25 June 2012

Santai di Jeddah

Pada hari kesebelas (Ahad 10 Jun 2012) kami bergerak meninggalkan kota Makkah dengan bas selepas selesai urusan check-out hotel dan punggah-memunggah barang dari hotel ke dalam bas. Sebelum check-out, kami melaksanakan tawaf wida' (tawaf perpisahan). Selamat tinggal Makkah al-Mukarramah. Entah bila aku akan sampai lagi ke kota suci ini.

Inilah kembara bas kami yang ketiga di bumi Arab. Pertama ialah dari Jeddah ke Madinah. Kedua dari Madinah ke Makkah. Dan sekarang yang ketiga, dari Makkah ke Jeddah. Di sepanjang perjalanan, fikiranku melayang-layang ke semua arah. Raja-rasanya macam sudah selesai. Sekarang ialah proses untuk balik ke Malaysia.

Bunyi 'balik ke Malaysia' ni dengarnya macam mudah. Tapi memang payah. Penuh kembara dan perjuangan, cabaran dan ujian kesabaran. Menurut mutawif kami Ustaz Shauqi, kami hanya boleh check-in masuk ke airport Jeddah pukul 12 malam. Hari masih siang. Jadi mutawif kata kita akan bersantai di Jeddah terlebih dahulu, melawat sana-sini sementara menunggu masa untuk masuk check-in ke dalam airport Jeddah. Takperlah tu. Nak buat macam mana.

Foto atas: Di tengah perjalanan entah macam mana sebuah kereta sudah hantam bahagian kiri bas. Berdentum bunyi dia. Semua terkejut dari lamunan. Bas berhenti di tepi jalan tapi kami semua tak turun. Driver bas saja yang turun. Biarlah dia uruskan apa yang patut. Sampai di lokasi pertama kami iaitu di Masjid Hudud, driver bas dan assistant dia (dua orang yang paling depan tu) repair bas dia. Depa ketuk-ketuk, tampal something macam simen, dan berus sana sini. Yang lain-lain termasuk aku perati je. Nak tolong pun tak reti.

Masjid Hudud

Kami singgah sembahyang di Masjid Qisas atau Masjid Hudud atau Masjid Pancung. Kata Mutawif kami di masjid inilah dijalankan hukuman pancung ke atas pesalah-pesalah. Nama sebenar masjid ini ialah Masjid Syeikh Ibrahim Al-Juffali. Menurut cerita dari mulut ke mulut, dia ialah orang kaya Saudi yang membangunkan masjid ini.

Foto di bawah ialah tempat hukuman pancung dijalankan. Hukuman dijalankan di khalayak ramai dan alat pancung yang digunakan ialah pedang. Selepas pedang dihayun dan kepala terputus dari badan, kawasan itu akan disimbah air dan dibersihkan. Mayat akan disembahyangkan di masjid berkenaan sebelum dikebumikan.

Masjid Terapung

Sebenarnya masjid ni bukanlah terapung-apung seperti yang aku sendiri sangka sebelumnya. Masjid ni masih 'terletak'. Cuma dia dibina di pantai Laut Merah jadi apabila air pasang, masjid ni kelihatan seolah-olah terapung di permukaan air. Aku sangka selama ini masjid ini sama seperti 'batu terapung' yang terdapat di Palestine. Nama Masjid Terapung ini mungkin nama yang diberikan oleh orang Malaysia. Sebenarnya masjid ni dinamakan Masjid Ar-Rahman.

Kami singgah di masjid ni pada hari akhir kami di Tanah Arab. Kami sembahyang jamak secara berjemaah di masjid tu bermula pukul 10PM. Masa tu masjid tu dah nak tutup dah. Aku ingat lagi masa sedang doa, sorang pakcik Arab bising-bising di pintu besar suruh kami keluar. Dia dah habis duty dan dah nak balik rumah agaknya.

Pandangan dari udara. Masjid ni tak terapung, masih bercantum dengan daratan. Dan air Laut Merah tidak berwarna merah.

Masjid Terapung pada waktu malam. Sungguh indah.

Di dalam Masjid Terapung. Indah dan tenang. Hilang keletihan seharian perjalanan dalam bas.

Dinner di Restoran Thai

Dalam banyak-banyak restoran yang ada di Jeddah, restoran Thai jugak yang jadi pilihan Andalusia Travels. Tak kisahlah pun, sebab makan malam tu ditaja oleh syarikat Andalusia.

Restoran ni terletak di Sary Street Al-Salamah dan katanya menjadi restoran yang diminati oleh golongan expatriat dari Asia yang tinggal di Jeddah. Dua bas jemaah umrah pakej Andalusia singgah di sini. Makan malam kami di restoran ini ditaja (atau dah memang masuk dalam bayaran kami) oleh Andalusia Travels & Tours.

Masakan ala-Thai. Memang best dan sedap. Tambah lagi kalau makan free. Foto bawah ialah restoran Asia Thai Food pada waktu siang, aku google di internet.

Aku makan semeja dengan mak aku, wife aku dan mutawif Shauqi. Selain dari kami-kami jemaah umrah ni aku nampak orang Arab dan Hindustan datang dengan family. Masa tengah makan tu masuk seorang yang pakai vest Andalusia. Macam pegawai. Dia pelawa semua orang makan macam restoran tu dia yang punya. Lepas sembang-sembang dengan orang tu baru aku tau dia tu pegawai syarikat Andalusia di Tanah Arab ni. Dia singgah situ untuk tengok-tengok perjalanan kami.

Masa kami keluar dari restoran tu kami dapati ada customer China sedang tunggu di luar pintu. Rupanya dia nak masuk tapi tempat mungkin full. Di depan restoran tu penuh dengan kereta. Parking full. Memang meriah restoran ni. Kalau masakan sedap, memang pelanggan datang cari.

2 comments:

  1. Amat membantu saya memahami ziarah ini. Dah saya fwdkan kepada ahli keluarga yg akan bersama2 ke sana in shaa Allah bulan depan . Jazakallah

    ReplyDelete
    Replies
    1. This comment has been removed by a blog administrator.

      Delete