30 June 2012

Ladang Kurma

Pokok kurma berbuah setahun sekali. Buah kurma yang sedang membesar perlu melalui dua musim iaitu musim sejuk dan musim panas untuk menjamin buah kurma yang berkualiti. Ada gerai-gerai jual pelbagai jenis kurma di ladang kurma tu. Tapi harga kurma di ladang ni lebih mahal dari kurma yang dijual di pasar-pasar Madinah. Ini mungkin kerana kurma yang dijual di ladang ni lebih fresh dan berkualiti. Di dunia ni ada 1400 jenis kurma. Banyak tu.

Kurma Ajwa (atas dan bawah) atau Kurma Nabi. Kurma Ajwa ialah sejenis kurma berbentuk hampir bulat dan sedikit kecil dengan warna kehitaman selain texturnya tebal lembut dan kering. Rasanya tidak terlalu mengigit seperti jenis kurma lain. Medrupakan kurma paling mahal di dunia. Bagi umat Islam, ini ialah kurma yang paling istimewa. Pada zaman Nabi Muhammad s'a.w dulu, kurma Ajwah ini ialah kurma makanan orang miskin. Nabi pernah bersabda (yang maksudnya) barangsiapa makan tujuh biji kurma Ajwah setiap hari maka ia terlindung dari gangguan sihir.

Kurma Ajwa ini dikatakan kurma yang ditanam oleh Nabi Muhammad s'a.w sendiri. Di ceritakan pada suatu hari Rasulullah s'a.w sedang berpuasa dan apabila tiba waktu untuk berbuka puasa satu makanan pun tidak ada untuk baginda makan. Malaikat Jibril yang melihat keadaan baginda berasa sedih lalu memohon kepada Allah supaya mengurniakan makanan kepada Nabi Muhammad s'.a.w untuk berbuka puasa. Allah memperkenankan permintaan tersebut dan Malaikat Jibrail memberikan buah kurma yang istimewa kepada Nabi Muhammad s'a.w. Setelah selesai berbuka puasa, Nabi Muhammad s'a.w menanam biji buah kurma tadi. Bermula dari peristiwa itulah seterusnya pokok kurma Ajwa tumbuh dan membesar di kawasan Madinah. Katanya juga kurma Ajwa tidak akan hidup atau berbuah di mana-mana tempat selain dari Madinah. Wallahu'alam.

1 comment:

  1. Assalamualaikum,

    Saya baru je balik umrah dan ada singgah di ladang kurma ni.. tapi nasib tak baik sebab kena tipu beli kurma nabi dekat 4 kg tapi bila bukak kat malaysia dekat separuh tak boleh makan sbb tak elok samada keras mcm batu, kering dll.
    Kalau murah takpe, saya beli ada yg 80 riyal sekilo dan 100 riyal sekilo tapi dah rezeki saya dapat yg macam tu.. dia memang bagi test, semua sedap tapi bila dia cedok rupanya dia kaut dari bawah.. redho je la.. Alhamdulillah kurma yang saya beli di kedai biasa di Madinah semua dlm keadaan yg baik.. Ralat sikit sbb tak dapat nak share lebih sikit dgn kawan2 di Malaysia.. so hati-hati lah kepada jemaah yg lain..

    ReplyDelete