24 June 2012

Landing in KLIA

Landing time balik memang smooth. Tepat ikut jadual. Masa plane dah berhenti ramai jemaah sibuk buka handphone masing-masing. Ni mesti they all tukar balik ke sim telefon Malaysia. Macam-macam bunyi sms kedengaran. Aku tak usik apa-apa pun sebab sim card dah hilang di Makkah.

Masa aku lalu ke tempat duduk mak aku tu aku tengok semua dah kosong. Depa dah keluar dulu rupanya. Aku terpikir dalam hati kat mana pulaklah depa sorokkan mak aku ni.

Lepas keluar je dari kapal terbang, kami jalan belok kiri belok kanan entah berapa kali belok aku pun tak kira, hingga sampai ke tempat yang paling hujung macam jalan mati. Rupa-rupanya itu tempat tunggu train airport. Train sampai, kami semua naik dan sampai ke tempat ambil bagasi. Jauh jugak jalan ni. Kat situ aku jumpa mak aku tengah tunggu dengan wheelchair dia. Alhamdulillah, adapun dia.

Passenger sampai, bagasi tak sampai

Yang ni yang paling pelik ni. Ingatkan akan jumpa benda pelik di Makkah. Rupa-rupanya jumpa benda pelik di KLIA. Semua jemaah menunggu bagasi masing-masing di tempat menuntut bagasi tapi satu beg biru pun tak nampak. Tunggu punya tunggu punya tunggu tapi beg tak sampai-sampai. Aku tanya orang pertama yang pakai uniform yang paling dekat dengan aku. Aku tanya kat mana bagasi jemaah umrah. Depa pun tunjuklah sana tunjuk sini. Tapi beg tak sampai-sampai juga.

Rupa-rupanya seluruh bagasi jemaah umrah kami tak sampai. Kami sampai, tapi bagasi tak sampai. Yang ada pada kami ialah apa yang kami bawa bersama dengan tangan dalam kapal terbang. Keadaan jadi kecoh dan kelam kabut. Semua gelisah, clueless, dan ada yang dah mula marah-marah.

Lepas tu ada seorang brader pakai uniform oren, dia kata kat kami memang semua bagasi di Jeddah 'tak naik kapal terbang', tapi akan balik the next flight ke KL nanti. Aku pening untuk digest apa maksud dia. Aku cuba fahamkan jugaklah sebab aku dah letih sangat masa tu, ditambah lagi dengan letih minda. Tensen aku. Stress tak terkata. Anti klimaks. Potong stim. Ada lagi benda yang tak settle rupanya. Ingatkan dah boleh keluar dari airport dan balik rumah dengan semua air zam-zam dan buah kurma yang ada. Rasa macam cerita tak berpenghujung.

We all diminta isi borang korang, menyatakan apa yang 'hilang' dan pass balik pada brader tu. Semua pakat isi. Then aku ajak wife aku dan mak aku keluar dari tempat tu. Let's jom. I can't take it anymore. Kita balik dululah. Mak aku macam tak paham tapi aku malas nak explain kat dia. Nanti balik rumah aku ceritalah.

Bagasi hilang muncul balik

Yang ni lagilah pelik. Masa kami check-in di Lapangan Terbang Jeddah dulu, beg keempat kami hilang. Puas cari tak jumpa, walaupun sah-sah aku turunkan beg tu dari bas. Jadi masa check-in tu beg tu tak ada. Beg tu beg baru beli di Makkah, kira beg tambahanlah, penuh sarat dan mampat dengan semua barangan dan cenderamata yang kami beli, termasuk makanan, cokelat, kurma. Kiranya itulah beg kami yang paling berat. Wife aku dah round tiga kali di celah-celah ratusan bagasi lain untuk cari beg tu tapi tak jumpa-jumpa. Aku pasrah. Kalau dah ditakdirkan beg tu terlepas ke celah dunia lain, itu kira rezeki orang tulah. Aku reda. Kalau ditakdirkan beg tu tercampak ke planet lain pun aku reda jugak alien manapun yang dapat beg aku tu. Aku halalkan. Jadi di Jeddah, aku cuma chek-in tiga beg besar dan tiga tong air zam-zam. Lemah longlai aku masa check-in tu. Sepanjang masa dalam flight balik aku terpikir kat manalah menghilangnya beg aku tu.

Tapi yang peliknya di KLIA aku jumpa beg tu. Surprise.. surprise.. Syukur tak terhingga. Dunia ni sungguh ajaib. Mesti ada penjelasan kenapa jadi macam tu, tapi aku malas nak pikir. So aku keluar dari situ dengan 'beg yang aku tak check-in' di Jeddah.

Ramai yang menunggu kami

Lepas saja pintu arrival aku nampak anak aku, then kakak aku yang sulong, then anak-anak saudara aku (anak kakak aku tadi ler), abang ipar aku sebelah kakak dan abang ipar aku sebelah isteri aku. Wah, meriah jugak. Actually aku dah budget nak balik terus ke rumah, rupa-rupanya ada kontinjen menunggu. So kenalah harungi sesi 'tanya-tanya khabar'. Aku sembahyang jamak dulu di surau airport, lepas tu balik ke rumah.

Ambil bagasi yang tertinggal

Lusa lepas tu, aku dapat panggilan dari Andalusia, kata beg dah sampai, nak dihantar ke atau nak ambil sendiri. Kalau dihantar, depa akan hantar ke pejabat Andalusia. Aku kata aku nak ambil sendiri. So pagi tu aku ke airport dengan wife aku. Aku dah biasa masuk ke dalam ikut laluan yang ada polis tu so takda masalah. Memang ada tiga beg kami, dengan tiga tong air zam-zam. Masa ambil tu, aku jumpa dua jemaah umrah kumpulan kami. Depa pun datang sendiri ambil beg masing-masing.

Tak lama lepas tu dapat surat dari Andalusia. Surat tu ialah salinan surat Legal Advisor Andalusia yang ditujukan kepada Saudi Arabian Airways. Rupa-rupanya itu kejadian kedua seluruh bagasi tertinggal. Yang kali pertama tu ialah pada 6 Jun lepas. Dalam surat tu ada macam-macamlah legal terms yang aku pun malas nak kisah sangat. Semuanya dah berlalu. Aku dah selamat balik, semua bagasi dan sampai, umrah pertamaku dan selesai.

Walau apapun, umrah pertama aku dah selesai. Umrahku yang best. Semua bagasi dan dapat balik dan takda apa yang tertinggal, kecuali kenangan yang sungguh menyeronokkan.

7 comments:

  1. Assalamualaikum. Alhamdulillah, saya sudah membaca kesemuanya catatan saudara dalam blog ini. Banyak maklumat dan info saya telah dapat. Semoga Allah sentiasa memberikan rahmatNya, dan limpahan rezeki kepada saudara dan keluarga, agar mudah untuk berkunjung mengerjakan fardu haji dan umrah pada masa hadapan, amin, ya rabil'alamin...

    ReplyDelete
  2. Alhamdullillah..katam sudah travelblog ni. banyak input2 penting untuk panduan MMD nanti. terima kasih atas segala info.

    ReplyDelete
  3. Amat bermanfaat.
    Semoga Allah memberikan sebaik-baik pahala atas usaha tuan.

    ReplyDelete
  4. informatif dan penulisan yang sangat santaai., Adakala saya ketawa sendirian di depan desktop membaca celoteh penulis. Biarpun diselit unsur humor, namun banyak isi dan pengetahuan yang disampaikan. Terima kasih =)

    ReplyDelete
  5. Terima Kasih Tuan,
    Semua maklumat yg dikongsikan amat bermakna buat sy sekeluarga yang
    pertama kali akan menunaikan umrah.
    Semoga info ini akan menjadi pahala jariah buat tuan. Amin

    ReplyDelete
  6. Terima kasih di atas perkongsian maklumat, insyaAllah, saya juga akan kesana 8 Mei 2016. Semoga dipermudahkan oleh Allah.

    ReplyDelete
    Replies
    1. semoga tuan mendapat umrah maqbullah dan dipermudahkan segala urusan di sana..

      Delete