25 June 2012

Miqat di Bir Ali

Rukun umrah yang pertama ialah niat. Kami mulakan upacara ibadah umrah ini dengan pasang niat di miqat. Miqat ialah tempat untuk melafazkan niat untuk umrah sebelum masuk ke Makkah. Niat umrah hanyalah di miqat dan bukan di tempat lain. Oleh kerana kami bergerak dari Madinah, maka miqat kami ialah di Dzulhulaifah Abyar 'Ali (ﺫﻭﺍﻟﺣﻠﻴﻔﻪ ﺍﺑﻳﺎﺭ ﻋﻠﻲ) atau Bir Ali.

Bir Ali ni terletak lebih kurang 9km dari kota Madinah. Kami checked-out dari hotel di Madinah dan naik bas dengan semua barangan kami. Mutawidf kata kami boleh pakai ihram dari hotel atau pakai masa sampai di miqat nanti. Tapi kami digalakkan untuk pakai ihram siap-siap dari hotel sebab masa di Bir Ali nanti takut kesuntukan masa. Sampai saja di masjid Bir Ali, kami buat sembahyang sunat ihram, pasang niat, dan naik semula ke dalam bas dalam pakaian ihram. Rukun umrah yang pertama dah terlaksana. Lepas berniat ihram di miqat tersebut, kami mulalah kena menjaga 13 larangan ihram.

Jadi proses umrah ni bermula dengan niat di miqat, selepas tu tawaf, selepas tu saie, dan akhir sekali gunting rambut atau cukur kepala. Bila dah gunting atau cukur tu maka kami dikatakan mencapai keadaan 'tahalul' (bebas dari peraturan ihram). Lebih kurang macam itulah apa yang aku paham.

Masjid Bir Ali ni kan, nampak macam kubu pertahanan perang. Temboknya tinggi. Tapi aku tak sempat nak menikmati pemandangan di situ sebab al-maklum first time pakai ihram dan nak start ber-umrah. Jadi dalam jiwa aku ni ada sikit nervous. Dalam kepala aku cuma ada 'nak pakai ihram, niat, jaga larangan ihram'.

Masa dah naik bas mutawif kami ada pesan lagi dah niat ke belum, dan kalau-kalau ada yang pakai spende.

Talbiah

Masa bas mula bergerak ke Makkah, kami semua baca talbiah beramai-ramai dipimpin oleh Mutawif Ustaz Shauki.

Lepas habis bertalbiah (aku tak ingat berapa kali kami ulang) semua senyap. Suasana jadi hening. Yang terdengar hanya bunyi engine bas. Agaknya masing-masing fikiran dah melayang ke Makkah dan apa yang bakal berlaku di sana.

Suasana dalam bas lepas tu makin lama rasa makin panas. Rupa-rupanya aircon bas tak berapa OK. Jadi berpeluhlah kami dengan pakaian ihram masing-masing. Ada yang duduk belakang tu dah start bukak ihram. Ramai yang start tido. Aku pulak cuba tido supaya kurang seksaan panas aku. Tapi mata aku tak boleh lelap ler pulak.

Bila hari dah gelap, kami singgah di satu tempat yang aku tak ingat nama dia. Macam R&R jugaklah. Tapi kali ni tempat yang kami berhenti tu lebih besar dari tempat yang kami mula-mula berhenti rehat masa datang dari airport Jeddah dulu.

Mula-mula kami dijamu makan. Mutawif suruh kami semua masuk ke dalam restauran. Ada orang lain yang dah makan. Jadi kami tunggu meja-meja dikosongkan terlebih dahulu, sebab kami diaturkan supaya makan dalam kumpulan lima orang. Aku tengok cara pengurusan waktu tu tak begitu organize. Tapi tak kisahlah, kan.

Aku duduk satu meja dengan mak aku dan tiga rakan jemaah lain. Meja masih kosong. Keadaan panas dan stuffy walaupun ada kipas. Wife aku macam biasa cari toilet. Lepas tu datang sorang belia campakkan lima sudu dan garpu. Kasarnya. Tapi itu muka style orang Arab. Pun sekali lagi, tak kisahlah, kan.

Lepas tu depa bawa satu talam. Dalam talam tu ada nasi warna perang macam nasi minyak. Ada ayam, ada ikan. Aku tak tau apa nama hidangan tu. So lima orang kongsi makan satu talam. Aku tak makan sebab aku rasa tak begitu selera makan dalam keadaan macam tu. Lagi pun aku tak begitu suka jenis makanan tu. Kering. Tak berkuah. Aku ni jenis penguah (makan suka berkuah).

Tapi aku dengar ramai yang suka makanan ni. Entah apalah nama menu ni. Aku tak tahu malah masa tu pun aku malas nak ambil tahu. Lepas makan kami solat dan lepas tu kami meneruskan perjalanan. Jarak antara Madinah ke Makkah adalah lebih kurang 424km. Jauh, memang jauh. Perjalanan lebih kurang 6-7 jam.

Untuk setiap kali umrah, mesti pasang niat di miqat terlebih dulu. Kami sempat buat umrah sebanyak tiga kali. Jadi kami bermiqat sebanyak tiga kali juga di tiga tempat yang berbeza. Miqat pertama ialah di Bir Ali. Sebab apa, sebab kami bergerak dari Madinah. Miqat yang lain ialah di Jaqrana dan satu lagi di Tanaim. Kalau datang dari Madinah tiada pilihan lain kecuali bermiqat di Bir Ali. Tetapi bila dah berada di Makkah dan nak buat umrah sekali lagi, kita boleh pilih sama ada nak bermiqat di Jaqrana, Tanaim, atau satu lagi di Hidaibiah.

4 comments:

  1. terima kasih berkongsi experience. :-) insyallah turn kami minggu depan.

    ReplyDelete
    Replies
    1. AlhamduLillah.. :) selamat menjadi tetamu Allah.. semoga mendapat umrah makbullah.. gunakan setiap masa yang ada di sana untuk beribadat, mendekatkan diri dengan Allah, mempelajari sejarah silam, dan menambahkan keimanan..

      Delete
  2. Pengalaman yg x dpt dilupakan...ermmm..teringat2 nasi dlm talam tu..sedappp😆

    ReplyDelete