Kami tawaf pada hari Selasa 5 Jun 2013 pukul 12 malam lebih sikit. Aturan perjalanan kami dari Madinah dibuat supaya kami mula buat umrah pertama kami pada waktu malam jadi cuaca sejuk dan nyaman. Mutawif Shauqi kumpulkan kami semua di depan pintu besar Masjidil Haram dan beri penerangan itu ini. Kami masuk Masjidil Haram dan Ustaz Shauqi lead tawaf kami. Kami cari dulu lampu hijau yang menandakan line permulaan untuk tawaf. Lampu hijau tu betul-betul bertentangan dengan sudut kaabah yang ada hajarul aswad. Sebenarnya di lantai masjid ada line warna cokelat sebagai tanda permulaan tawaf. Tapi memanglah susah nak tengok line tu sebab orang ramai sangat.
Mutawif kami baca doa dengan kuat di semua tempat yang perlu dibaca doa dan kami di belakang dia berdoa sama dengan kuat juga. Ada yang pegang buku doa dan ada yang ikut bacaan mutawif saja. Aku simpan buku doa aku dan ikut saja bacaan doa mutawif sebab aku nak concentrate pandang kaabah dan tengok pemandangan sekeliling aku. Mutawif kata selepas dia habis baca doa tu bacalah sendiri doa-doa yang kita hendak, tak kiralah dalam bahasa Arab atau Melayu. So habis saja doa mutawif, aku belasah semua doa yang aku hendak. Ada tujuh pusingan tawaf dan aku baca tujuh jenis doa juga. Semoga dimakbulkan Allah SWT. Memang ramai orang dan memang berhimpit-himpit. Sekejap kami jauh dari kaabah, sekejap kami dekat hampir ke dinding. Masa sampai ke maqam Ibrahim tu memang traffic jem sebab ramai orang tak mahu bergerak untuk tengok maqam Ibrahim dan ambil gambar. Di situ ada abang polis yang halang orang ambil gambar tapi orang ramai tak peduli. Mereka ambil juga.
Keadaan sungguh sesak. Terlalulah ramai orang. Ada yang bergerak sendirian, ada yang bergerak dengan keluarga mereka, dan ada yang macam kami, bergerak dalam kumpulan. Macam-macam jenis orang aku tengok, lelaki dan perempuan, tua dan muda, ganas dan lembut. Yang berlari macam nak kejar bas pun ada. Yang pakai wheel-chair macam Ucop Wilcha pun ada. Ada kumpulan yang bergerak perlahan, ada kumpulan yang bergerak cepat, dan ada kumpulan yang main redah je membelah kumpulan lain yang ada depan mereka. Macam-macam hal. Ada yang junjung anak kecil dia atas bahu dan ada yang dukung baby kecil.
Selepas habis tujuh pusingan (aku tak kira pun, aku ikut mutawif je), mutawif suruh kami buat solat sunat di belakang maqam Ibrahim dan lepas tu kami disuruh minum air zam-zam. Kami tak sembahyang betul-betul di belakang maqam Ibrahim sebab orang sesak sangat. Jadi kami sembahyang jauh di belakang, tapi masih di kawasan di belakang maqam Ibrahim.
Lepas tu dia suruh kami tunggu di satu tempat sebab ada jemaah kami yang terpisah masa tawaf tadi. Kami tunggu sampai semua anggota jemaah kami selesai tawaf dan solat sunat sebelum kami bergerak ke tempat saie.
Definisi Tawaf
Tawaf (ﻃﻮﺍﻑ) ialah mengelilingi kaabah ikut arah berlawanan pusingan jam sebanyak tujuh kali. Tawaf hanya dilakukan dalam Masjidil Haram, dan tawaf hanyalah mengelilingi kaabah dan bukan benda-benda lain.
Tawaf ialah rukun umrah yang kedua selepas niat. Selepas tawaf barulah boleh dibuat saie dan seterusnya bercukur.
Syarat-syarat Tawaf
Syarat-syarat tawaf adalah seperti berikut:
- Suci daripada hadas
- Suci daripada najis pada badan dan pakaian
- Menutup aurat
- Bermula dari penjuru kaabah yang ada Hajar Aswad
- Kaabah berada di sebelah bahu kiri dan berjalan ke hadapan
- Dilakukan dalam Masjidil Haram tetapi di luar bahagian kaabah iaitu di luar Hijir Ismail (ﺣﺠﺮ ﺍﺳﻤﺎﻋﻴﻞ) dan Syazarwan (ﺷﺎﺫﺭﻭﺍﻥ)
- Dilakukan tujuh pusingan dengan yakin
Tengok foto di atas (ehsan dari www.gsalam.net/). Masa tawaf tak boleh masuk ke dalam Hijir Ismail (yang melengkung tu) sebab dulu Hijir Ismail tu adalah sebahagian dari kaabah juga. Tawaf ialah 'di luar kaabah' jadi kalau masuk ke kawasan Hijir Ismail tu sama macam masuk ke dalam kaabah jadi tak sah tawaf. Line hijau tu ialah permulaan tawaf dan di situ jugalah ending tawaf.
