25 June 2012

Makkah al-Mukarramah

Makkah ialah kota suci tempat kelahiran Nabi Muhammad s'a.w dan tempat turunnya wahyu Allah yang pertama yang membawa Islam ke dunia ini. Di Makkah jugalah terdapatnya kaabah yang menjadi kiblat seluruh umat Islam di planet ini. Di Makkah juga ada telaga zam-zam, dan masjid yang terbesar di dunia iaitu Masjidil Haram. Suhu paling sejuk di Makkah ialah 10 darjah (bulan Februari) manakala suhu paling panas ialah 49.8 darjah (bulan Julai).

Setiap tahun seramai 15 juta umat Islam akan melawat kota Makkah. Pada setiap hari pula, seramai 1.5 bilion umat Islam seluruh dunia akan mengadap Makkah semasa bersembahyang. Kota Makkah adalah untuk umat Islam sahaja. Orang bukan Islam tidak dibenarkan masuk ke kota Makkah.

Dulu kawasan Makkah tidak berpenghuni, kering dan tandus tanpa air. Sejarah Makkah bermula dengan Siti Hajar dan anaknya Ismail yang ditinggalkan oleh Nabi Ibrahim a.s. Selepas penemuan mata air zam-zam, Makkah mula didiami oleh suku Jurhum dan akhirnya menjadi kawasan petempatan.

Sekarang Makkah didiami oleh dua juta orang penduduk. Jarak antara Makkah dengan Madinah mengikut jalan raya ialah 436.3 km. Perjalanan menggunakan kereta memakan masa selama 4 jam. Kami menuju ke Makkah dari Madinah menggunakan bas dan perjalanan kami termasuk bermiqat di Bir Ali dan singgah makan mengambil masa lebih kurang lapan jam.

Atas: Di Makkah, sempadan antara 'tanah haram' dan 'tanah halal' ditandakan seperti di atas.

Atas: Tempat kelahiran Nabi Muhammad s'a.w di Makkah yang sekarang dibina bangunan perpustakaan awam.

Atas: Makkah suatu masa dulu, iaitu dalam tahun 1850. Bangunan kaabah ialah binaan utama pada waktu itu.

Atas: Makkah sekarang. Menara Zam-Zam dan jam terbesar di dunia meneggelami kaabah yang semakin kerdil.

Atas: Makkah pada masa akan datang. Kaabah makin kecil. Agak-agaknya sempat tak aku pergi haji masa ni?

Atas: Menara Zam-Zam dari kawasan tawaf dalam Masjidil Haram. Besar, gagah, mencanak tegak ke langit.

Atas: Bahagian masuk ke menara Zam-Zam yang hebat.

1 comment: