Ada beberapa dokumen penting yang perlu diberikan kepada agensi umrah, iaitu:
buku passport antarabangsa
buku suntikan umrah (suntikan meningitis ACYW135)
empat keping gambar
Semua dokumen di atas dan mana-mana dokumen yang berkaitan di bawah mesti diserahkan di pejabat Andalusia Travels 30 hari sebelum hari penerbangan.
Dokumen tambahan
Berikut ialah dokumen tambahan yang kita kena bagi pada agensi jika berkaitan:
Kalau isteri pergi tanpa suami:
- Salinan kad pengenalan suami
- Salinan surat nikah
Kalau wanita bujang pergi sorang-sorang:
- Salinan surat beranak sendiri
- Salinan surat beranak dan salinan kad pengenalan adik beradik lelaki yang melebih 18 tahun, atau
- Salinan kad pengenalan bapa
Kalau lelaki kurang dari 18 tahun:
- Salinan kap pengenalan bapa (jika bapa tak pergi sama)
- Salinan surat beranak sendiri, atau
- Salinan surat beranak dan salinan kad pengenalan adik beradik lelaki yang berumur lebih 18 tahun
Kalau ibu ikut anak lelaki (aku ler ni):
- Salinan surat beranak anaknya yang ikut pergi sama
Kalau isteri mengikut suami (ni pun aku jugak):
- Salinan surat nikah
Macam kes aku, dokumen yang aku serahkan kepada Andalusia Travels ialah buku passport, buku suntikan umrah, gambar empat keping, salinan surat beranak aku (sebab mak aku ikut sekali), dan salinan sijil nikah aku (sebab aku pergi dengan isteri).
Buat passport antarabangsa
Nak pi keluar negara mesti ada passport antarabangsa. So jemaah umrah yang belum ada passport antarabangsa kenalah buat segera. Kalau dah ada passport, passport tu mesti masih ada at least enam bulan sebelum tamat tempoh (tempoh sah laku). Lepas tu buku passport antarabangsa tu mesti ada lagi at least enam muka surat kosong.
Sekarang ni senang je nak buat passport antarabangsa. Kalau nak buat setahun atau dua tahun bayar RM100. Kalau lima tahun, RM300. Sekarang pejabat imigresen buat dalam masa sejam selepas kita buat pembayaran.
Passport antarabangsa ni kita kena submit ke agensi umrah. Aku difahamkan agensi umrah akan mohon visa dari kerajaan Arab Saudi. Passport tu nanti kita dapat balik di airport masa nak berlepas nanti.
Time aku dulu, lepas kami semua check-in bagasi, pegawai Andalusia panggil kami berkumpul beramai-ramai di sebuah pentas di balai berlepas (tingkat lima KLIA) untuk diberikan taklimat, diberi sekeping starter pack prepaid, dan diberi balik buku passport dengan boarding pass. Dalam passport itu aku tengok dah ada visa masuk ke Arab Saudi.
Passport tu kita gunakan di airport Jeddah. Itulah last sekali kita gunakan passport tu sebab lepas saja kami naik bas, mutawif akan kumpulkan balik semua passport kami. Mutawif akan simpan semua passport kami selama 12 hari kami di Arab Saudi. Jadi masa kami jalan-jalan di sana-sini di bumi Arab kami hanya gunakan tag nama Andalusia tu sebagai id diri dan dokumen perjalanan. Kami dapat balik passport masing-masing dan bording pass pada hari akhir di Jeddah sebelum kami masuk check-in di airport Jeddah.
Buat suntikan umrah
Kena buat Buku suntikan umrah (atau suntikan meningtis ACYW135). Aku sebut suntikan umrah je. Tapi nama medical suntikan ni ialah 'Suntikan Pelalian Vaksin Meningococcal Meningitis'. Aku diberitahu buku tu juga disebut buku kuning. Tapi bila aku dapat dari klinik, warna dia merah macam foto atas tu. Aku tanya kat kaunter klinik tu betul ke warna ni, tak pergi umrah saya nanti. Nurse tu gelak je, betul encik. Sekarang warna dia macam ni. Oklah. Memang aku tak tahu pun. Terbang RM120. Mahal jugak. Tapi takpe. Demi kesihatan.
