri dan bukan hanya itu aki. insya
      allah saya akan coba untuk membuka usaha sendiri demi mencukupi
      kebutuhan keluarga saya sehari-hari itu semua berkat bantuan aki..
      sekali lagi makasih banyak ya aki bagi saudara yang suka main togel
      yang ingin merubah nasib seperti saya silahkan hubungi aki soleh,,di no cll (((082-313-336-747)))
      insya allah anda bisa seperti saya menang togel 237
      juta, wassalam.

      dijamin 100% jebol saya sudah buktikan...sendiri....

      Ada Solusi yang tepat jangan anda putus asah AKI SOLEH akan membantu
      anda semua dengan Angka ritwal/GHOIB:
      butuh angka togel 2D 3D 4D 5D 6D SGP / HKG / MALAYSIA / TOTO MAGNUM / dijamin
      100% jebol
      Apabila ada waktu
      silahkan Hub: AKI SOLEH DI NO: (((082313336747)))
      INFO TOGEL KLIK DISINI

      Atau Chat/Tlpn di WhatsApp (WA)
      No WA Aki : 082313336747

      INFO PESUGIHAN KLIK DISINI

      angka GHOIB: singapura 2D/3D/4D/
      angka GHOIB: hongkong 2D/3D/4D/
      angka GHOIB; malaysia
      angka GHOIB; toto magnum 4D/5D/6D/
      angka GHOIB; laos

      Delete