25 June 2012

Tahlil dan ceramah

Setakat yang aku ingat, ada sekali majlis tahlil masa di Madinah. Ceramah pun ada sekali di Madinah dan sekali lagi di Makkah. Tahlil dan ceramah ni dianjurkan oleh pihak agensi umrah kami, iaitu Andalusia.

Majlis tahlil di Madinah di buat di dewan makan. Meja makan dan kerusi masih ada di situ jadi bertahlil ler di meja makan tu. Tahlil tu ialah tahlil arwah. Sebelum tahlil tu, iaitu sehari sebelum tu, kami ditawarkan untuk beri derma dan bagi senarai nama ahli keluarga masing-masing yang telah meningga dunia. Wife aku derma 50 riyal, aku top up lagi 50 riyal, pastu aku bagi nama mak mentua dan bapak mentua aku dan bapak aku sendiri. Tiga orang ni dah meninggal dunia.

Lepas tahlil tu kami makan nasik minyak dengan lauk kambing. Sambil makan, seorang mutawif nyanyikan lagu nasyid dan lagu marhaban tak silap aku. Dia juga kata yang makanan pada hari itu ditaja oleh jemaah umrah Andalusia yang sebelum ini.

Lepas tu ada majlis ceramah. Yang ni dibuat di dewan makan hotel bersebelahan. Hotel tu pun dipajak oleh Andalusia jugak. Tukang ceramah dia ialah pekerja Andalusia tapi orang Indonesia. Ceramah dia plain je. Bila dia melawak pun aku tak gelak, sebab gaya Indon. Tak funny. Dalam ceramah pertama tu si penceramah ucap selamat datang dan dia ceritakan apa yang bagusnya tentang Tanah Arab ni.

Doa untuk mati di Madinah

Lepas tu dia ajarkan doa untuk mati di Madinah. Ah sudah. Kami diminta ikut dia berdoa beramai-ramai. Dia kata, Saidina Umar Al-Khattab pun buat macam tu, iaitu kalau nak mati, matilah di Madinah. Seriau pulak aku, so aku tak ikut pun doa tu. Tapi mungkin ada konsep dia cuma aku tak dapat tangkap sangat masa tu.

Habuk dan debu itu ohbatt..

Antara yang lain yang aku ingat ialah bila dia kata jangan tutup muka di Madinah dan Makkah (untuk elakkan habuk) sebab dia kata debu di Arab itu 'ohbattt..' jadi janganlah tutup-tutup muka untuk elakkan habuk dan debu sebab habuk dan debu di Makkah itu 'ohbattt..' Memang ler, tapi kalau asap bas dan lori dan debu dari runtuhan bangunan tu aper cerita bang. Macam tak masuk akal pulak aku rasa dia ni. Ke aku yang tak paham.

Masa di Makkah, ada ceramah pasal tawaf wida. Dia beri panduan dan hukum-hakam tentang tawaf wida. Semua ceramah dikendalikan oleh mutawif bangsa Indon.

1 comment:

  1. kisah yang menarik.tak jemu menbacanya.ada kala gelak seorang diri membaca ayat tang mutawif indon tu.saya pun pergi dengan andalusia tahun 2012.hotel saya di amber garden.sekarang dah runtuh.dapat mutawif budak indon yang belajar di mekah.sudah lupa namanya.masakan pun ala2 indon gak.yang tak sedapnya masa nak pergi (naik saudi) kena transit di riadh,tanpa pengetahuan kami.banyak kenangan pergi dengan andalusia ni.

    ReplyDelete