25 June 2012

Masjid Qiblatain

Aku tak ikut lawatan ke Masjid Qiblaitain ni. Isteri aku je pergi. Lawatan ke sana ialah pada 2 June hari Sabtu. Masjid ini siap dibina pada tahun 623 Masihi, ada satu kubah dan dua menara. Sekarang masjid ni muat 2000 orang jemaah. Nama asal masjid ini ialah Masjid Bani Salamah kerana didirikan di atas bekas tapak rumah Bani Salamah.

Masjid Qiblatain ialah 'Masjid Dengan Dua Kiblat'. Ini kerana masjid ini mempunyai dua kiblat, satu mihrab mengadap ke Baitulmaqdis (Jurusalem) di Palestine sekarang dan satu mihrab lagi mengadap Makkah. Al-kisah diriwayatkan semasa Nabi Muhammad s'a.w. sedang mengimamkan sembahyang, tengah sembahyang ni, mengadap arah ke Palestine, turun wahyu yang mengarahkan baginda mengadap ke Makkah. Jadi dalam sembahyang itu juga Nabi Muhammad s'a.w berpaling mengadap ke Makkah, dan jemaah di belakang baginda pun mengikut sama. Jadi itulah satu-satunya sembahyang dalam sejarah Islam yang mempunyai dua kiblat. Kiblat ke Palestine mengadap ke utara (lebih kurang), manakala kiblat ke Makkah mengadap ke selatan dari kota Madinah. Jadi Nabi Muhammad s'a.w berpusing hampir 180 darjah. Peristiwa tersebut berlaku pada 2 Rejab hari Isnin semasa umah Islam sedang sembahyang Zohor, 623 Masihi (2 Hijrah).

Masjid yang ada sekarang telah diubahsuai oleh kerajaan Saudi. Mehrab yang mengadap Palestine tu dah tiada lagi. Tinggal yang mengadap Makkah sahaja.

Wahyu yang Nabi Muhammad s'a.w terima semasa sedang bersembahyang untuk menukar arah kiblat ialah ayat 144 Surah Al-Baqarah, yang bermaksud:

“Sungguh Kami (sering) melihat mukamu menengadah ke langit, maka sungguh Kami akan memalingkan kamu ke kiblat yang kamu sukai. Palingkanlah mukamu ke arah Masjidil Haram. Dan di mana saja kamu berada, palingkanlah mukamu ke arahnya. Dan sesungguhnya orang-orang (Yahudi dan Nasrani) yang diberi Alkitab (Taurat dan Injil) memang mengetahui, bahwa berpaling ke Masjidil Haram itu adalah benar dari Tuhannya; dan Allah sekali-kali tidak lengah dari apa yang mereka kerjakan.”

No comments:

Post a Comment