24 June 2012

Berkampung di airport Jeddah

Kami dibawa dengan bas ke terminal haji di lapangan terbang Jeddah. Sampai pukul 12.15 pagi Isnin 11/6/12. Kami punggahkan barang masing-masing dan lepak-lepak dulu di situ sementara menunggu arahan selanjutnya dari mutawif. Aku terus mencari wheel-chair. Jumpa. Ada sorang mamat t-shirt merah jaga banyak wheel-chair. Ada notis kat meja di situ. Maksudnya lebih kurang sewa wheel-chair tu 50 riyal. Mamat tu tak reti cakap Melayu atau English. Aku guna bahasa Red-Indian campur bahasa tangan (hayun-hayun je tangan) untuk tanya dia tu bayar 50 riyal sekali servis tolak ke tidak. Rupanya tidak. So aku tolak sendiri ler.

Ada yang tertidur di tempat duduk, ada yang sembang-sembang dengan pasangan masing-masing. Ada yang merayau-rayau cari kedai. Ada yang dah berjaya jumpa kedai snakcs dan bawa balik air minuman panas. Cepat pulak depa survey kawasan ni. Mungkin depa pernah datang dulu. Aku pulak, cari toilet. Ada tempat wuduk dan tandas di sebelah setiap kawasan menunggu. Ok jugak toilet ni, bersih.

Tengok foto atas. Itulah tempat kami berkampung selama tiga jam lebih kurang. Langit gelap. Suasana sunyi sebab masa tu jemaah kami saja yang ada kat situ.

Dua-tiga mutawif pakej kami duduk bersembang sambil mencatat-catat sesuatu. Depa bagi balik pasport kami dengan boarding pass. Check-in pukul 3 pagi, kata salah seorang mutawif. Aku dapat pasport aku. Tapi ada sekumpulan lagi yang belum ada boarding pass so depa kena tunggu dulu. Muka masing-masing resah. Iyerlah, kalau tak ada boarding pass, tak boleh naik kapal terbang.

Mutawif letak dua tiga kotak besar. Dalamnya ada pek makanan dan botol air (drinking water). Kami diminta ambil seorang satu dan selamat menjamu selera. Ada yang tak usik pun. Mungkin keletihan. Aku mengintai dalam kotak tu. Pek yang sama yang kami mula-mula makan di bumi Arab ni. Pek makanan 'Mr Sate'. Cover warna kuning. Chef Indon. Masa datang, Mr Sate sambut, masa balik, Mr Sate hantar. Indon boleh!

Lepas tu kami diberitahu untuk masuk check-in. Maka beratur beramai-ramailah kami macam kafilah Arab dengan troli masing-masing. Tiba-tiba stranded di depan pintu masuk. Tak boleh masuk lagi, 'sistem belum ready,' ah sudah. Kami patah balik. Macam acara sukan rakyatlah pulak.

Sambil kami menanti dengan penuh syahdu dan tak tahu nak buat benda lain, ada sekumpulan perempuan-perempuan dewasa dan tua tahap makcik-makcik dengan bagasi-bagasi yang banyak dan besar-besar turun dari bas dan menuju ke kaunter check ini. Ni dari Turki agaknya ni, atau Tunisia. Jubah masing-masing lebih kurang sama. Setiap seorang bawa at least lima bagasi besar. Ada yang sampai jatuh-jatuh bagasi dari troli. Macam pelarian. Macam depa nak pergi melancong enam bulan. Hasil barangan bisnes kot. Entah ler. Aku tengok je sambil meneka-neka entah aper ler yang ada dalam bagasi depa tu.

Lebih sikit pukul tiga pagi, kami beratur masuk balik. Kali ini OK. Kami beratur di empat kaunter. Aku terdengar ada orang bisik-bisik, 'pergi kaunter 50, pergi kaunter 50.' Rupa-rupanya kaunter lain tu orang yang jaga tu banyak cengkadak. Cerewet. Pegawai di kaunter 50 tu santai sikit. Aku dengan lajunya melencong ke barisan kaunter 50.

Kami diminta ambil air zam-zam masing-masing. Tong-tong air zam-zam dipek dalam karung plastik, macam karung beras tu. Tengok foto bawah tu. Macam tulah rupa dia. Nak elakkan tong bocor agaknya. Ada nama masing-masing kat setiap pek. Beratus tong air zam-zam dilonggokkan dan kami kena cari tong masing-masing. Macam treasure hunt pulak. Aku kena angkat tiga tong air zam-zam. Termenung aku. Hmm.. macam mana nak bawak semua barangan ni. Last-last, aku guna dua troli.

Bila sampai kaunter check-in, beg-beg diberi tag, kami diminta check-in tong air zam-zam tu di kaunter 26. Pulak dah. Maka berlari-larilah aku dengan troli ke kaunter 26 dari kaunter 50. Sepanjang berlari-lari anak tu aku ligat berfikir dan berdebat dalam kepala hotak aku, apasal air zam-zam kena check-in di kaunter lain? Jauh pulak tu. Sampai sekarang aku tak dapat jawapannya.

Memang sah macam acara treasure hunt. Sampai area situ aku mencari-cari kaunter yang ada tong air zam-zam. Jumpa pun. Ada pegawai muda pakai uniform jaga kaunter dan seorng pakcik tua pakai jubah perang tolong pasangkan tag pada tong air zam-zam. Jemaah kami yang lain dah takda. Tinggal aku sorang je last sekali. Lepas dia pasangkan tag, pakcik tua tu macam berkomunikasi dengan aku. Macam biasa aku buat-buat tak paham tapi memang aku tak paham sungguh pun. Lepas tu pagawai di kaunter tu sebut macam 'beri upah' pada pak cik tu. Dia ulang dua-tiga kali. No hal. Aku anggap sedekah je dan bukan kes kena paw. Aku sedekah 10 riyal. Khalash. Masa datang kena paw, masa balik pun kena paw.

Masuk je ke dalam ada seorang mamat t-shirt merah datang sambil tolak wheel-chair seorang makcik. Tak pernah aku tengok makcik ni. Anak perempuan dia ikut kat sebelah. Mamat tu panggil kami sama sebab mak aku guna wheel-chair jugak. Aku dan family Mydeen pun ikut sekali. Kami dibawa ke pintu lain dan terpisah dari jemaah lain. Takperlah, sebab ada orang airport yang bawa kami. Pegawai disitu friendly dan homely. Tapi dia guna bahasa Arab je. Aku guna bahasa angguk dan geleng je walaupun tak paham apa-apa.

Dah masuk waktu Subuh aku rasa. Aku pi cari toilet, jumpa. Ada orang pakcik Arab dalam toilet tu. Tengok muka dia basah aku tau dia amek air sembahyang. Aku tanya mana tempat nak sembahyang (in English), dia terus cakap laju dan keras (style orang Arab) siap dengan gaya tangan dia lagi tunjuk-tunjuk ke semua arah. Maksudnya lebih kurang, sembahyang sajalah kat mana-mana pun. Aku pun sembahyang kat satu sudut.

Foto atas, masa menunggu kapal terbang ready. Matahari terbit dah. Tengok matahari kat luar tu. Matahari dah naik, kami jugak tak naik-naik. Maknanya aku tak tido dari subuh semalam sampai subuh hari ni. Sungguh sengsara penantian nak naik kapal terbang ni. Dah dua tiga kali aku merayau singgah kedai yang jual snacks dan hot drinks.

Suasana menunggu di ruang akhir sebelum naik ke kapal terbang. Lebih ramai orang Arab dari orang Malaysia. Tempat duduk memang tak cukup. Yang bersila atas lantai pun ada. Dari bilik ni ada bas airport datang ambil kami. Pintu kaca depan tu terbuka dan ada polis perempuan jaga traffic. Bas tu bawa kami terus ke kapal terbang. Lebih kurang tujuh jam kami berkampung di airport Jeddah.

1 comment:

  1. tu untuk kaunter, lebih timbangan, atau besar, walaupun beg kita lg beso, kah kah kah

    ReplyDelete