25 June 2012

Shopping di Madinah

Ada banyak tempat shopping di Madinah. Antaranya ialah Al-Shiyaka, Al-Sultana (tempat beli abaya), supermarket Baderuddin, supermarket Bin Dawood, Hyper Panda, supermarket Mandarin, supermarket Sarawat, Al-Rashid Mega Mall, Aliyat Al-Madinah Mall, pasar kurma, dan banyak lagilah.

Tapi sebab aku first time pergi umrah, dan pergi dengan mak aku yang tak sihat, jadi aturcara shopping ni tak jadi aturcara utama. Lagipun kami belum pun buat umrah lagi, jadi soal beli-belah di Madinah ni memang tak ada dalam kepala.

Di pintu gerbang Masjid Nabawi penuh sesak macam ini setiap kali waktu namu mula sembahyang dan selepas habis jemaah bersembahyang.

Seingat-ingat aku, ada tiga kali sahaja aku dan isteri 'membeli-belah' di Madinah. Pertamanya ialah bila kami masuk ke supermarket Bin Dawood. Keduanya bila aku cari minyak wangi di kedai-kedai. Ketiganya bila isteri aku pergi beli selipar. Actually, kami lebih banyak merayau-rayau membeli itu ini masa di Makkah.

Bin Dawood

Bin Dawood ialah rangkaian supermarket yang terbesar di Arab Saudi. Ada dua lokasi supermarket Bin Dawood di Madinah. Di Makkah pun ada dua. Aku rasalah, hampir semua jemaah umrah dari Malaysia tak dapat tidak akan masuk ke Bin Dawood ni.

Aku pergi ke Masjid Nabawi dari hotel aku melalui dua laluan. Salah satu laluan tu akan lalu di bawah jejantas dan di tepi jejantas tu ada signage besar 'Bin Dawood'. Itulah lokasi pasaraya Bin Dawood yang terkenal tu. Aku ingatkan naik shopping ke atas, rupa-rupanya turun ke bawah.

Pasaraya Bin Dawood ni memang besar. Konsepnya macam pasaraya Giant. Susunan barang-barang dia pun macam dalam Giant juga. Dalam tu ada semua benda, hampir semua keperluan rumah, dari gula, garam, sabun, biskut, baju, beg, tuala, periuk, kuali dan macam-macam lagilah. Lama jugak aku merayau-rayau dalam Bin Dawood tu. Wife aku survey-survey bag besar, tapi tak ada yang dia berkenan. Last-last kami beli pisau (nak potong buah), Nescafe, dan biskut. Tapi di Bin Dawood ni ada semua keperluan rumah yang mungkin diperlukan semasa berada di Madinah.

Cari minyak wangi

Yang ini aku pergi sorang-sorang. Aku tak ingat kenapa aku pergi sorang-sorang. Tapi time tu ialah time aku balik dari masjid. Aku lalu di deretan kedai yang tak begitu ramai orang. Aku nak cari minyak wangi sebenarnya, sebab nak bawak balik nak bagi kat kawan-kawan lelaki aku. Actually aku tak pernah beli minyak wangi ni. Tapi di Madinah aku cuba-cubalah survey.

Masa aku lalu di satu kedai tu, dalam kedai tu ada tiga orang peniaga. Ada sorang yang besar pakai aji panggil aku. Dia cakap Arab. Laju dia cakap aku pun tak paham apa pun. Dia tunjuk-tunjuk kotak-kotak minyak wangi pelbagai jenis. Dalam setiap kotak tu ada 10 kotak kecil. Cara dia cakap dan promo tu macam itulah jenis minyak wangi yang ramai orang beli.

Pakcik ni siap main pegang-pegang lagi. Cara dia jual macamlah dia tak pernah jumpa customer seumur hidup. Dia punya convince tu punyalah dahsyat. Rasa menyesal pulak masuk. Last-last aku beli satu kotak minyak wangi Malikat Sabah. 20 riyal. Dia ambil tiga kotak dan masukkan dalam beg plastik. 50 riyal! 50 riyal! Aku geleng-geleng kepala sampai 180 darjah sebab aku tanak. Aku hulur 50 riyal. Dia rentap 50 riyal aku tu dan bagi aku tiga kotak. Aku kata 'tak mau, tak mau'. Aku pun tak ingat aku cakap bahasa apa masa tu. Dia berkeras juga suruh aku borong tiga kotak. Sempat dia pujuk rayu sambil urut-urut dagu aku. Dia tu dah ler besar dan tinggi. Last-last aku give-up aku ambil sekotak aje dan aku kata simpanlah duit 50 riyal tu. Dia tengok aku dengan rasa kecewa tapi senyum. Akhirnya dia bagi balik baki 30 riyal. Selamat aku. Tapi masa aku jalan keluar dari kedai tu dia membebel-bebel sambil gelak. Aku pun gelak sama macamlah aku paham sangat apa yang dia cakap. Selamat aku dari jurujual yang agresif. Lepas tu tobat aku tanak lalu lagi depan kedai dia. Tapi inilah satu pengalaman di Arab Saudi yang bila aku teringat balik aku akan gelak sorang-sorang.

Di lorong-lorong antara dua bangunan pun banyak tempat membeli-belah. Perhatikan, penjual wanita tu semuanya pakai pakaian yang sama - jubah hitam dengan purdah.

2 comments:

  1. subhanallah,. rindu sungguh saya dgn makkah dan madinah.. seronok baca pengalaman encik :D

    ReplyDelete
  2. MasyaAllah kelakar betul. Tapi gitulah ente kena sabar lah sikit dengan pak arab ni. Dia orang tu baik cuma gitulah cara depa nak lariskan jualan. Ente kenalah belajar sikit-sikit cakap Arab baru cun.
    Lawati www.ustazarab.com

    ReplyDelete