25 June 2012

Miqat di Jaqrana

Semasa di Makkah, kami sempat buat dua kali umrah lagi. Ini ialah umrah sunat. Untuk setiap kali umrah, kami kena pegi keluar dari Makkah (Tanah Haram) untuk ke Tanah Halal untuk pasang niat umrah. Ada dua kawasan miqat yang paling hampir dengan Makkah dan untuk tujuan menimba pengalaman, kami dibawa ke kedua-dua miqat ini. Miqat untuk umrah kali ketiga kami ialah di Ja'ranah iaitu 16 km di timur Makkah. Nabi Muhammad s'a.w suka bermiqat di sini dan dikatakan lebih afdhal bermiqat di sini.

1 comment: