Pergi umrah ni wajib ke sunat? Ustaz Md Daud Che' Ngah dalam buku panduan umrahnya ada sebut bahawa dalam sepanjang hidup manusia beragama Islam tidak akan lengkap rukunnya jika tidak menunaikan ibadah haji dan umrah. Beliau memetik ayat Al-Quran Surah al-Baqarah: 196 menyebutkan bahawa
"Sempurnakanlah ibadah haji dan umrah kerana Allah."
Dalam buku-buku panduan haji dan umrah ada dinyatakan yang umrah adalah wajib dilakukan sekali sahaja seumur hidup ke atas setiap orang yang mampu. Ini berdasarkan kepada dua dalil iaitu Surah al-Baqarah ayat 196 tadi dan satu hadis riwayat Saidatina Aisyah yang bermaksud:
"Aku bertanya kepada Rasulullah S.A.W:
Adakah diwajibkan jihad ke atas wanita?
Jawab Baginda S.A.W:
Ya (diwajibkan jihad ke atas wanita, akan tetapi) jihad yang tidak ada peperangan di dalamnya iaitu haji dan umrah.
Buku-buku panduan itu juga turut menyebutkan yang menurut Mazhab Syafie, kewajiban mengerjakan umrah ini boleh dilakukan bila-bila masa dalam kehidupan seorang muslim. Seseorang itu tidak dikira berdosa jika menangguhkan kewajipan umrah ini apabila sudah cukup syarat kemampuan selama mana dia dapat melakukannya sebelum dia meninggal dunia. Namun begitu, adalah afdal menyegerakan kewajipan umrah ini untuk melepaskan tanggungan kewajipan ini atas diri seseorang muslim.
Kenapa aku pergi umrah dulu sebelum haji?
Ustaz Md Daud Che' Ngah kata ada tiga sebab umat Islam nak pergi umrah. Pertama sebab kedudukan ekonomi yang stabil. Ni maksudnya kedudukan kewangan. Mereka dituntut untuk mengerjakan umrah. Kedua, sebab iman dah bertambah. Ketiga, sebab susah untuk dapat tunaikan haji.
Kami masuk dalam kategori ketiga agaknya. Tabung Haji menentapkan giliran kami untuk pergi haji ialah pada tahun 2023 ni. Mak datuk. Lamanya nak tunggu. Dua kali rayuan dah gagal. Takperlah. Kami pergi umrah dulu. At least dapat ubati kekecewaan.
So, kami pun pergilah umrah pada tahun 2012 yang lepas. Kembara umrah yang best tu kami catatkan disini untuk kenangan sendiri.
Pakej umrah kami
Pakej Umrah | Pakej 'Cuti Sekolah Sewa Khas' 12 hari 10 malam |
Agensi | Andalusia Travels & Tours |
Tempoh | 31 Mei hingga 11 Jun 2012 |
Flight | Saudi Arabian Airlines SV2525 KL-Jeddah-KL |
Jumlah Umrah | Tiga kali |
Tempat Miqat | Bir Ali, Tanaim, Jaranah |
Ziarah Dalam Madinah | Raudhah, Makam Rasulullah, Perkuburan Baqi |
Ziarah Luar Madinah | Masjid Quba, Masjid Qiblatain, Jabal Uhud, Ladang Kurma |
Ziarah Luar Makkah | Jabal Thur, Masjid Hudaibiah, Muzium Dua Masjid Suci, Ladang Unta |
Aktiviti Tambahan | Tahlil arwah, ceramah tentang Madinah, ceramah tentang Haji Wida' |
Kursus Umrah | Ada, sebelum penerbangan |
Pakej Hotel | 3 orang sebilik |
Harga pakej | RM6390 per pac |
Bayaran termasuk | Tiket kapal terbang pergi balik, hotel (di Madinah dan Makkah), makan di hotel (breakfast, lunch, dinner), makan dalam perjalanan (dari Jeddah ke Madinah, dari Madinah ke Makkah), mutawif, insurans, beg pakaian besar dengan troli, beg galas dengan troli, beg sandang, pengangkutan (bas) dari airport ke hotel, tag nama, ceramah haji wida', makan malam di Restoran Asia (Jeddah), lawatan sana-sini, kursus umrah (sebelum penerbangan) |
Salam Tuan...Mohon Kebenaran Untuk Mengambil Manfaat Dari Cerita Di Atas Agar Menjadi Panduan Kepada Sahabat Yang Akan Mengerjakan Umrah Dan Haji . Wasalam
ReplyDeleteDisclaimer
ReplyDeleteTiada copyright di sini. Silalah kalau nak copy'n paste, rakam, simpan dalam bentuk apa sekali pun dari mana-mana info, fakta atau imej dalam blog ini jika dirasakan dapat memberi manfaat, maklumat, pengetahuan dan kebaikan kepada orang lain atau untuk kegunaan diri sendiri. Tak payah minta kebenaran.