Buku suntikan atau surat suntikan ni kita kena buat di mana-mana klinik yang ada servis ni. Tapi tak semua klinik ada servis ni. Aku buat di Prima Sri Gombak. Klinik tu klinik baru, tapi di luar dinding kaca depan ada notis kecil tulis 'Suntikan Umrah'. Doktor dia doktor perempuan India.
Mula-mula doktor tu nak buat medical check-up semua. Aku kata kena buat medical check-up ke? Rupa-rupanya dia ingat aku nak pi haji. Aku kata nak pi umrah je. Barulah dia buat suntikan je. Aku tanya ni actually suntikan apa? Dia kata suntikan tu diwajibkan oleh kerajaan Malaysia. Suntikan tu sebenarnya suntikan untuk mencegah meningtis. Ok juga doktor ni, boleh sembang-sembang. Masa dia nak inject tu aku kata sakit ke doktor, nanti saya pengsan. Dia gelak aje sambil kata tak sakit. Memang tak sakit pun. Lepas tu dia kata nanti akan demam sikit sebab kesan vaksin tu bertindak balas dengan badan kita. Oklah tu.
Aku buat di KL senang je. Tapi mak aku ada problem di Johor Bharu. Dia kata takde klinik yang buat suntikan tu. So aku balik meredah lebuhraya PLUS selama 4 jam untuk balik ke JB dan uruskan suntikan untuk emak aku. Memang jenuh cari klinik dan poliklinik yang ada servis tu. Semua tak buat. Last-last jumpa satu Klinik Kamal. Dia ada buat suntikan tu. Tapi dia bagi surat sekeping je, bukan buku. Aku kata mana buku kuning tu. Depa kata pakai surat ni je. Aku tanya lagi betul ke ni. Tak dapat pegi mak aku kang. Depa tanya pulak guna agensi apa? Aku kata Andalusia. Depa jawab oh depa memang selalu bagi suntikan untuk jemaah Andalusia dan takda problem pun pakai surat tu. Oklah, aku terimalah. Dan memang betul pun, surat tu je laku di Andalusia.
Kalau berminat, bacalah serba sedikit info pasal meningtis ni kat bawah entree ni.
Empat keping gambar
Kalau pegi kedai gambar kata je 'gambar untuk pegi umrah'. Tahulah towke gambar tu macam mana nak buat. Gambar tu background dia putih. Empat keping. Aku tengok gambar tu sekeping digunakan untuk visa, sekeping dilekatkan di belakang buku passport aku, sekeping lagi dilekatkan kat buku suntikan umrah aku, dan yang last sekeping tu dibuat tag nama.
Tentang meningtis
Penyakit 'Meninggococcal Meningitis' adalah sejenis penyakit berjangkit yang disebabkan oleh bakteria Nesseria Meningitides. Jangkitan penyakit ini menyebabkan radangan pada bahagian selaput otak dan saraf tunjang. Bakteria ini berjangkit melalui hubungan secara lansung (close contact) dengan titisan mulut dan hidung pesakit yang dijangkiti. Tempoh pengeraman jangkitan adalah di antara 2 hingga 10 hari. Mereka yang mengidap jangkitan ini akan mengalami demam, loya, bisa kepala dan sakit tengkuk (neck stiffness). Antara 5% - 10% pengidap tidak menunjukkan tanda-tanda klinikal tetapi masih berupaya menularkan penyakit (symtomless carriers). Penyakit ini boleh bawa maut. Namun dengan rawatan awal, kadar kematian dari jangkitan penyakit ini adalah dari 5% hingga 15%, tetapi jika tanpa rawatan kadar kematian akan melebihi 50%. Diagnosa penyakit ini melibatkan ujian makmal khas seperti ujian cecair tulang belakang (cerebral spinal fluid). Jangkitan penyakit ini boleh dicegah melalui pelalian menggunakan Vaksin 'Meningococcal Meningitis. Itulah suntikan umrah tu sebenarnye.
Kerajaan Arab Saudi mendapati risiko jangkitan 'Meningococcal Meningitis' di kalangan jemaah haji dan umrah semasa di Arab Saudi adalah tinggi. Oleh sebab itulah semua bakal haji dan umrah diwajibkan mendapatkan pelalian 'Meninggococcal Meningitis' yang sah sebelum visa haji atau umrah dikeluarkan. Peraturan mewajibkan pelalian 'Meninggococcal Meningiti' ke atas bakal jemaah haji dan umrah oleh Kerajaan Arab Saudi telah bermula sejak tahun 1988 lagi.
