Lawatan ke makam Nabi Muhammad s'a.w adalah pada hari yang sama kami melawat (dan solat) Taman Raudhah dan Perkuburan Baqi. Kalau ikut susunan program, kami masuk ke Raudhah dulu, selepas tu menziarahi makam Nabi s'a.w dan selepas itu keluar dari Masjid Nabawi untuk ke Perkuburan Baqi.
Maqam Nabi Muhammad s'a.w terletak dalam Masjid Nabawi, di sebelah kawasan Raudhah Taman Syurga. Keluar saja dari Taman Raudhah, belok kiri, terus nampak dinding yang ada lubang-lubang untuk orang mengintai ke dalam. Tengok gambar bawah, ada dua orang abang polis sedang jaga dinding. Mereka jaga traffic di situ, supaya orang terus bergerak dan tidak berdiri tercongok kat situ.
Mutawif berpesan kepada kami untuk memberi salam semasa mengintai di lubang tersebut. Ada aku dengar orang kata kalau nasib kita baik, akan terdengar suara 'orang balas salam' kita tu tadi. Tapi aku tak taulah ni bidaah ke atau betul.
Orang ramai boleh melihat ke dalam kawasan maqam melalui lubang-lubang bulat yang ada di dinding tu. Tengok rajah di atas. No 1, 2 dan 3 ialah kedudukan makam Nabi Muhammad s'a.w, Saidina Abu Bakar As-Siddiq, dan Saidina Umar. No 11, 12 dan 13 ialah kedudukan lubang-lubang di dinding yang memisahkan kawasan makam baginda dan tempat orang ramai berjalan. Setiap lubang adalah untuk melihat terus ke makam Nabi Muhammad s'a.w (no 11), makam Saidina Abu Bakar as-Siddiq (no 12) dan makam Saidina Umar al-Khattab (no 13).
Dulu kawasan makam ni ialah rumah Nabi Muhammad s'a.w atau lebih tepat lagi, bilik Saidatina Aishah. Aku ada terbaca yang Nabi Muhammad s'a.w mewasiatkan agar baginda dimakamkan di situ, dalam rumah baginda. Semasa makam itu telah disempurnakan, Saidatina Aishah masih tinggal di rumah itu. Menurut cerita itu lagi semasa nak meninggal dunia, Khalifah Abu Bakar as-Siddiq (menantu Nabi Muhammad s'a.w dan bapa kandung Saidina Aishah) meminta kebenaran Aishah supaya dia dimakamkan bersebelahan makam Nabi Muhammad s'a.w. Permintaan tersebut ditunaikan oleh Aishah. Semasa Khalifah Umar Al-Khattab hampir meninggal dunia, dia meminta dari Aishah supaya dia dipusarakan juga bersebelahan Nabi Muhammad s'a.w. Saidatina Aishah memenuhi permintaan itu kerana hormatnya kepada Khalifah Umar Al-Khattab. Begitulah lebih kurang asal-usul kenapa ada tiga pusara di situ.
This comment has been removed by a blog administrator.
ReplyDelete