Perkara Sunat Semasa Tawaf
Perkara-perkara berikut adalah yang sunat dilakukan semasa tawaf:
- Bertawaf dengan berjalan kaki
- Memendekkan langkah
- Berjalan cepat dengan berlari anak
- Istilam kepada Hajar Aswad pada permulaan tawaf sambil mengucapkan "Allahu Akbar" (Istilam ialah mengucup Hajar Aswad, atau menyentuhnya dengan tangan, atau membuat isyarat isyarat atau melambai dengan tangan)
- Beristilam dengan tangan kanan
- Mengucup Hajar Aswad dan meletakkan dahi ke atasnya
- Beristilam di rukun Yamani
- Berittibak (kain ihram tidak menutup bahu kanan bagi lelaki)
- Solat sunat dua rakaat setelah tawaf di belakang Maqam Ibrahim
- Bertawaf berhampiran Kaabah (bagi memudahkan istilam)
Ittibak ialah seperti foto di atas. Kain ihram dibuka di bahagian bahu kanan. Keadaan ittibak ini masa tawaf sahaja. Masa solat dan saie dah boleh tutup seluruh badan dengan kain ihram. (Foto diambil dari www.dalil-alhaj.com/my/)
Tawaf Sunat
Tawaf sunat ialah tawaf lain di luar umrah. Tawaf sunat masih perlu dibuat tujuh pusingan dan arahnya pun sama juga iaitu menentang arah pusingan jam (anti clockwise). Startingnya pun sama juga iaitu di sudut hajarul aswad yang ada tanda lampu hijau.
Tak perlu pergi ke miqat untuk buat tawaf sunat ni. Tak perlu pakai pakaian ihram. Tak perlu saie. Pakaian bebas. Pakailah apa pun asalkan sesuailah untuk beribadat. Tengok foto bawah (klik untuk besarkan gambar). Tak semua pakai ihram. Yang tak pakai ihram tu ialah yang sedang buat tawaf sunat.
Kenapa tawaf ikut arah lawan jam?
Allah yang lebih mengetahui. Pergerakan tawaf ialah secara anti-clockwise (arah lawan jam). Adakah ikut arah pusingan jam itu sesuatu yang normal atau wajib? Atau adalah pergerakan lawan arah jam itu ganjil dan bertentangan dengan hukum? Tidak juga. Banyak benda di dunia ni berpusing ikut arah lawan jam (macam tawaf). Cuma kita saja tak perasan. Pernah masuk sukan olahraga? Semua track lumba lari di dunia ni berpusing ikut arah lawan jam (macam tawaf). Betul tak? Dari segi kajian saintifik, berlari ikut arah lawan jam adalah baik untuk sistem pernafasan dan peredaran darah jantung. Berlari mengikut pusingan jam akan meletihkan.
Bumi kita ini pun sebenarnya berpusing pada paksinya mengikut arah lawan jam. Bulan pun mengelilingi bumi mengikut arah lawan jam. Bulan dan bumi kita ini pula berpusing mengelilingi matahari pada orbitnya mengikut arah lawan jam.
Atas: Bumi dan bulan berpusing pada orbit untuk mengelilingi matahari mengikut arah lawan jam. Bawah: Bumi berpusing pada paksinya mengikut arah lawan jam. Bulan pun mengelilingi bumi mengikut arah lawan jam.
Itu yang besar. Kalau pergi pada yang kecil pula, atom (foto bawah) mempunyai elektorn yang berpusing mengelilingi nuklias dan pusingan ini adalah mengikut arah lawan jam. Jadi jadi yang paling besar (planet kita) hingga kepada yang paling kecil (atom) semuanya berpusing mengikut arah lawan jam iaitu mengikut arah pusingan tawaf.
Sebenarnya banyak kajian-kajian telah dibuat yang secara kebetulan atau tak sengaja telah menunjukkan kebaikan pergerakan pusingan ikut arah lawan jam. Ada kajian yang mengatakan mengacau air di cawan mengikut arah lawan jam akan menghasilkan unsur positif. Pergerakan cytoplasm dalam sel darah juga berpusing ikut arah lawan jam. Dalam sains ada 'Hukum Tangan Kanan' (right-hand rule). Keadaannya ialah seperti kita menggengam pensil dengan tangan kanan sambil ibu jari menunjuk ke atas. Sains membuktikan bahawa jika sebatang konductor yang di kelililingi oleh arus yang mengalir mengikut arah lawan jam, maka akan terhasil suatu daya elektromagnetik yang menghala ke atas.
Kebetulan? Allah Maha Bijaksana dan Allah Maha Mengetahui. Hanya kita yang tak mengerti. Walau apa pun, aku sudah tawaf dan aku mengikut ketentuan Ilahi dan aku bergerak selari dengan hukum alam.
No comments:
Post a Comment