Pada mulanya jenis vaksin yang diwajibkan kepada bakal jemaah haji dan umrah adalah Vaksin 'Meningococcal Mengintis' A, C. Namun disebabkan terdapat perubahan corak jenis kuman yang menyebabkan jangkitan penyakit, mulai tahun 2002 Kerajaan Arab Saudi mewajibkan penggunaan Vaksin 'Meninggococcal Meningitis' jenis A, C, Y, W135 yang juga dikenali sebagai Vaksin 'Meningococcal Meningitis Quadrivalent' (ACYW135). Satu suntikan Vaksin 'Meningococcal Meningitis' (ACYW135) boleh memberi perlindungan kepada individu berkenaan selama 3 tahun dari jangkitan penyakit 'Meninggococcal Meningitis yang disebabkan oleh kuman Nisseria Meningitidies dari SerotypeA, C, Y, dan W135. Jadi kalau kita nak pergi umrah atau haji dalam tempoh tiga tahun maka bolehlah menggunakan buku kuning yang ada tu. Lepas tiga tahun, kena buat buku baru (dan dapat suntikan baru).
good info tq..
ReplyDeleteAlhamdulillah...penerangan ringkas dan padat
ReplyDeleteAlhamdulillah. Penerangan yg sgt baik. TQ
ReplyDeleteTERIMA KASIH
ReplyDeleteKlinik yg cucuk umrah di sri gombak tu klinik ape ye?
ReplyDeleteklinik mediprima
DeleteDapatkan vaksin umrah di Poliklinik Az-Zaara. Hanya RM135 tahan 5 tahun. Original.
DeleteCall 0342663686/01152300300
Facebook Poliklinik Az-Zaara
http://www.mudah.my/3D+4D+dan+5D+ULTRASOUND+SCAN-43417325.htm#zxoxBSoGbgOqfX9F.01
Wah.. Perkongsian yang sangat menarik. Tq admin.. Trip menunaikan umrah secara percuma.
ReplyDeletesalam admin, buku n beg umrah kita dpt masa buat pembayaran ke
ReplyDeletemasyaAllah saya tak ingat. rasanya kalau tak silap bila buat baki bayaran.
ReplyDeleteAda no phone clinik mediprima tak clinik kawasan rumah saya semuar tak ada stok
ReplyDeleteAddress: No. G-27, Jalan Prima SG 1, Prima Sri Gombak, 68100, Batu Caves, Selangor, Malaysia
DeletePhone:+60 3-6185 9075
try dulu yg atas tu. kalau tak dpt nanti saya try pi sana to get the latest tel no.
Dapatkan vaksin umrah di Poliklinik Az-Zaara. Hanya RM135 tahan 5 tahun. Original.
DeleteCall 0342663686/01152300300
Facebook Poliklinik Az-Zaara
http://www.mudah.my/3D+4D+dan+5D+ULTRASOUND+SCAN-43417325.htm#zxoxBSoGbgOqfX9F.01
boleh saya tahu nama klinik di prima sri gombak tu
ReplyDeleteKlinik Mediprima. blok depan mengadap main road. alamat mcm kat atas tu.
DeleteDapatkan vaksin umrah di Poliklinik Az-Zaara. Hanya RM135 tahan 5 tahun. Original.
DeleteCall 0342663686/01152300300
Facebook Poliklinik Az-Zaara
http://www.mudah.my/3D+4D+dan+5D+ULTRASOUND+SCAN-43417325.htm#zxoxBSoGbgOqfX9F.01
Klinik kerajaan ada tak suntikan ni?
ReplyDeleteGood info.Thank u.Mmg nak pi umrah ni..In sya allah.
ReplyDeleteass salam tks atas info lega rasa nya alhamdulliah...
ReplyDeleteass salam nak tanya satu lagi secara jujor klinik kerajaan ada tak suntikan ini.
ReplyDeleteSekarang ni suntikan umrah wajib dapat buku kuning. Kalau tak, akan ada masalah nak upload dalam sistem visa umrah Babal Umrah. Surat-surat doktor tu sistem akan reject.
ReplyDelete