25 June 2012

Miqat di Tanaim

Semasa di Makkah, kami sempat buat dua kali umrah lagi. Ini ialah umrah sunat. Untuk setiap kali umrah, kami kena pegi keluar dari Makkah (Tanah Haram) untuk ke Tanah Halal untuk pasang niat umrah. Ada dua kawasan miqat yang paling hampir dengan Makkah dan untuk tujuan menimba pengalaman, kami dibawa ke kedua-dua miqat ini. Miqat untuk umrah kali kedua kami ialah di Tana'im. Ini ialah miqat yang paling dekat dengan Makkah. Juga dinamakan Miqat Aishah kerana Saidatina Aishah bermiqat di sini. Kami miqat di Masjid Saidatina Aishah di situ.

1 comment: