25 June 2012

Muzium Dua Masjid Suci

Kami pergi melawat Muzium Dua Masjid Suci pada hari kesepuluh Sabtu 9 Jun 2012. Kami pegi dengan dua van sewa pada sebelah petang. Arah laluan kami sama seperti laluan ke Hudaibiah yang kami pergi sebelum ini. Ia terletak kira-kira 3-4 km dari Hudaibiah. Muzium Dua Masjid Suci ini terletak berhampiran dengan kilang membuat kiswah (kelambu kaabah). Kami difahamkan muzium ini dibuka dua jam sehari sahaja iaitu antara waktu Maghrib dengan Ishaq.

Time aku nak ambil gambar, time tu juga ada budak kecik melintas. Takper ler. Budak kecik tu dengan cik adik kat tepi gate tu tak salah aku jemaah dari Pakistan. Masa kami mula sampai ke kawasan muzium tu dah ada dua bas lain parking di luar dan semua orang menunggu di luar gate dan tak dibenarkan masuk. Lama jugak kami tunggu. Rupa-rupanya susah jugak nak masuk ke muzium ni. Betul-betul dikawal. Mutawif kami dah lama masuk dalam untuk berunding dengan pegawai muzium.

Akhirnya mutawif kami keluar dan beritahu yang kami tak boleh masuk lagi sebab sudah dekat dengan waktu Maghrib. Kami diminta untuk datang balik lepas Maghrib. Pulak dah. Tapi nak buat macam mana, kan. Itu peraturan mereka. Kenelah hormat peraturan orang.

So kami naik bas balik dan pergi ke masjid yang aku dah tak ingat kat mana. Sampai sana kami sembahyang Maghrib. Lepas tu kami pergi semula ke kompleks muzium tadi. Masa sampai sana kami kena tunggu lagi. Akhirnya barulah palang gate depan diangkat dan kami masuk ke ruang kompleks muzium. Kena tunggu di luar pulak. Lepas tu keluar dua orang pegawai dan mengalu-alukan kedatangan kami. Dia juga beritahu beberapa peraturan sebelum masuk ke dalam muzium. Antaranya dia kata air yang disediakan di luar tu adalah percuma dan minumlah sampai banyak mana pun tapi tak dibenarkan bawa masuk air ke dalam muzium. Bunyinya keras dan tegas tapi dia nampak mesra.

Lepas tu kami pun masuk dan menyaksikan macam-macam benda dan objek lama yang berkaitan dengan masjid Nabawi dan Masjidil Haram. Antaranya ialah tiang asal yang ada dalam kaabah, kunci kaabah yang dipakai sejak zaman dulu, pancur air kaabah yang bersalut emas, Quran lama tulisan tangan yang ditulis pada zaman Khalifah Uthman bin Affan, mimbar lama, pintu lama masjid Nabawi, pintu lama kaabah, penutup hajarul aswad, tangga kayu untuk naik ke pintu kaabah, pagar besi penutup telaga zam-zam yang asal, mesin menenun kelambu kaabah dan macam-macam lagilah.


Kunci (mangga) kaabah tahun 1309H pada zaman Sultan Abdul Hamiid II dari Empayar Turki Uthmaniah.


Model kompleks Masjidil Haram yang bakal dibina.


Pancur emas tahun 1273H yang dibuat dari kayu dan disalut dengan plumbum di bahagian dalam dan emas di bahagian luar.


Pintu kaabah tahun 1363H.


Salinan nashkhah asal al_quran yang ditulis tangan pada zaman Khalifah Uthman bin Affan.

Atas dan bawah: Salah satu dari tiang kayu dalam kaabah tahun 65H pada zaman Abdullah Ibn Az-Zubair. Memang tinggi. Tu sebab tak cukup ambil satu gambar.


Mesin pintal kiswah (kelambu kaabah).

Memang seronok melawat muzium ni. Tambahan pulak aku ni cikgu Sejarah Islam. Jadi aku memang suka benda-benda ni. Tiada sebarang pamphlet tentang item-item yang ada dalam muzium ini. Jadi kena pandai-pandailah menghafal atau mengambil gambar keterangan-keterangan kecil yang diletakkan pada setiap item yang dipamerkan. Namun begitu pengunjung boleh mengambil gambar sesuka hati tanpa larangan.

No comments:

Post a Comment