25 June 2012

Masjid Hudud

Pada waktu petang kami singgah sembahyang di Masjid Qisas atau Masjid Hudud atau Masjid Pancung. Kata Mutawif kami di masjid inilah dijalankan hukuman pancung ke atas pesalah-pesalah. Nama sebenar masjid ini ialah Masjid Syeikh Ibrahim Al-Juffali. Menurut cerita dari mulut ke mulut, dia ialah orang kaya Saudi yang membangunkan masjid ini.

Foto di bawah ialah tempat hukuman pancung dijalankan. Hukuman dijalankan di khalayak ramai dan alat pancung yang digunakan ialah pedang. Selepas pedang dihayun dan kepala terputus dari badan, kawasan itu akan disimbah air dan dibersihkan. Mayat akan disembahyangkan di masjid berkenaan sebelum dikebumikan.

No comments:

Post a Comment