28 October 2013

Lagi bakal jemaah umrah kena tipu

Akhbar KOSMO 28/10/13 melaporkan yang sebuah agensi pelancongan didakwa menipu kira-kira 1,200 bakal jemaah umrah dari seluruh negara yang melibatkan kerugian RM4.8 juta kepada bakal jemaah selepas penerbangan mereka ditunda beberapa kali dan usaha untuk menuntut kembali wang mereka mengalami kegagalan.

Agensi pelancongan tersebut beribu pejabat di Kuala Lumpur tetapi wartawan tidak menyatakan dengan lebih terperinci. Agensi itu dikatakan gagal menguruskan penerbangan jemaah umrah yang dijadualkan pada Jun tahun ini walaupun bayaran penuh RM3,999 seorang dibuat sejak 2012.

Seorang daripada perunding kumpulan jemaah yang dilantik agensi itu, Qurratul 'Ain Hasman, 25, berkata, dia bersama-sama 54 jemaahnya hanya menyedari ditipu selepas jemaah yang dijadual berlepas pada Jun tahun ini terkandas atas alasan masalah dana dan visa.

Entah agensi manalah ni.

Foto KOSMO. Bakal jemaah umrah yang gagal menunaikan ibadah yang berkumpul di luar pejabat agensi pelancongan berkenaan.

No comments:

Post a Comment