25 June 2012

Hotel di Makkah

Aku tak berapa ingat nama hotel ni. Berbanding dengan hotel-hotel lain di Madinah dan Makkah, rupa hotel ni buruk, pada pandangan mata akulah. Jauh jugak dari Masjidil Haram. Signboard hotel di luar bangunan pun dah pudar. Ada nama 'Hijaz', yang lain aku tak ingat. Aku checked balik google map lokasi kat situ ada hotel Saraya Eman. Tak silap pendengaran aku, hotel tersebut dipajak oleh Andalusia Travels, tapi bakal diruntuhkan sebab kerajaan Arab Saudi nak besarkan kawasan tersebut. Agaknya sebab tulah keadaan hotel ni macam sedeh aje.

Bilik kami tingkat enam, tempat makan tingkat empat. Ada dua lift tapi punyalah slow. Memang slow sangat-sangat. Aku tak pernah tunggu lift masa nak naik ke dewan makan lepas balik dari masjid. Aku akan nak tangga. Letih tapi cepat. Kalau aku tunggu juga kat bawah tu aku rasa kena tunggu orang keluar masuk lima kali baru aku berpeluang masuk dalam lift. Agaknya mungkin disengajakan kot sebagai satu ujian kesabaran, haha. Tak kisah sangatlah pun, cuma dalam hati kecil ni terpikir jugak, sejak aku dilahirkan dulu sampai sekarang, inilah lift yang paling slow aku pernah jumpa. Masa menunggu lift tu tak sah kalau tak dengar orang berbisik 'slownye lift ni..' dan macam-macam lagi komen yang seangkatan dengannya. So aku tak keseorangan dalam mengkritik ke'slow'an lift tu. Cuma aku kritik dalam hati.

Apa yang ada di sepanjang jalan dari hotel kami ke Masjidil Haram? Keluar saja dari pindu depan hotel, pergi sebelah kiri, jalan terus sampailah ke Masjidil Haram. Jalan ke masjid 'menurun' ke bawah, macam menuruni lembah. Di sepanjang perjalanan tu di sebelah kiri ada bangunan yang sedang nak diruntuhkan. Bising, bingit dan berabuk dengan jentera pemecah batu bukit, jentera sembur air (untuk hilangkan habuk dan debu), jentera pembancuh simen, dan macam-macam lagilah jentera pemusnah dan pembina. Ada tempat orang tunggu bas. Tiada bus stop tapi ramai orang tunggu bas. Bas berebut-rebut berhenti dan orang pulak berebut-rebut naik. Selain dari bas, ada van panjang, teksi, dan kenderaan pacuan empat roda. Pada waktu tertentu ada orang jual macam-macam di tepi jalan yang sibuk tu. Ada waktu tertentu juga ada van yang penuh dengan roti yang diberikan kepada sesiapa saja yang lalu di situ. Berebut-rebut orang Arab ambil roti. Roti tu macam roti nan, besar dan tebal.

Turun lagi ke bawah jumpa bangunan Safwah atau Safwan aku dah lupa di sebelah kiri. Kalau waktu pagi ada beberapa orang kanak-kanak hitam yang cacat menjerit-jerit minta sedekah. Ada yang kudung kaki, ada yang kudung kedua-dua tangan. Mereka menjerit-jerit dalam bahasa yang aku tak paham. Bukan bahasa Arab. Bunyi macam haiwan. Bersahut-sahutan dan berulang-ulang. Mereka usik-usik poket orang yang lalu lalang di situ. Aku rasa pening dan stress. Rasa macam nak muntah. Mungkin aku tak biasa tengok benda macam tu. Memang tak pernah tengok pun seumur hidup. Rasa sedih pun ada. Tu satu pengalaman yang aku tak happy tengok dan tak suka untuk ingat. Raja kesian, dan rasa terkejut bercampur-campur. Adakah mereka ni betul-betul cacat masa lahir, atau sengaja dicacatkan? Aku teringat kisah budak Cina 7 tahun Ting Song Sheng yang hilang kat Klang dulu. Kehilangan dia jadi buah mulut satu Malaysia. Lepas tu macam-macam cerita aku dengar. Ada yang kata ada orang jumpa budak macam dia di Thailand, tapi tangan dan kaki dah kudung. Ada pulak orang cerita yang sendikit budak-budak peminta sedekah di Thailand suka culik budak-budak Malaysia dan bila sampai di Siam, mereka potong sebelah tangan dan sebelah kaki budak kecil tu dan suruh dia mintak sedekah. Ting Song Sheng tak dijumpai sampai sekarang. Foto di bawah ni dari blog orang lain. Tapi macam tulah keadaan yang aku nampak.


Foto dari blog nurnadhiah.blogspot.com/

Foto di atas tu budak-budak cacat tu duduk di atas jalan raya tunggu orang yang balik dari Masjidil Haram. Masa hari Jumaat jalan raya tu penuh dengan jemaah solat.

Foto atas diambil dari depan pintu hotel kami di Makkah. Masa tu kami tengah tunggu bas nak pergi ke ladang unta. Nak pergi ke Masjidil Haram kena ikut jalan yang ada signboard biru tu. Bangunan rumah kedai sebelah signboard biru tu ada kedai jual daging, kedai jual kurma dan minyak wangi. Kat situ jugak ada kedai gunting rambut. Di situlah aku cukur rambut aku sampai licin.

Updated 7/5/13

1 comment: