Pada hari kesebelas (Ahad 10 Jun 2012) kami telah berada di kota Jeddah. Kota Makkah al-Mukarramah telah kami tinggalkan dan kami sekarang mengisi masa terluang yang ada dengan melawat beberapa masjid dan singgah makan di Restoran Thai Food. Kami perlu masuk ke airport pada waktu malam.
Restoran ni terletak di Sary Street Al-Salamah dan katanya menjadi restoran yang diminati oleh golongan expatriat dari Asia yang tinggal di Jeddah. Dua bas jemaah umrah pakej Andalusia singgah di sini. Makan malam kami di restoran ini ditaja (atau dah memang masuk dalam bayaran kami) oleh Andalusia Travels & Tours.
Masakan ala-Thai. Memang best dan sedap. Tambah lagi kalau makan free. Foto bawah ialah restoran Asia Thai Food pada waktu siang, aku google di internet.
Aku makan semeja dengan mak aku, wife aku dan mutawif Shauqi. Selain dari kami-kami jemaah umrah ni aku nampak orang Arab dan Hindustan datang dengan family. Masa tengah makan tu masuk seorang yang pakai vest Andalusia. Macam pegawai. Dia pelawa semua orang makan macam restoran tu dia yang punya. Lepas sembang-sembang dengan orang tu baru aku tau dia tu pegawai syarikat Andalusia di Tanah Arab ni. Dia singgah situ untuk tengok-tengok perjalanan kami.
Masa kami keluar dari restoran tu kami dapati ada customer China sedang tunggu di luar pintu. Rupanya dia nak masuk tapi tempat mungkin full. Di depan restoran tu penuh dengan kereta. Parking full. Memang meriah restoran ni. Kalau masakan sedap, memang pelanggan datang cari.
No comments:
Post a Comment