25 June 2012

Hotel di Madinah

Hotel kami di Madinah ialah Gawharat Al-Fayroz Hotel (gambar bawah, yang warna cokelat tu). Kami duduk tingkat empat. Bilik takda towel. Takda Wi-Fi. Takde room-servis di sini. Agaknya memang macam tu. Entahlah aku pun tak sure, dan tak sempat tanya pun. Aku pasti tak ada room-servis sebab sepanjang kami duduk situ, bilik kami tak pernah orang usik. Sabun dan shampoo pun tak berganti. Kalau hotel-hotel di Malaysia setakat yang aku pernah duduk, sabun mandi yang kocik tu dan botol shampoo kecik diberi setiap hari. Tapi ni semua tak penting.

Bilik hotel kami ada peti ais kecil, tiga katil bujang (lebih kecil dari single bed), ada tv, aircond dan kipas, dan air panas dalam toilet. Tak ada cerek letrik. Tak ada satu hiasan pun di dinding. Lantai dia carpet. Aku bukak tv, ada channel Arab, ada news dan sukan macam astro. Siaran tv tak clear, macam tv aku kat kampung masa aku kecik-kecik dulu.

Tu yang tengah tu hotel kami.

Hotel ni tak jauh sangat dari Masjid Nabawi so berulang-alik pada waktu sembahyang lima waktu memang takda masalah. Jalan kaki je.

Kedai kecil di bawah hotel. Keluar pintu hotel, toleh kiri, terus boleh shopping. Ada jubah, ada kain tudung, ada macam-macamlah. Kat sebelah kedai tu ada lorong antara dua hotel. Kat situ pun ada gerai.

Kat pintu hotel tu tak pernah ada tukang tunggu bukak pintu. Kalau sampai situ, pandai-pandai ler masuk sendiri. Kaunter hotel simple je. Macam kaunter dalam pejabat sekolah. Ada satu sudut jual roti, pie, biskut, beberapa jenis minuman. Tukang jaga dia tu pandai sikit-sikit cakap Melayu. Dia pun ada jual sim kad dan top up prepaid.

Setakat yang aku perasan di hotel tu, setiap hari ada sahaja kumpulan jemaah yang baru sampai, dan kumpulan jemaah yang bertolak ke Makkah. Masa jemaah nak bertolak ke Makkah, lobi hotel tu penuh dengan bagasi sampai nak jalan pun susah. Rasa macam berada di airport pulak.

No comments:

Post a Comment